Baca sajak


Yati masuk pertandingan baca sajak sempena kemerdekaan..
Terkejut bila dia cakap dia volunteer nak masuk bersaing dengan senior-seniornya..
Mula-mula dia kata kena reka sajak sendiri…
Jadi mangsa kena buat sajak sudah pasti ibunya..
Adoiiyaii!! Pening kepala aku..
Merapu aku pandailah..
Nasib baek akhirnya cikgu bagi dia keratan sajak…
Selamat aku..
Lalu dia berlatih dengan giatnya..
Sambil membaca peluk kucing..
Terkebil-kebil kucing tu mendengarnya sambil berusaha melepaskan diri…
Mungkin serabut katanya…
Aku pun tolong ajar juga..
Time belajar dulu aku ada experience baca sajak sikit-sikit..
Lepas tu dia buat demo depan bapaknya..
Lalu bapaknya kata .. Bagusssss!!!
Dan dia sangat gembira…
Selepas bertanding sebelum merdeka yang lepas.
Aku pun bertanya.. " Yati ok tak baca sajak??"
"Boleh!!"
" Yati menang tak??"
"Tak tau lagi!! Tak dapat keputusan lagi!!"
Tiba-tiba naim mencelah..
" Huh!! TAk sedap langsung Yati baca ibu..!! Dia baca slow je!!"
Lalu dia ditempelak ibunya..
" Sekurang-kurang nya Yati berani cuba baca kat depan orang ramai. Awak ada?? Kenapa awak tak masuk?? Sekurang-kurang adik awak mencuba dari awak yang tak mencuba langsung..!!"
Dan Naim diam tak menjawab..
Hingga sekarang tak tau keputusannya lagi..
AlaH !! Setakat budak darjah 3 yang baca jika dibandingkan dengan senior –senior yang laen..
Memang aku tau tak akan menang pun..
Dan aku tak harap dia menang pun..
Tapi aku bangga sebab dia berani…
Satu lagi aktiviti-aktiviti sebegini akan membentuk personaliti anak aku dan meningkatkan keyakinan diri sendiri bila berhadapan dengan orang ramai.

 

*** Selalu doakan yang terbaik untuk anak-anak aku.