nanti beli lah tu

Di suatu hari pada awal pagi yang hening...
Sang somi komplen pada si isteri mengatakan isterinya tak pandai pilih baju untuk dia...
Maksudnya tak pandai matchkan baju setiap kali sediakan pakaian kerja untuknya..
Lalu si isteri menjawab statement si somi dengan mengatakan baju dan seluar sominya terhad...
even si isteri pernah menyarankan supaya sominya membeli lagi seluar dan baju kemeja ...
Tapi si somi tak caya...
Dia kata dia beli banyak seluar..
"banyak seluar kan!!"
isterinya kata tak banyak...
Lalu pagi itu pintu almari dibuka..
Dan diskusi tentang baju dan seluar kerja mula bermula sebaik sahaja pintu almari dibuka..
Isterinya kata... " cer keluarkan seluar dan baju yang boleh dipakai!!"
Si somi pun keluarkan seluarnya satu persatu...
Setiap sehelai yang dikeluarkan isterinya akan kata... 'itu seluar lama..."
AT last sebenarnya memang tak banyak pun seluarnya yang agak baru.
Kemudian dia tunjuk pulak satu persatu baju kemeja yang dia ada...
Isterinya kata banyak yang dah lama....
Dia pun tunjuk jugak baju kemeja lengan pendek...
Bab tu...hrmmm..  mungkin sebab taste si isteri yang kurang gemar sominya pakai kemeja lengan pendek setiap kali pergi kerja...
Lalu isterinya kata takkan nak pakai lengan pendek je pergi kerja..
Si somi kata tak apa..
Lalu si isteri kata... seluar kerja tu banyak kaler.. susah nak matchkan dengan baju lah... ehhehe..( actually she tried to defend herself la tu... ahaks)
Pendek kata diskusi berkenaan baju dan seluar agak hangat sampai si somi tunjuk demo matchkan baju dengan seluar sambil isterinya yang nak gelak bagai dalam hati .. ehehe...
Eventually... si somi kata pada isterinya lepas ni biar dia sendiri yang pilih baju setiap hari....
Isterinya kata tak mengapalah kalo nak pilih sendiri....
Tapi laen kali kena make sure setiap pagi baju dah sedia ada atas iron board supaya senang nak gosokkan..
Sebab tak adalah isterinya pening setiap pagi menung mengadap almari memikirkan nak pilih baju mana dan matchkan dengan seluar mana untuk sominya... ahaks...
Selesai masalahnya bab tu..
Tapi si isterinya percaya dan jamin... 
DAlam tempoh sebulan...... dalam tempoh sebulan pasti sominya akan ke shopping complex bila dia mula menyedari sebenarnya baju kerjanya agak terhad.. takkan nak rotate baju sama setiap minggu... ehehehe..