Tak jumpa dah
Di hari yang indah semalam…
Ada satu keluarga yang tinggal di sebuah kampong yang sibuk dengan aktiviti masing-masing..
Si suami sedang sibuk nak servis si lover..
Katanya nak buat sendiri.. penuh bersemangat waja..
Si isteri sibuk menggosok baju yang banyak depan TV..
Dua anak lelakinya sedang maen game..
Dan anak dara yang sorang tu sedang menonton TV movie omputeh..
Tiba-tiba…
Si suami masuk dalam rumah lalu bertanya pada bininya…
"Nampak tak spanar bulat….?? Entah mana peginya spanar bulat ni… rasanya tadi ada pegang di tangan. Pelik betullah ..!!"
Jawab bininya.. " tak tau.. tak nampak pun.. lagipun sibuk iron baju ni.. hehe. Memang pegang kat tangan ke? Cer cari betul-betul"
Lalu dia bertanya kat anak-anak pulak yang mana memang dah boleh tau jawapan diorang..
" Dopp!!"
YAti lagi best… siap dia tilik lagi contoh spanar bulat saiz kecik yang ada, macam dia tau je benda tu ada kat mana dan sepertinya dia pernah nampak benda tu di mana - mana..
At last.. " Yati tak Nampak pun!!" ehehe..
Lalu si ayah pusing keliling mencari spanar bulat sambil mengomel-ngomel sampai bininya naik fenin…
Di tengah kekalutannya mencari tetiba bininya yang sedang sibuk menggosok bersuara….
"Agaknya sultan Pahang datang pinjam kot.. dia ambik tak cakap lah tu, tak pun tak sempat nak cakap..!"
Ehehehe!! Teruknya aku. ,.. guna nama Sultan Pahang.. Tak pasal-pasal nama dia jadik mangsa.. ahaks
Lalu jawab si suami .. " Kalau ambik pinjam pun.. kena reti pulang balik lah!!"
Dia tak puas hati.. lalu ditawarkan ganjaran kepada anak-anaknya kalau jumpa spanar bulat tu..
" Anak-anak !! Kalau sapa jumpa spanar bulat abah tu abah bagi duit!!"
Apakah akhiran pencarian mytebby???
Sampai sudah tak jumpa-jumpa..
Aku pun pelik jugak…
Dan akhirnya dia start motor dan pegi beli spanar bulat yang baru kat kedai hardware.
Abes cerita… eheheheh