" Abang.. nanti kunci jam pukul 4.30 pagi tau"
" ok!"
Itu antara perbualan aku dan tebby setiap malam sebelum tidur..
Bimbang dia lupa..
Jadi kerja rutin tebby setiap malam adalah kunci jam..
Dan aku tukang matikan bunyi jam setiap awal pagi..
Pagi itu aku bangun awal pagi seperti biasa ..
Masak air dan nak buat persediaan masak bekal anak-anak dan lauk tengahari bila anak balik sekolah..
Rutin aku setiap hari
Naim aku kejut awal sebab dia dah pesan minta dikejutkan awal..
Ada homework yang dia nak siapkan..
Entah macamana tetiba aku tengok jam di dinding sudah 6.50 pagi..
Eh.. biar benar jam ni..
Jam ni tak betul ke atau aku yang tak betul..
Di luar masih gelap..
Bila aku check jam lagi satu..
Hahhh!! amekkawwwwwwwwww!!
Dah 6.50 pagi ..
Adoiyaiiii!!
Gawat!! Gawat!!
Naim je yang baru bangun..
yang laen masih lena dibuai mimpi..
aku ada kelas pukul 8.00 pagi..
Aku kalut..
Akhirnya....
Aku cuma sempat buat air dan kukus roti segera je..
Memang bekal ke lauk ke tak sempat buat lah..
Tebby dan Amin sampai sekolah hampir pukul 8.00 pagi..
Nasib baik Amin tak kena denda sebab dia masuk ikut pintu belakang..
YAti dan Naim tak pergi sekolah...
Sebab tak sempat naik van..
Pada Naim aku dah pesan..
Masak nasi dan goreng telur..
Ibu tak sempat...
Aku tak risau..
Naim dah pandai masak nasi dan pandai goreng telur.
Dan aku...
Betul-betul sampai depan pintu kelas pukul 8.00 pagi..
Itupun setelah memecut dengan laju sambil mengucap sepanjang jalan..
Rupanya jam di Hp tebby salah..
Lewat satu jam..
Dan jam lewat 1 jam itulah yang berbunyi dengan kuatnya pada jam 6.45 pagi..
Menyebabkan kalut dan gawat dunia aku pada hari tu..
Moral of the story
Peringatan buat aku.
JAngan maen belasah kunci jam..
Check dulu waktu kot-kot salah di jam itu..
Pastu jangan bergantung pada satu jam semata-mata bila kunci jam..
Bagi yang sentiasa pakai jam ditangan hingga tidur pun pakai..
Jangan tanggalkan jam tu dan letak merata-rata..
Tidur dengan jam ditangan tu terus...
Kerana disebabkan itulah..
Aku terbangun pukul 6.45 pagi..