Hari itu aku pergi bercuti di Kuantan..
Dah lama tak cuti..
Akhirnya bawak juga anak cuti ..
Hotel yang dipilih pastinya ada kolam mandi dan dekat shopping mall.
2 tiga hari sebelum bercuti aku dah dapat notis dari boss..
" 29 Januari cuti dibekukan ya.. sila hadir mesyuarat "
Waktu tu kan..
Rasa nak mencarut pun ada..
Memang bengang gila..
Dah plan baik punya..
Tetiba kena ubah..
Nampaknya kena balik awal pagi tu..
Tapi sakit hati punya pasal..
Aku dah rancang nak buat perangai jahat sikit..
Balik lambat.. maknanya pergi meeting lambat la..
Lantak lah nak marah ke apa ke.
Aku tak pedulik..
SApa suruh bekukan cuti last minute..
LAgipun aku kuli pecacai je..
Pergi ke tidak tak ada bawa kesan pun pada mesyuarat tu..
Jadi petang 28 hb tu tetap pergi juga..
Dua orang anak teruna tak ikut sebab diorang pergi rumah tok dan nenek diorang di KT.
YAti seronok je..
Sebab tak ada orang buli dia..
Aktiviti adalah mandi kolam sampai kecut..
Kemudian lepak kat shopping mall.
29 awal pagi tu kita orang dah siap bawak turun barang dan breakfast sebelum checkout..
Tetiba terasa nak call member sebab nak tanya tempat meeting..
Aku lupa kat mana..
Tapi berita yang aku terima adalah meeting ditangguhkan..
apalagi...
Yahhhoooooooooooooooolah aku..
Terus beg diangkut balik masuk bilik..
Nasib baik tak check out lagi..
dan lepas tu aku dan anak sambung balik aktiviti mandi kolam sampai kecut sebelum balik..
Masa tunggu tebby check out tu aku memerhatikan gelagat manusia sekeliling di lobi..
TAk pasal-pasal tengok barang percuma..
Adalah remaja perempuan depan aku tengah sibuk amabik gambar depan pokok krismas dan salji buatan..
Pakai tudung manis je..
Tetiba masa dia duduk mengambil gambar tetiba bontot dia terkeluar..
Adoyaiii budak ni..
Dah lah yang berdiri sebelah aku ada mamat pakai kopiah yang aku rasa tekedu kot melihat gelagat remaja tu..
" Dik, minta maaf dik... bontot adik terkeluar lah!!"
Tapi itu hanya yang terkeluar dalam hati aku...
Dan bukannya ungkapan yang sebenar-benarnya keluar dari mulut aku..
Sebab family dia dekat situ..
Jadi rasanya ada orang laen yang lebih sesuai menegurnya dari aku..
Sebelum itu tebby pun tengok gambar live secara percuma juga..
Katanya dia lihat sepasang pengantin cina yang bergambar baju pengantin di situ..
Malam tu majlis ..jadi diorang buat raptai dulu kot..
Kata tebby... buah dada pengantin perempuan tu terjojol keluar..
Adoiyaii tebby ni...
Tajam benor pemandangan matanya..
hehe..
Jadi itulah ceritanya pada hari tu..