Budak jahat????


Kawan mytebby kata Si Lover ni budak jahat.
Budak jahat?? Tang mana tu?
Konpius aku…
SAiz ke? Rupa ke?
Yang aku tau.. badan je besar.. tapi bunyi hon macam pondan je..
Hinggalah satu hari dia buat perangai…
Tak nak bergerak  kat tepi pantai di nun hujung dungun sana..…
Aku tengah kerja tetiba mytebby called suruh aku ambik dia ..
Katanya si Lover tak gerak... tak leh nak masuk gear..
Kali ni memang betul SiLover ni budak jahat …
Bukan setakat dia menyusahkan laki aku yang sangat menyintainya tetapi tak pasal-pasal aku yang sedikit cuak kat dia jadi mangsa…
Si Neo dan si Cukai even si Bagak aku dulu pun tak pernah menyusahkan aku dengan merajuk kat tepi jalan tau…
At last.. kena pakai lori nak tarik Si Lover tunda ke rumah..
Kalau nak suruh siNeo ke sicukai tarik .. alamat barailah sicukai dan sineo aku tu.. boleh tercabut satu persatu body..
Berat sungguh si Lover itu..
Kemudian dia called pakar lenlover iaitu abang-abang iparnya bertanya masalah siLover ni…
Dengar perbualan mereka macam cakap sesuatu yang lucah je.. ada nipples la .. itulah inilah.... hehe
Uiit... tak leh cerita lebih-lebih.. bulan puasa..
Lagipun saya tengah puasa..
Tahap keimanan di level 5..
Kalau cerita lebih nanti tahap keimanan turun level 2... hehehehe
saya gurau aje..
Sampai bininya gelak sendiri bila mendengar perbualan yang ala 18sx tu..
padahal sembang pasal masalah silover je..
Otai yang sulung nak datang .. tapi mytebby tak bagi datang..
Tak nak menyusahkan katanya.. lagipun dengar macam dia tak sihat je..
Itupun mytebby nak cuba baiki sendiri..
Lalu isterinya bersuara.. " Jangan buat kalau tak ada experience.. nanti jadi mcam tikus baiki labu.. biar pakar baiki… tengok pastu barulah buat sendiri…
Dia cuba buat juga.. berpandukan youtube..
Apa kesudahan cerita empunya lenlover di sebuah kampong di Dungun ni?
Lepas terawih… sebuah lori sekali lagi datang menarik siLover dan menundanya ke hospital berdekatan..
Dan semasa entri ini ditulis dia masih lagi ditahan dalam wad..
Memang dia budak jahat tapi suara macam pondan..