Cerita berbeza tapi maksud sama

Wah!! Ada mesin penimbangla kat RnR ni..

Lalu mesin penimbang tu ditilik dengan penuh minat..

Eh!! Bukan setakat timbang berat..

Ketinggian pun boleh diukur..

Ada lagi..

Mesin ni boleh bercakaplah…

Bukan calang-calang mesin ni..

Boleh cakap omputeh.

Pandai mintak duit pulak tu..

Tetiba mytebby berkata-kata… ' Trylah timbang berat tuuu!!'

Maka di tengah pekat malam..

Mesin tu mintak duit untuk khidmatnya..

Terpaksalah sedekah 50 sen..

Tak lama selepas itu..

Berkatalah mesin tu…

' owh!! Here you are!!"

'You're large….!'

'Congratulationss!!"

Abanggg!!! Aci dok kita bawak balik dungun mesin ni dan campak mesin ni kat laut belakang rumah!!

Siapa yang gatal timbang berat badan ..

Mesin ni hanya memberi khidmatnya dengan jujur dan ikhlas..

Memang dah kembang sana sini…

Tak payah nak komplen-komplen..


 

***


 

Satu hari…

Mytebby berkata-kata di dapur..

'Obboss!! '

'Cer tarik nafas, masukkan perut.. pastu lepas!!'

Me : Komplen ke? Once komplen kita terus pegi slimwol!.. Komplen???"

' dokk!! Ok doh!! Hehe!"

Aku tau dia jujur dan ikhlas..

Terima bininya yang kembang comel seadanya..

Hehehe..

Yang penting sihat sentiasa…

Dan sentiasa gembira walau tak slim melim macam orang laen..

Tak payah nak komplen-komplen..