Sakit?? Telan je

Dah lama tak sakit…
Sekali kena collapse terus..
Hari Khamis tu dah mula sakit badan
Petang Khamis tu demam.. disusuli panas dalam dada..
Malam tu mula batuk dan demam..
Aku dah agak..
Bila batuk je.. sure aku akan ke hospital..
Memang betul pun..
Malam tu aku jengah hospital di wad kecemasan.
As usual .. rawatan nebulizer sebab semput..
Ubat lelah aku dah tak jalan…
Aku cakap dengan doktor aku rasa macam demam..
Bila dia check confirm demam suhu tinggi..
39 darjah Celcius..
Ingatkan demam biasa je..
Sebelum tu mytebby check suhu kat dahi dia kata tak demam pun..
Malam tu lepas makan ubat ,aku pengsan tak sedar diri sebab tak larat..
Ubat –ubat tu semua racun suruh aku tidur..
Program anak-anak aku dengan sekolah angkat pun aku tak dapat jenguk..
Nasib baek mytebby ada tolong jadi wakil jengukkan apa yang berlaku kat kem..
Lepas tu rupanya aku agak kerap jengah wad kecemasan…
Sempatlah dapat 1 jarum…
Sakitnya…
Hinggalah pada malam Sabtu yang lepas aku nyaris di tahan kat wad..
Tapi aku tak nak..
Bila tak nak ni kan seribu macam alasanlah yang aku beri pada doktor tu..
Doktor tu sengih je..
Aku rasa mungkin sebab dia dah jumpa beribu patient macam aku ni..
Dan dia pun malas nak layan..
Walaubagaimanapun lepas aku beri alasan aku tetap beri jaminan padanya..
Kalau aku semput lagi .. aku bersedia masuk wad..
Aku bukan tak nak masuk wad..
Aku dah biasa pun masuk wad ni..
Cuma aku malas nak kena cucuk banyak kali..
Lemah aku bab cucuk mencucuk ni… sakit wei…
Kemudian kalau aku masuk wad.. pasti banyak pil yang dia suruh aku telan…
Yang pasti kalau aku telan ubat-ubat pil semput tu boleh gigil-gigil satu badan aku..
Tapi yang paling utama.. kerja aku banyak…..
Hari ni aku dah sihat sikit..
Setelah 2 hari aku terlepek..
Pasni sambung kerja…..