Akhirnya we all ke KL renew passport maid. We all bertolak lewat malam 6 hb baru ni.. Target we all sampai pagi.. selesaikan urusan maid kat kedutaan dan balik terus. Oleh kerana Tak bermalam Amin dan Naim tak nak ikut diorang kata bosan tunggu lama.. One thing i realized that they're big boy now.
Oleh kerana bertolak lewat malam dan rutin tidor dah kacau... maka mengantuk saja lah drebar... maka di setiap R&R yang ditempuhi we all pasti berhenti dan tidur hinggalah sampai KL pukul 8.00 pagi..
Mujur ada GPS.. walaupun dia bawak kitorang ke seluruh pelusuk KL akhirnya kitaorang sampai juga ke Kedutaan. Kalau tak agaknya memang tak sampai-sampai.. Samapai kat kedutaan aku tengok ramainya orang yang berkumpul.. Rupanya ramai betullah pendatang Indon kat sini.. Maid kata borang dikeluarkan 5 ribu lebih tapi pukul 9.00 borang dah habes.. yang tak dapat borang tu terpaksalah datang balik laen kali..
Penatnya menunggu jangan kira.. aku sempat ronda shopping complex kat PJ sementara tunggu mytebby jumpa orang kat sana.. lepas tu pusing balik ke kedutaan sebab orang imigresen nak tengok jugak rupa majikan manalah tau muka laen dari salinan ic.. Melangutlah aku ngan Yati tunggu dalam kereta... selama aku menunggu tu macam-macam kerenah orang yang aku tengok dari dalam... Macam-macam orang dan macam-macam perangai.. Orang putih ramai, bangla .. kalau indon jangan kiralah sebab sicukai park sebelah bangunan kedutaan kan..
Lebih kurang 6 lebih barulah selesai dan we all balik. Bila badan dah letih ni kan biasalah... setiap R&R we all singgah.Sekali we all singgah kat Petronas dan hentian rehat di Karak.. Masa tengah rehat Ada sorang lelaki tegur aku yang tengah duduk melangut tepi tiang.. Dia dengan family baru balik dari KL juga...Ramah betul lelaki yang berjambang itu menegur aku tanya ke mana hala tujuan aku... Sembang punya sembang sekali dengan wife dia join rupanya dia orang nak balik k. berang pegi KL sebab nak tengok anak.. Tapi akhirnya komunikasi habes begitu sahaja... sebab aku kan.. ramah-ramah juga,.. tapi tidak sampai tahap aku nak tanya nama dengan minta alamat.. Kemudian aku ralit tengok gelagat satu family yang sangat ramai di depan yang duduk di sudut tiang bertentangan tiang yang aku duduk.. Anaknya kecik-kecik 8 orang sedang leka bermain sesama sendiri.. Terkial-kial aku mengira anak-anaknya yang aktif berlari ke sana sini.. Si ibu memegang anak yang paling kecil dan si bapa menyuap anaknya.. Seonok melihat gelagat mereka teruta bila si bapa menyuap isterinya sekali... Waktu tu.. terlintas di dalam hati... " I wish......................." . Kejadian tadi ku ceritakan pada mytebby tapi dia hanya membisu seribu bahasa.. Aku rasa aku boleh baca fikirannya.. kata dalam fikirannya .. jangan samakan laki awak dengan laki orang laen.. ".. hehe.
Setelah banyak kali berhenti tidur akhirnya we all sampai rumah mak pukul 4.00 pagi.. Terpaksa singgah sebab kakak ipar nak tumpang balik.. Mak tak sihat.. demam dan batuk teruk sampai tak boleh tidur.. Mak tak cakap pun dia tak sihat.. katanya dia tak nak menyusahkan anak-anak.. Sampai dungun we all pengsan sampai kat pukul 12.00 pm. Kira bangun masak breakfast sekaliarung dengan lunch terus.. Tobat lah pasni kalau ke KL tak akan balik hari lagi dah... Penat giler..
Esok malamnya we all balik Kijal bawak mak pegi klinik.. kitorang bawak ke klinik kawan sekolah aku sebab klinik dia je yang buka 24 jam.. Bagusnya dia sebab penerangan dia sangat jelas.. kenapa boleh sakit.. siap gambarajah lagi dan ubat apa dia bagi. Memang bagus sebagai doktor.. tapi dia yang tak bagusnya dia langsung tak tegur aku classmate dia selama tiga tahun masa sekolah menengah.. Mungkin sebab dia doktor kot... mana nak sama standard aku kuli pecacai ni... brahman kawan dengan brahman kan.. mana boleh kawan dengan paria.. Tapi aku tak heran pun dan tak mati pun kalau dia tak tegur aku... Kau nak tegur, tegur, kau nak kawan, aku kawan..kau tak nak tak apa sebab aku tak kan paksa orang untuk berkawan dengan aku... Yang penting kau tak salah bagi ubat kat mak aku dan mak aku sihat... ahaks..