Malas nak ikut lagi


Malam baru ni aku dan anak-anak teman mytebby buat program untuk student yang nak amek PMR disekolahnya.
Aku plan nak buat kerja kat belakang dewan..
Anak-anak pulak buat homework…
Amin tumpang sekaki budak-budak tu jawap soalan BM walaupun dia baru form 2.
Saja seronok nak tukar angin buat kerja rumah..
Aku kagum ada ibu yang sanggup tunggu anak dalam dewan bersama anak kecik..
Dalam hati aku berharap anak dia appreciate pengorbanan emaknya.
Dengan belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan cemerlang..
Bersungguh-sungguh aku nak buat kerja nih..
Akhirnya sempat jamah 1 kertas jawapan je…
Sebabnya……
Pengerusi PIBG sekolah datang menjenguk pelajar sekolah tu yang sedang sibuk menjawab soklan.…
Dia telah menarik kerusi dan duduk berhadapan aku yang tengah mengadap kerja setelah mytebby meng'introduce' dia kat aku….
Adoiyaiii!! Lemah aku lah….
Takkan aku nak buat kerja time dia tertonggok depan aku…
Takkan aku nak diam sambil tersengih-sengih kat dia…
Nanti dia kata aku sombong…
Tercalar plak reputasi mytebby..
At last terpaksalah layan mamat tu berbual….
Tak lama lepas tu ada pulak lagi 2 bapa yang duduk join…
Lagi lah lemah aku…
Tapi macam biasalah aku kan….
Berpura-pura ramah….
MAcam-macam yang dibincangkan…
Seperti JKKK berbincang dengan penduduk kampong je ..
Sementara menunggu mytebby yang sedang beri jawapan kat anak muridnya didepan…
Punyalah lama sampai aku rimas…
Perbualan berakhir sebaik sahaja program mytebby tamat..
Tapi macam biasalah aku…
Aku ni memang peramah..
Tapi satu perkara yang aku buat dari dulu sampai sekarang…
Perbualan sampai setakat itu sahaja..
Aku takkan sekali-kali tanya nama dan contact number...
Selepas malam itu aku dah tak ikut mytebby lagi…
Kecuali aku memang dah tak ada kerja nak buat