Bertambah setahun..


Aku dah pun mencecah umur 40 tahun dua hari lepas…
Happy birthday to meee.. 
Semoga diriku dipanjangkan umur..
dan dimurahkan rezeki..
Kalau Allah nak menjemput aku lebih awal pun ..
Aku berharap biarlah sekurang-kurangnya anak aku dah besar dan boleh berdikari sendiri..
Nampak je aku agresif macam orang sihat..
tapi setiap hari aku bergantung pada ubat..
Tak caya..??  kena percaya.. 
Aku  dah masuk ke fasa baru dalam hidup..
Orang kata life begins at 40..
Tapi bagi aku macam biasa je..
Dengan rutin kerja yang mencabar dan makin mencabar..
Dengan demand yang semakin pelik..
Kat rumah uruskan anak dan laki..
Macam tak ada perubahan pun..
Apa yang kau dapat ???
Lebih kurang 200 ucapan selamat hari lahir di fesbuk dan sms.
Dari sahabat handai dan anak-anak..
Kunjungan tetamu sempena hari raya..
Berjalan ke rumah jiran yang buat open house..
Pastu cuci mata kat Tok Mat Caid dan makan kat situ..
Pastu balik rumah…
Nothing interesting happened..
Esoknya mytebby beli washing meshin yang bapak besarnya..
Muatan 10 kg..
Menggantikan washing meshin lama yang buat perangai
Asyik menangis memanjang je sampai air mata meleleh masuk dalam bilik…
Dasat betulll…. Sampai bosan aku nak kesat airmatanya..
Tetiba mytebby berkata.. " Aaa!! Ni hadiah birthday ya…. Rambut tak berapa nak ada dah!!
Dan aku terlopong seketika…
Uiiit.. Rasa macam  ge tak aci je… hehehe..
Anyway…. Aku happy… happy dan happy..
Tak apalah apapun yang aku dapat asal bukan frame gambar ngan pasu bunga… hehe
Aku doakan semua sahabat handai dan anak-anak yang mengingati dan tak lupa ucapkan selamat hari lahir kepada aku diberikan kebahagiaan, keberkatan yang berpanjangan dan dirahmati Allah sentiasa..

Mode : Sedang berfikir nak beli hadiah apa untuk diri sendiri... Sahabatku nor.. terimakasih sebab belanja makan kat hotel samapi kenyang hingga tak larat nak bangun... Sedap nor.. semoga kau dimurahkan rezeki... Aminn..!! :-)