Agaknya apa?
Petang itu aku ke kedai runcit beli barang dapur.
Di kaunter kedai adalah sorang kakak menunggu giliran untuk membayar..
Setelah dia mundar mandir cari barang sambil mulutnya becok bertanyakan harga dengan tuan kedai..
Kakak itu memerhatikan aku dan barang dikaunter semasa tuan kedai mengira barang-barang aku kat kaunter tu..
Mungkin agaknya musykil dengan barang aku yang agak meriah lalu dia bertanya..
" nak masak apa ni??"
Lalu aku jawab nak masak lauk ikan kerapu..
Dia senyap seketika sambil memerhatikan aku yang tak berapa larat nak bercakap dengan ramah sebab penat..
Kemudian dia bertanya lagi…
"rumah kat mana?"
Dan aku pun jawablah rumah kotak aku di mana..
Eh.. dia tanya lagi lah..
" rumah sewa ke ??"
Aku jawab rumah sendiri…..
Pastu dia senyap…
Now.. aku nak praktikkan teori persepsi berdasarkan kejadian itu…
Aku tak tau apa yang bermain dalam fikiran dia….
Agaknya lah kan… aku rasa..
1. Mungkin dia tak pernah tengok aku so dia jadi sangat curious adakah aku pendatang baru di situ.. hmm.. boleh jadi..
2. Mungkin dia ingat aku masih bujang…. Ehehehhehe "( Perasan.. tak sedar diri tu dah ada laki.. )
3.. Ataupun … dia ingat aku ni student… ahaks.. macam lagi tak logik je..
Apapun petang tu aku tak larat nak jadik ramah mesra.. aku jawab apa yang patut je sambil sengih-sengih..
Dan aku tak peduli apapun pandangan dia terhadap aku dalam fikiran aku..
sebab dalam fikiran aku waktu tu ialah, beli barang, balik rumah, masak, makan sesendatnya sebab kelaparan pastu rehat yang panjang… ahaks..