Sepatutnya we all ke KL pada 3 dan 4 hb nak uruskan paspot maid..
Akhirnya yang berlaku adalah mytebby ke laut pada 4hb menangkap ikan dengan kengkawannya..
Maka tinggallah aku melangut seharian dirumah melayan anak-anak dan jaga hp mytebby yang ditinggalkannya..
Luluh hati aku sebab planning nak ke kenduri rumah kawan aku tak kesampaian sebab hal-hal yang tak dapat dielak.
Mytebby pergi pagi dan sampai rumah waktu malam.
Kali ni dia ada banyak ong..
Banyak ikan dia dapat.. anak ikan jerung ada, ikan kerapu pun ada, ikan yang comel macam ikan dalam kolam jiran depan rumah aku pun ada.
Bila ada ikan yang comel ni rasa tak sampai hati pulak nak makan.. tapi akhirnya tadi jadik lauk stim..
Dalam banyak-banyak ikan kerapu tu ada sekor ikan kerapu yang orang panggil si pisang..
Payah nak dapat dan sangat mahal…
Kalau kat pasar harganya 80 hingget sekilo..
Dan disebabkan mytebby sangat excited dapat ikan itu.. masa dia kat tenggol dia dah calling-calling kata dia dapat ikan kerapu yang harganya 80 hingget sekilo..
Dan selepas itu bila dia sampai rumah.. lebih kurang 20 kali aku dengar ayat yang sama… " harga 80 hingget sekilooo". Ahaks..
Malam tu terus ikan kerapu harga 80 hingget sekilo dibawa ke kedai untuk dimakan..
Nak jugak aku rasa macamana rasanya ikan kerapu harga 80 hingget sekilo… Sedap ke tidak..
Menu pada malam itu ialah tiga rasa dimakan bersama tom yam dan kailan ikan masin..
Menu dipesan bersama pesanan… no ajinomoto pliz.
Memang sedap ikan tu… isinya laen dari ikan kerapu yang biasa..
Patutlah cina sanggup bayar mahal untuk ikan tu..
Dan patutlah ada pelanggan restoran mengamuk 1 kedai sebab tukang masak kedai tu tersilap masak..
Padahal ikan je….
Bila ikan mahal ni.. rasa macam nak telan je semua sekali termasuk tulang dan kepalanya sekali sebab tak nak membazirkan.. ahaks..
Tapi tu je lah yang tinggal..