Raya dah dekat
Tak lama lagi nak raya..
Semua orang seronok..
Especially anak—anak aku..
Aku pun seronok juga..
Sebab tahun ni beraya di rumah mam kat Kijal..
Dan kebetulan juga semua adik baradik aku balik beraya berkumpul beramai-ramai..
Memang penuhlah rumah mak..
Aku tak kisah..
Kalau rumah mak tak muat.. silover pun boley jadi homestay..
Setakat aku laki bini anak beranak muat je.. ehehe
Lagipun aku laki bini tak kisah tidur kat mana-mana pun..
Kecuali kakak aku yang sulung tak balik sebab nak beraya di Seremban..
KAtanya nak raya dengan anak-anak.. raya kedua baru dia balik.
Hari Sabtu baru aku baru balik rumah mak.. berbuka dimalam terakhir beramai-ramai dan start masak untuk juadah pagi raya..
Mytebby dah pesan.. dia tak nak orang laen masak rendang selaen mak mertuanya.. dia rela mengadap kuali jadi tukang kacau rendang.. tapi rasanya at last aku jadik tukang kacau. Rendang Mak Bai memang sedap...
Kak Zu cakap dia nak buat nasi Arab..
Kueh raya aku buat kat kedai je..
Aku tak suka buat kuih raya sebab aku tak suka duk kat dapur berjam-jam.
Tambah lagi kalau tak jadik.. nanti aku stress.
Macam biasa pagi raya setiap tahun rumah mak wajib ada ketupat, lontong, rendang daging, kuah kacang..
Kalau arwah abah ada, dialah yang rajin anyam ketupat.
Aku tak ada skill dan aku tak ada kesabaran..
Bila tak jadik aku jadik putus asa dan terus berenti..
Jadik sampai sudah tak pandai-pandai…
Sekarang ni aku sibuk nak masukkan duit dalam sampul raya untuk anak-anak sedara..
anak sedara ramai pulak.
Jadik terpaksa tulis nama masing-masing kat sampul raya takut tertukar..
Akhirnya baju raya tema putih terlaksana jugak..
Jumaat lepas pergi borong kat kedai kaen di Kuantan.
Beli yang siap je terus.. abes cerita..
Tapi, Boleh luruh jugaklah rambut maytebby yang tak berapa nak ada tu. Ehehe
Rupanya susah jugak nak matchkan baju putih dan tudung warna laen ni.
Baru ni aku beli tudung fesyen tingkat siap ada layer tau..
First time aku beli tudung berfesyen ni..
Ingat nak matchkan dengan baju putih..
Diorang cakap biru match je dengan kaler putih..
Malam semalam dengan excitednya aku tunjukkan kat mytebby..
" comel dok tudung ni dengan baju putih.."
Mytebby diam sejenak sambil merenung baju dan tudung tu..
Lepas tu dia berkata " Dokkk!! Cer kira ada berapa kaler tu?? Seeloknya tiga kaler.. tapi kat situ empat!"
Uiit!! Pulok doh!!
Adoiyaiii!! Kena cari tudung laen la pulak..
Lemah la …… Terbang lagi duit aku yang baru nak lekat ni..
Bang.. tahun depan tema hitam la pulak..
Tiap-tiap tahun tema hitam pun tak apa..
Boleh match dengan tudung macam-macam kaler..