tDua hari lepas fathycute called masa aku tengah sibuk kat opis..
Katanya anak aku sedang duduk tercongok didepannya..
FAthycute kata anak aku ada masalah…
Dia nak drop subjek HR yang dia tengah belajar dengan aku..
Puncanya…
Dia tak datang masa test..
aku ada tanya dia kenapa tak ambek test masa jumpa dia time majlis makan malam anjuran kelas anak-anak aku.
Sebelum tu dia cuba mengelak dari berjumpa aku..
Tapi aku tak da kisah pun dia nak lari sana lari sini mengelak aku.
Cuma aku terperanjat kenapa dia perlu berjumpa fathycute instead of me sebab tak datang masa test.. sebab akukan yang buat test bukan si fathycute....
Rupanya dia sangat takut nak datang mengadap aku..
Menyebabkan dia sangat stress dan nak drop subjek tu..
Jadi dia mengadaplah fathycute.. lalu fathycute menelefon aku…
Sebab macam tak percaya dengan apa yang berlaku..
Adoiyaii .. macam aku ni brutal sangat..
Aku bantai gelak kat telefon.. heran kenapa sampai begitu sekali stress dan ketakutannya..
Aku bukannya makan orang pun.. aku makan daging je..
Owh!! Baru aku ingat..
sebelum diorang balik cuti raya aku ada kasik warning sama anak-anak aku..
Test lepas raya.. kalau sakit tergolek pun, tapi tak ada mc aku tak layan.. kira good luck for final la..
Mungkin sebab tu kot dia takut nak datang jumpa aku
Dan lari sana sini dari mengelak jumpa aku.. heheh
Whatever !!!..
TApi aku tetap nak buat backup test untuk dia juga… aku paham masalah dia.. Cuma aku nak bagi mental torture sikit dulu.. sebelum buat back up test untuk dia.. so aku tak nak dia pikir senang-senang je tak datang test pastu aku buat backup test untuk dia sorang je..
Tak acilah macam tu..
Hari Rabu malam khamis 29 Ogos baru ni anak-anak aku buat gala dinner..
Dinner tu sebahagian dari kerja kursus..
maknanya ada markah..
Biasanya orang happy masa dinner…
Tapi muka diorang ketat je…
senyum pun rasanya tak sepenuh hati..
Puncanya..
Aku banyak demand..
Salah satunya tak boleh abes lambat..
jangan lebih dari pukul 11.00 malam.
Tapi satu sebab lagi diorang muka ketat stress gila sebab esoknya diorang ada test dengan aku pukul 10.00 pagi.. hehehe..
Sebabnya dia orang main 'counter offer' tarikh test dengan aku sebelum raya..
Aku memang pantang orang buat counter offer ni..
Aku nak buat test 27 Ogos so diorang boleh concentrate untuk handle dinner..
Tapi dia orang tawar minta buat lagi lewat..
Dalam diorang tawar tu adalah sorang tersalah cakap mintak hari khamis.. 30 hb..
Aku pun kira muktamad terus.. sambil bagi warning kat diorang dan tonyoh clorox kat diorang banyak..
Sapa yang bertawar lagi maka aku bawak ke 29 hb petang..
Aku tak peduli kalau diorang tak sempat buat preparation untuk dinner..
Dan boleh bayangkan suara aku yang nada tinggi je sampai hujung blok boleh dengar..
Suara aku memang kuat pun..
Kalau orang nak memantau aku tak payah masuk kelas.
Duk luar kelas di sebelah pun boleh dengar dengan jelas dengan terang dan nyata..
Balik rumah budak-budak mengadu kat kawan diorang yang aku mengamuk dalam kelas..
Sebelum ni aku sangat baek dan manis je..
Dan diorang sangat terkejut dan takut..
Lalu terus diam tak berani nak buat counter offer lagi..
Dan nampaklah muka diorang stress masa dinner tu..
Lalu aku gelakkan diorang dalam hati sambil makan..
'Padan muka korang.. hehhe… 'dalam hati aku berkata..
Tapi lepas diorang berkemas abes dinner dengan muka ketat tu..
Aku buat pengumuman yang aku tunda test kepada hari Ahad petang berikutnya..
Lalu melompatlah diorang keseronokan..
Kalau sebelum ni muka diorang ketat..
Lepas pengumuman tu dia orang gasak bergambar dalam dewan siap bergolek-golek lagi..
Beberapa tahun lepas..
Aku nyaris buat test pukul 6.30 pagi..
Puncanya sebab budak-budak buat counter offer lah..
TApi at last buat test seperti mana yang telah aku tetapkan ..
Itupun setelah aku kenakan dendaan pada budak yang mengaku buat counteroffer.
Selepas dipaksa oleh kawan-kawannya untuk mengaku..
Sebab takut aku teruskan niat aku buat test pukul 6.30 pagi…
Hehehe..
Bengkeng sangatkah aku ni??Hrmmmm..
Aku rasa macam aku ni jenis dalam hati ada taman je..ahaks