boleh meroyan kalau layan

Biarkan dunia berputar
Seiring waktu berjalan
Sampai saat nanti tiba
Waktu merestui cinta yang terlarang
Untuk kita berdua

Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi
Berat rasanya ku dapatkan semua
Dari situ ku sedari mungkinkah saat nanti
Cinta kita berdua bisa ku miliki

Salahkah ku bila mencintaimu
Mencinta sepenuh hati 


Owh .. sebenarnya rangkap-rangkap jiwang di atas adalah lirik lagu..
yang dah termasuk dalam kategori sedap dengar di telinga aku..
Dan tak ada kena mengena dengan apa yang aku tulis nanti..

Dan tak berkait juga dengan hati aku yang tengah meroyan..
Stress!!
Dengan perangai manusia yang pelik-pelik kat tempat kerja aku..
yang merasakan dirinya sangat pandai hingga apa yang orang laen buat tak betul..
yang tidak berfikir secara rasional terhadap keputusan yang orang laen buat..
Salah je yang nampak dimatanya..

Aku kena uruskan bab-bab audit di tempat kerja..
Ada pekerja baru yang perlu diaudit..
jadi aku sudah tetapkan siapa yang perlu mengauditnya..
Itupun berdasarkan maklumat pekerja yang aku dapat dari Admin.
Selepas surat dihantar kepada semua auditor dilantik..
Tetiba ada satu email yang masuk mempertikaikan keptusan aku ..
Katanya salah sorang pekerja tu tak sesuai diaudit oleh si polan A.
sebab bidang pekerja tu matematik dan si Polan A tu mekanikal.
Katanya lagi pekerja tu patut diaudit oleh si Polan B yang merupakan orang yang mengajar Bahasa..
aku tak kisah sangat bab dia nak pertikaikan keputusan aku..
Tapi yang aku bengang tu sebab dia cc email dia pada semua orang termasuk puan boss.
Apalah salahnya kan email pada aku je..
Tak perlu canang pada semua..

Respon aku padanya sebab aku ikut senarai pekerja ikut bidang yang diberikan .
Kedua, walaupun pekerja tu bidang matematik tetapi dia sangat berkait dengan mekanikal.
Ketiga , walaupun si polan A ni bidang mekanikal, tapi dia ada pengetahuan asas dalam bidang matematik juga, jadi dia layak mengaudit pekerja tersebut berbanding si polan B dari bidang bahasa.
Keempat..  kalaupun benar si Polan B yang berlainan bidang terus kena audit juga pekerja tu, aku tetap tak akan lantik si polan B mengaudit pekerja itu sebab si Polan B baru menjalani pembedahan lutut dan dalam proses penyembuhan.... 
Maknanya dia masih belum boleh berlari panjat tangga..
walaupun si polan B cakap dia tak kisah,
aku tetap kisah juga..
Maknanya aku akan jadi zalim padanya
tambah lagi kalau si pekerja tu sentiasa di tingkat atas..

Ingatkan dengan pencerahan itu akan selesai lah isu itu..
Tapi nampaknya dia tetap seperti tak puas hati juga..
Dia cakap isu yang sama juga masa terserempak dengan dia di tempat punch card masa nak balik.
Dengan nada suara seolah-olah aku salah sangat..
Haduiii!!
Small matter lah..
apa yang dia tak puas hati sangat ni!!
Kalau tak puas hati, aku lepas kat kau lah semuanya..
Kau buatlah semua mek..
Tak kuasa aku nak layan..
Aku bukannya hadap sangat jawatan ni..
aku pegang pun sebab terpaksa..
Kalau tak..
tak hingin aku terhegeh-hegeh tawarkan diri..

YAng pasti keputusan aku tak berganjak..
Aku ada justifikasi aku sendiri bila buat keputusan tu..
Melainkan big boss respons dan arahkan aku tukar,..
Kalau tak..
Lantak lah kau..