Aku kena pergi mesyuarat peperiksaan di Jengka.
Biasa kena jadi vetter..
Tapi kali ini aku kena jadi pemantau..
Dah saat akhir kena jadi pemantau.. kena jadi ketua rombongan pulak tu..
Adoiyai.. lemah semangat aku..
Bila kena jadik pemantau lebih banyak kerja dan tanggungjawab dari vetter..
Hari pertama lepak lagi.. boleh menung sana-sini.. boleh ngadap fesbuk dan sukahati..
Hari kedua bila vetter mula hantar kertas soalan.. aku dah mula tingtong, semua nak kena tengok.. dan ia akan berlarutan hinggalah saat-saat akhir vetting…
Lambat atau cepat balik dungun aku dan kawan-kawan laen bergantung pada bila aku dan pemantau laen selesai pantau semua kertas soalan.
Aku rasa macam ramai je pemantau yang dilantik..
Tapi aku kenkadang aku rasa bengang jugak dengan sorang dua pemantau tuan rumah ni..
Macam biskut choc fugde tu .. kejap ada kejap tak da..
Tapi malas nak bersangka buruk walaupun hati terasa juga..
Oleh kerana ramai yang macam biskut tu..
Akhirnya aku yang baru first time jadik pemantau tetiba kena up pangkat jadik ketua pemantau sebagai bidan yang terjun.. Nak tolak pemantau lain tak de .. tah ke mana diorang hilang.. maka dengan hati yang berbelah bagi terpaksalah terima tanggungjawab..
Semuanya di Jengka..
Teruknya hotel kat sana..
Sebelum datang jengka si nani dan aku sekali excited bila dapat tau ada pool..
Maka semangatlah aku dan si nani bawak baju renang..
Masa kat bas sebelum bertolak si fathycute dan berpesan.. " Don't expect anything.. telan je!"
Dan akhirnya aku faham…
Masuk bilik hotel aku dah bersin macam nak tercabut hidung..
Kalau makanan rasanya aku masak lagi sedap..
Yang paling penting impian mandi pool punah..
Sebab rupanya tak da pool kat situ..
Tipu semata-mata.. buat penat je beratkan beg bawak baju renang..
Semuanya di Jengka..
First day sampai Jengka aku dah mula tak sihat..
Aku batuk..
Sakit tekak..
Demam..
Dan hidung tersumbat..
At last pegi klinik..
Aku malas nak jumpa doktor sebab lambat lagipun itulah satu-satunya klinik yang bukak waktu malam di bandar itu..
Akhirnya aku sendiri yang jadi doktor malam tu yang mendiagnos sakit sendiri dan ambik ubat kat klinik…
Semuanya di Jengka..
Makan tak sedap.. mungkin we all tak tau kedai yang sedap..
Malam kedua aku malas nak keluar sebab tak sihat.. jadi makan megi cup je.
Malam seakan mati..
Dengan hotel yang suasananya sebabkan aku rasa sakit…
Panas.. tiada udara yang nyaman di pagi hari..
On the way balik aircond dalam bas rosak...
Panasnya sepanjang perjalanan jangan kiralah..
Macam mandi sauna dan bertangas ...
Mujur drebar tu lelaki..
Kalau tak semua orang pakat bukak baju dalam bas..
Maka bertambah letih lah badan yang letih dan hati yang sakit...
Lemah aku dibuatnya... tambahlagi bila tak sihat.
Nak bercakap pun aku tak kuasa... hanya menyepi sepanjang jalan..
Maka taulah kawan aku yang ada something wrong dengan aku..
Ombak rindu dalam bas pun aku dah tak layan...
Aku rasa tak nak lagi ke sana lepas ni....
Patutla orang Shah Alam tak nak datang Jengka jadi pemantau..
Nasib baek aku tak kena kerja kat sana..
Kalau tak mati kutu aku di Jengka.. Cakap je tak nak .. tapi selagi hayat dikandung badan dan selagi aku bergelar kuli pecacai kat situ.. maka lambat laun tetap juga kena pergi kat situ..