Bagus lah jatuh tu
Ambik si Lover balik dari buat pemeriksaan kat JPJ.
KAlau lulus katanya nak tukar nombor plat dan kasi tinted itu cermin..
Lulus jugak budak jahat tu..
Lebih kurang pukul 10 malam dia sampai ke rumah..
Sebaik sampai mytebby mengadu.. " Naim punya ujian bulanan jatuh teruk.. kalau dulu ada A, kali ni dah tak ada.. B dan c je dia dapat.."
Uitt.. kenapa Naim senyap je.. sepatah pun dia tak cakap dengan aku padahal sepetang tu dia ada kat rumah.. main.
Perkhabaran itu menyebabkan kepala aku sedikit mengembang.. tambah lagi datang dari mulut orang lain tetapi bukan dari mulut naim sendiri .. Takut agaknya..
Nak rotan rasa tak larat dah..
Bila kuasa nak rotan tu tak jadi, maka ia terus mengalir berpindah ke mulut..
Lalu mulut laser seorang ibu di dalam sebuah kampong di dungun memecah kesunyian malam itu.
" Naim!! BAguslah result jatuh merosot.. ibu suka sangat.. sangat suka!!Pastu kaut lagi nombor banyak-banyak tau.. Ha lepas ni tak payah belajar tau!!!. Naim maen je.. maen la sepanjang hari.. kalau tak cukup sambung lagi waktu malam.. Naim tak payah tidur… tak payah baca buku . N anti ibu suruh sepupu naim donload game banyak-banyak dalam ebook Naim.. naim maenlah puas-puas. Nanti kat sekolah pun tak payah bagi perhatian cikgu ngajar.. naim maen je.. Naim kena tukar cita-cita naim tu tau.. kalau cikgu tanya nak jadi apa.. tak payah lah naim cakap nak jadi bomba ke, nak jadi imam ke.. naim cakaplah naim jadi tukang sapu sampah tau.. kalau cikgu tanya sebab apa.. Naim cakaplah sebab Naim suka maen.. siang malam saya main…!"
Dan kalau biasanya dia sentiasa menjawab dan bersedia dengan jawapan kali ni dia senyap terus tanpa sebarang kata…
seronok raya 2012
Mak saya tetap maintain jelita...
Bertambah setahun..
Happy birthday to meee..
Semoga diriku dipanjangkan umur..
dan dimurahkan rezeki..
Kalau Allah nak menjemput aku lebih awal pun ..
Aku berharap biarlah sekurang-kurangnya anak aku dah besar dan boleh berdikari sendiri..
Nampak je aku agresif macam orang sihat..
tapi setiap hari aku bergantung pada ubat..
Tak caya..?? kena percaya..
Aku dah masuk ke fasa baru dalam hidup..
Dengan rutin kerja yang mencabar dan makin mencabar..
Dengan demand yang semakin pelik..
Kat rumah uruskan anak dan laki..
Mode : Sedang berfikir nak beli hadiah apa untuk diri sendiri... Sahabatku nor.. terimakasih sebab belanja makan kat hotel samapi kenyang hingga tak larat nak bangun... Sedap nor.. semoga kau dimurahkan rezeki... Aminn..!! :-)
Raya dah dekat
Tak lama lagi nak raya..
Semua orang seronok..
Especially anak—anak aku..
Aku pun seronok juga..
Sebab tahun ni beraya di rumah mam kat Kijal..
Dan kebetulan juga semua adik baradik aku balik beraya berkumpul beramai-ramai..
Memang penuhlah rumah mak..
Aku tak kisah..
Kalau rumah mak tak muat.. silover pun boley jadi homestay..
Setakat aku laki bini anak beranak muat je.. ehehe
Lagipun aku laki bini tak kisah tidur kat mana-mana pun..
Kecuali kakak aku yang sulung tak balik sebab nak beraya di Seremban..
KAtanya nak raya dengan anak-anak.. raya kedua baru dia balik.
Hari Sabtu baru aku baru balik rumah mak.. berbuka dimalam terakhir beramai-ramai dan start masak untuk juadah pagi raya..
Mytebby dah pesan.. dia tak nak orang laen masak rendang selaen mak mertuanya.. dia rela mengadap kuali jadi tukang kacau rendang.. tapi rasanya at last aku jadik tukang kacau. Rendang Mak Bai memang sedap...
Kak Zu cakap dia nak buat nasi Arab..
Kueh raya aku buat kat kedai je..
Aku tak suka buat kuih raya sebab aku tak suka duk kat dapur berjam-jam.
Tambah lagi kalau tak jadik.. nanti aku stress.
