aku suka tempat itu



Aku betul-betul menikmati masa-masa berseorangan di lapangan terbang ni..


Aku boleh menghabiskan masa seharian di sini tanpa jemu..

Aku sentiasa mengintai peluang untuk ke sini selalu..

Selain itu,

Aku perlu keluar juga dari rutin biasa aku di sini..

Dan peluang bekerja dengan Kementerian ni tak pernah aku lepaskan..

Kerjanya tidaklah menyeronokkan…

Setiap hari selama 4 hari mengadap  skrip jawapan budak yang banyak dari pagi sampai lewat malam..

Adakalanya sampai awal pagi kerana nak siapkan tugasan.

Berpinar mata dan senak otak tu jangan kira lah..

Ada orang sampai kena migraine

Stress.. mungkin

Apatah lagi bila kali pertama merasai pengalaman memeriksa skrip pelajar ni..

PAda yang tak tahan tu, pengalaman kali pertama mungkin adalah yang terakhir..

Siap pesan dengan pegawai yang incharge tu supaya jangan panggil mereka lagi selepas ini..

Mungkin mereka tak terjangka yang kerja memeriksa skrip ni tak semudah kerja hakiki mereka..

Yang mungkin hanya perlu baca, pastu tarik garisan panjang dan beri markah..

Tapi yang ni lagi rumit pemarkahannya..

Dan lagi rumit bila nak masukkan markah

Sebab semuanya dibuat secara manual..

Satu persatu dimasukkan dalam borang..

Sambil perlu memastikan..

Tulisan mesti jelas tanpa sebarang kesilapan..

Mula-mula aku ambil tugasan ni pun stress juga..

Tapi bila memikiran seronok berjumpa kawan-kwan baru dari pelbagai institusi,

Dan yang penting sekali adalah keluar dari rutin seharian aku..

Buatkan aku tak pernah serik

dan entah kenapa aku boleh bertukar menjadi seorang yang begitu penyabar..

Duduk atas kerusi berjam-jam dari awal pagi sampai lewat malam..

Mengadap skrip budak yang pelbagai jenis jawapan dan bentuk tulisan.



Hari pertama sampai kat airport ni aku lepak dulu

meronda-ronda segenap sudut kawasan dari tingkat bawah sampai atas..

Menikmati kopi sedap yang tak ada di tempat aku

seorang diri dengan penuh ketenangan..

Sambil melihat pelbagai gelagat manusia di situ..

Lepas itu lepak di area anjung tinjau berjam-jam di situ..

Melihat kapal terbang yang lalu lalang depan mata  ..

Dan akhirnya terbeli jua minyak wangi kat kaunter minyak wangi disitu..

Walaupun pada awal menjejakkan kaki kat situ aku dah berjanji pada diri sendiri..
takkan beli minyak wangi..

Tapi aku kalah dan lembut macam marshmello bila bab minyak wangi ni..



Tempat aku kerja kali ni tak jauh dari airport ni..

Hotel dah sediakan bas percuma dari hotel ke airport sepanjang hari..

Nak ke KL pun senang ..

BAb yang seronok kat hotel ni..

Ialah makanannya yang banyak dari hujung ke hujung..

Pendekatanya sambil kerja kat sini kitaorang ternak badan..

Balik rumah memang tak berani nak timbang,,

Sebab tau badan makin menunjukkan perkembangan dan keberatan yang sangat positif.

First day sampai memang seronok..

Sebab kelabu mata tengok makanan yang banyak..

Sedap pulak tu..

Dari western, ala kampong hingga sushi pun ada..

Hari berikutnya kelabu mata juga..

Sebab dah tak tau nak makan apa..

Lauk sama je yang dihidangkan hari-hari ..

Lauk tengahari diorang recycle waktu malam..

Ada bab yang best jugak kat hotel tu..

Setiap malam kecuali malam sabtu ada band yang buat persembahan kat situ..

Band dari Filipina kot..

Lama rasanya band tu kerja kat situ..

Sebab tahun lepas aku buat kerja kat situ pun band tu dah ada..

Diorang mula menyanyi pukul 8 malam selama sejam kat restaurant..

Lepas tu diaorg mula menyanyi di lounge bertentangan dewan tempat aku kerja..

Uniform diorang pakai tu pendekatanya tak pernah labuh ke paras lutut..

Memang fesyen menjimatkan kaenlah.

Kalau dia tunduk confirm nampak seluar dalam dan lurah dadanya.

Aku tak kisah sangat ..

Aku pandang je tanpa perasaan..

Dah memang aku suka tengok orang menyanyi dan dengar lagu..

SAtu malam band ni buat persembahan berhampiran aku makan..

Tapi dekat dengan satu meja yang ada sorang mamat yang pakai kopiah..

Lalu kami gelak sesama sendiri melihat gelagat mamat tu yang langsung tak angkat muka masa makan..

Kesian pulak kitaorang nengokkan mamat tu..

Minah tak cukup kain macam sengaja pergi nyanyi kat situ..

Bila malam masa supper dan waktu mata dah mula tak berapa nak cerah sebab letih dan mengantuk..

Selalunya aku lepak sekejap menikmati makanan di sebelah lounge tu..

Selain mencerahkan mata tengok gelagat penyanyi perempuan yang tak cukup kain tadi terkinja-kinja melalui cermin kaca dinding lounge tu..

Tapi bukan aku sorang je buat kerja tu..

Geng-geng aku pun sama juga..

Masing-masing dah penat dan stress..

Adakalanya kitaorang tergelak sambil geleng kepala

tengok ada orang yang rumah kata pergi kubur kata mari terkinja-kinja sama sambil minum arak..

Tapi itulah sebahagian gelagat manusia yang aku lihat saban malam selama di situ..

Yang sememangnya tiada di tempat aku..

Memang manusia ni macam-macam perangainya..

Yang berkisar atas pentas dunia..

Setiap tahun..

4 kali dalam tempoh 12 bulan..

Pasti aku akan jejakkan kaki ke airport ini..

Dan lepak diruang anjung tinjau tanpa jemu..

Sebab ..
Aku suka tempat itu..