seronok raya 2012

Selamat hari raya aidilfitri.. Seronok raya? Saya sangat seronok.. Sebab semua adik beradik dan ipar duai balik dan berkumpul.  Kecuali kakak saya .. Katanya nak beraya di rumah keluarga suaminya.. Saya ok sahaja.. Yang penting ramai yang ada dan rumah mak sangat meriah…Pendekata di setiap sudut rumak mak penuh.. Malam raya lepas isyak berjemaah kami bertakbir ramai-ramai.. Walau tak sesedap imam kat masjid tapi tetap meriah.. Aku baru berangan nak tolong mak buat rendang.. Tapi bila sampai petang sabtu tu semua rendang, lontong dan kuah kacang dah siap masak… Aku jadik tukang makan je lah.. Malam tu penuh rumah mak time berbuka. sebab semua orang ada. Makan ala buffet .. penuh 2 meja.. Ayam bakar 6 ekor sekejap je abes.. Begitu juga lauk laen.. Mak aku sangat gembira sebab semua orang ada.. Selalunya tinggal dia berdua je berbuka puasa dengan bibik. Malam tu macam-macam aktiviti santai yang dibuat kami sekeluarga.. Ada yang bincang pasal lenlover.. ada yang bergosip sana sini.. Dan ada yang maen bunga api dan mercun.. Tapi yang bermalam rumah mak hanyalah aku sekeluarga, abang Mi sekeluarga dan kak Jurai sekeluarga.. YANg laen balik rumah masing-masing sebab dekat.. Pagi raya lagi meriah.. Lepas sembahyang raya pakat mengadap makanan dan bergambar dengan bermacam—macam gaya.. Makanan penuh meja… kak zu bawak nasi tomato dan kuah lodeh.. Ada lontong, ketupat, rendang dan kuah kacang.. Kuih raya buat kat kedai pun banyak juga.. Semua orang bergambar sakan..Aku hanya menempel kat diorang je sebab tak ada kamera.. Pastu kami ramai-ramai pergi melawat arwah abah… Kami bacakan yasin di bawah panas terik sampai ada orang mekapnya cair.. ehehe.. Lepas tu pergi berjalan rumah adik mak dan saudara yang laen.. Abes berjalan.. balik rumah dan mengadap makanan kat meja sambil bergosip lagi.. Lepas maghrib aku sekeluarga balik dungun sebab esoknya nak balik rumah mertua.. Rushing nak balik punya pasal sampai aku terlupa nak bawak balik baju kurung, kasut dan anak-anak aku si kura-kura yang tiga ekor tu. Naseb baek makanan dia ada.. Dah separuh jalan baru ingat tertinggal anak-anak dan yang laen.. Mam besar kata 'khoya'… macam-macam boleh tinggal.. Naseb baek tak tertinggal laki … Tak apa mak.. maksudnya kasih sayang tertinggal di situ bila barang-barang banyak tertinggal..  Hehehe.. Duit raya ??? boleh dikatakan hampir kempis poket aku dibuatnya.. Anak buah aku sangat ramai.. Tapi tak apalah… Setahun sekali… Bukan selalu.. Tapi yang paling penting mak aku sangat happy dan kami semua happy.. 







                                                      Mak saya tetap maintain jelita...