Macam biasa pagi raya setiap tahun rumah mak wajib ada ketupat, lontong, rendang daging, kuah kacang..
Kalau arwah abah ada, dialah yang rajin anyam ketupat.
Aku tak ada skill dan aku tak ada kesabaran..
Bila tak jadik aku jadik putus asa dan terus berenti..
Jadik sampai sudah tak pandai-pandai…
Sekarang ni aku sibuk nak masukkan duit dalam sampul raya untuk anak-anak sedara..
anak sedara ramai pulak.
Jadik terpaksa tulis nama masing-masing kat sampul raya takut tertukar..
Akhirnya baju raya tema putih terlaksana jugak..
Jumaat lepas pergi borong kat kedai kaen di Kuantan.
Beli yang siap je terus.. abes cerita..
Tapi, Boleh luruh jugaklah rambut maytebby yang tak berapa nak ada tu. Ehehe
Rupanya susah jugak nak matchkan baju putih dan tudung warna laen ni.
Baru ni aku beli tudung fesyen tingkat siap ada layer tau..
First time aku beli tudung berfesyen ni..
Ingat nak matchkan dengan baju putih..
Diorang cakap biru match je dengan kaler putih..
Malam semalam dengan excitednya aku tunjukkan kat mytebby..
" comel dok tudung ni dengan baju putih.."
Mytebby diam sejenak sambil merenung baju dan tudung tu..
Lepas tu dia berkata " Dokkk!! Cer kira ada berapa kaler tu?? Seeloknya tiga kaler.. tapi kat situ empat!"
Uiit!! Pulok doh!!
Adoiyaiii!! Kena cari tudung laen la pulak..
Lemah la …… Terbang lagi duit aku yang baru nak lekat ni..
Bang.. tahun depan tema hitam la pulak..
Tiap-tiap tahun tema hitam pun tak apa..
Boleh match dengan tudung macam-macam kaler..
Apa yang seronok?
Apakah yang paling menyeronokkan saya di bulan puasa ini?
- Dapat balik berbuka di rumah mak saya.. hari-hari berulang pun tak mengapa..
- Bila tetiba mytebby kata… ' jom kita berbuka kat luar hari ni… '. Hehehe.. Yeahuuu! Rasa manisnya je bunyinya..
- Ataupun jika dia berkata ' kita goreng telur mata je lah masa berbuka… makan dengan kicap lada..' hehe
- Ataupun dia suruh masak lauk singgang… kita maen campak-campak je… pastu siap… haha.. dah nama pun lauk malas kan..
- Sesekali kala dia tak ada sebab berbuka di luar… saya sangat seronok… Kenapa?? Sebab saya boleh decide sesuka hati saya sendiri nak masak apa untuk berbuka..... yeayy!!
Dah ready?
Mengantuk sungguh …
Dalam bulan puasa bila tengahari datang satu penyakit..
Mengantuk yang teramat..
Hinggakan masa tengah taip mesej kat handpone boleh terlelap dengan handphone masih di tangan..
Adoiyaiii.. teruknya..
Dah siap buat persiapan raya??
Saya belum lagi…
Untuk anak-anak dah siap beli awal puasa hari tu..
Tinggal baju melayu lagi..
Mytebby pun dah beli baju..
Mytebby dah decide baju melayu nak warna putih raya tahun ni..
Which is not my favorite color..
Lagi nampak kembang lah aku yang memang dah sedia kala kembang ni..
Lagipun aku kan jenis super duper lasak…
Memang tak layak pakai kaen putih nanti cepat nampak kotor..
BAgi aku baju putih ni untuk orang kawin je..
Lagi pun kalau aku pakai baju putih ataupun pink time pegi kerja kan..
pasti ramai yang pelik..
Sebab baru ni aku sambar pinjam baju pink adik aku pegi kerja..
tetiba kawan aku tegur..
'Nampak laen la hari ni'
aku jawab je baju pinjam..
dia kata looks like it was not me...
hahaha.. hor la..
Aku mana pernah pakai baju ala lembut-lembut sopan santun gitu..
especially warna pink ... erggh!!
Tapi yang peliknya anak dara aku sangat suka warna pink..
Serba serbi nak pink..
apapun nasib baek mytebby tak pilih tema pink raya kali ni...
heheh... kira putih tu boleh terima lagi lah walaupun aku kurang menggemarinya..
Aku ni time siang hari di bulan puasa ni malas nak pegi shopping…
Panas wei… tak larat…
Tambah lagi time tengahari sekarang kena penyakit mata nak tetutup..
Malam pulak dah letih… lagilah malas…
Tak ada mood nak shopping raya..
Silap aribulan raya nanti aku pakai baju kerja je… ahaks..
Sebab tak siapa akan tahu aku pakai baju kerja……
Melainkan aku yang cakap..
Entah tercapai ke tidak semua orang dalam family aku pakai baju putih..
Sebab tak cari pun lagi..
Nak hantar kat kedai jahit memang gelap gambar lah jawabnya… hehehe
Hari ni saya sangat seronok..
Sebab nak balik berbuka dengan mak saya di Kijal..
Hari-hari pun tidak mengapa…
Selamat buat preparation raya…
Budak jahat????
Kawan mytebby kata Si Lover ni budak jahat.
Budak jahat?? Tang mana tu?
Konpius aku…
SAiz ke? Rupa ke?
Yang aku tau.. badan je besar.. tapi bunyi hon macam pondan je..
Hinggalah satu hari dia buat perangai…
Tak nak bergerak kat tepi pantai di nun hujung dungun sana..…
Aku tengah kerja tetiba mytebby called suruh aku ambik dia ..
Katanya si Lover tak gerak... tak leh nak masuk gear..
Kali ni memang betul SiLover ni budak jahat …
Bukan setakat dia menyusahkan laki aku yang sangat menyintainya tetapi tak pasal-pasal aku yang sedikit cuak kat dia jadi mangsa…
Si Neo dan si Cukai even si Bagak aku dulu pun tak pernah menyusahkan aku dengan merajuk kat tepi jalan tau…
At last.. kena pakai lori nak tarik Si Lover tunda ke rumah..
Kalau nak suruh siNeo ke sicukai tarik .. alamat barailah sicukai dan sineo aku tu.. boleh tercabut satu persatu body..
Berat sungguh si Lover itu..
Kemudian dia called pakar lenlover iaitu abang-abang iparnya bertanya masalah siLover ni…
Dengar perbualan mereka macam cakap sesuatu yang lucah je.. ada nipples la .. itulah inilah.... hehe
Uiit... tak leh cerita lebih-lebih.. bulan puasa..
Lagipun saya tengah puasa..
Tahap keimanan di level 5..
Kalau cerita lebih nanti tahap keimanan turun level 2... hehehehe
saya gurau aje..
Sampai bininya gelak sendiri bila mendengar perbualan yang ala 18sx tu..
padahal sembang pasal masalah silover je..
Otai yang sulung nak datang .. tapi mytebby tak bagi datang..
Tak nak menyusahkan katanya.. lagipun dengar macam dia tak sihat je..
Itupun mytebby nak cuba baiki sendiri..
Lalu isterinya bersuara.. " Jangan buat kalau tak ada experience.. nanti jadi mcam tikus baiki labu.. biar pakar baiki… tengok pastu barulah buat sendiri…
Dia cuba buat juga.. berpandukan youtube..
Apa kesudahan cerita empunya lenlover di sebuah kampong di Dungun ni?
Lepas terawih… sebuah lori sekali lagi datang menarik siLover dan menundanya ke hospital berdekatan..
Dan semasa entri ini ditulis dia masih lagi ditahan dalam wad..
Memang dia budak jahat tapi suara macam pondan..
Tak jumpa dah
Di hari yang indah semalam…
Ada satu keluarga yang tinggal di sebuah kampong yang sibuk dengan aktiviti masing-masing..
Si suami sedang sibuk nak servis si lover..
Katanya nak buat sendiri.. penuh bersemangat waja..
Si isteri sibuk menggosok baju yang banyak depan TV..
Dua anak lelakinya sedang maen game..
Dan anak dara yang sorang tu sedang menonton TV movie omputeh..
Tiba-tiba…
Si suami masuk dalam rumah lalu bertanya pada bininya…
"Nampak tak spanar bulat….?? Entah mana peginya spanar bulat ni… rasanya tadi ada pegang di tangan. Pelik betullah ..!!"
Jawab bininya.. " tak tau.. tak nampak pun.. lagipun sibuk iron baju ni.. hehe. Memang pegang kat tangan ke? Cer cari betul-betul"
Lalu dia bertanya kat anak-anak pulak yang mana memang dah boleh tau jawapan diorang..
" Dopp!!"
YAti lagi best… siap dia tilik lagi contoh spanar bulat saiz kecik yang ada, macam dia tau je benda tu ada kat mana dan sepertinya dia pernah nampak benda tu di mana - mana..
At last.. " Yati tak Nampak pun!!" ehehe..
Lalu si ayah pusing keliling mencari spanar bulat sambil mengomel-ngomel sampai bininya naik fenin…
Di tengah kekalutannya mencari tetiba bininya yang sedang sibuk menggosok bersuara….
"Agaknya sultan Pahang datang pinjam kot.. dia ambik tak cakap lah tu, tak pun tak sempat nak cakap..!"
Ehehehe!! Teruknya aku. ,.. guna nama Sultan Pahang.. Tak pasal-pasal nama dia jadik mangsa.. ahaks
Lalu jawab si suami .. " Kalau ambik pinjam pun.. kena reti pulang balik lah!!"
Dia tak puas hati.. lalu ditawarkan ganjaran kepada anak-anaknya kalau jumpa spanar bulat tu..
" Anak-anak !! Kalau sapa jumpa spanar bulat abah tu abah bagi duit!!"
Apakah akhiran pencarian mytebby???
Sampai sudah tak jumpa-jumpa..
Aku pun pelik jugak…
Dan akhirnya dia start motor dan pegi beli spanar bulat yang baru kat kedai hardware.
Abes cerita… eheheheh
Cerita berbeza tapi maksud sama
Wah!! Ada mesin penimbangla kat RnR ni..
Lalu mesin penimbang tu ditilik dengan penuh minat..
Eh!! Bukan setakat timbang berat..
Ketinggian pun boleh diukur..
Ada lagi..
Mesin ni boleh bercakaplah…
Bukan calang-calang mesin ni..
Boleh cakap omputeh.
Pandai mintak duit pulak tu..
Tetiba mytebby berkata-kata… ' Trylah timbang berat tuuu!!'
Maka di tengah pekat malam..
Mesin tu mintak duit untuk khidmatnya..
Terpaksalah sedekah 50 sen..
Tak lama selepas itu..
Berkatalah mesin tu…
' owh!! Here you are!!"
'You're large….!'
'Congratulationss!!"
Abanggg!!! Aci dok kita bawak balik dungun mesin ni dan campak mesin ni kat laut belakang rumah!!
Siapa yang gatal timbang berat badan ..
Mesin ni hanya memberi khidmatnya dengan jujur dan ikhlas..
Memang dah kembang sana sini…
Tak payah nak komplen-komplen..
***
Satu hari…
Mytebby berkata-kata di dapur..
'Obboss!! '
'Cer tarik nafas, masukkan perut.. pastu lepas!!'
Me : Komplen ke? Once komplen kita terus pegi slimwol!.. Komplen???"
' dokk!! Ok doh!! Hehe!"
Aku tau dia jujur dan ikhlas..
Terima bininya yang kembang comel seadanya..
Hehehe..
Yang penting sihat sentiasa…
Dan sentiasa gembira walau tak slim melim macam orang laen..
Tak payah nak komplen-komplen..
Padan …….
Orang pandai jaga, awak tak pandai…
Orang laen mata ok je pakai lens.. awak pulak mata merah macam vampire.
At last…
Kontek lens dan botol pencuci tersadai dalam bilik air tak pakai..
Kena pakai cermin mata semula
Kan membazir namanya…
Tu lah…. Gatal sangat nak pakai…
Padan muka..
*** Rasanya aku cuci elok dah… agaknya memang mata aku memang tak sesuai pakai lens ni.. Isk!! Isk! Rasa macam kena buat cermin mata baru je sebab rasanya macam power makin bertambah…
Aduiyaiiii! Money comes, money goes.. its all about money..
Masih terasa
Diorang selalu datang lewat ke kelas ceramah..
Tambahlagi bulan puasa adakalanya time ceramah waktu pagi ada yang tak datang langsung..
Alasan mereka tak terjaga dari tidur yang panjang lepas sahur..
Dan diorang lewat juga lagi..
Geramnya si penceramah itu..
Akhirnya pintu bilik ceramah dikunci…
Yang lambat kena masuk ikut tingkap..
Itu tidak termasuk ramai-ramai yang lambat
Kemudian kena beratur ikut ketinggian dan menyanyi sepohon kayu...
tak pun qunut..
Hari ni diorang lewat juga lagi,
Lalu si penceramah pun mengunci pintu…
Dan diorang kena masuk melalui tingkap juga..
Tiba-tiba…
Mereka yang diluar berkata…
Puan!! Ceramah kita start pukul 2.15.. ni baru 2.10 puan..
Owhh ya ke???
Uiit!! Ingatkan kelas pukul 2.00 pm..
Mungkin si penceramah itu terlebih semangat lalu terawal…
Lalu ada yang menjadi mangsa kena masuk melalui tingkap sebelum waktunya…
Macamana boleh confuse neh!!
hehehe
Zalim?? Believe me... they love it... especially when they look at it positively..
*** sudah 1 Ogos.. bermakna tak lama lagi aku akan masuk ke fasa baru dalam kehidupan...