Mytebby dah terkena racun LL sejak 3 bulan yang lepas..
Bisa betul racun tu walaupun tak membawa maut..Cuma empunya badan tu jadi macam sakit angau, tak keruan dan susah hati memanjang... Memang kena cari penawarnya sampai dapat.. masalahnya penawar tu bukan senang nak dapat...tak ada kat kedai ubat.. So sekarang ni mytebby sakit angau terkena racun LL tu sampai bini pun naik risau tengok penyakitnya.. hari-hari mesti sebut.. hari-hari mesti tengok kat internet sampai tertidur dengan gambar... Lst sekali ada satu penawar kat Raub... bini dia kata "meh lah bang kita tengok penawar tu kat sana... kita ajak abang Dzul dan abang Zahar sekali... kalau diaorang kata ok kita pinang terus bawak balik..!!" Dan mytebby excited sangat.. Owh ni bukan pasal kawin lagi satu... ini pasal satu spesies wagon lama yang namanya lenlover.. Jadi racun LL tu maksudnya racun LenLOver... Kalau terkena tak ada ubat.. Keta tu tak da la prestige sangat.. buruk je...rupa pun tak lawa cuma antik dan evergreen gitu... orang kata kalau offroad lenlover memang power.. tapi kalau atas jalan sure kena maki hamun dan kena carut dek orang yang follow kat belakang.. Tapi memang betullah kalau dah terkena racun ni memang jadi angau semacam gitu... Patutlah orang kampung aku sampai sakit mengidam nak pakai lenlover ni.. bila anak dia belikan yang buruk dan tak berapa nak boleh jalan letak kat depan rumah terus sihat boleh bangun.. hehehe.. macam hj Bakhil dalam cerita P Ramle plak.
Dia tetiba kemaruk nak pakai lenlover ni sebab dia kata dia dah masuk fasa baru kehidupan, jadi dia rasa tak nak lagi berkejar-kejar... dia nak relax je bwak kereta atas jalan... ( padahal kan boley je bwak sineo dan sicukai perlahan-lahan... saja je tu.. ahaks).. Keduanya sebab abang-abang iparnya abang Dzul dan abang Zahar ada lenlover jugak..tambahlagi diorang pun boleh baiki lenlover sendiri maka dia ada sedikit konfiden nak pakai lenlover.. nanti bolehlah pakat dengan abang-abang aku masuk hutan atau berkonvoi kemana-mana naik lenlover.. tambahlagi anak-anak aku sangat suka lenlover .. Aku tak kisah asal budget tak lari dan kitaorang tak perlu ikat perut sebab beli lenlover tu..
Jadi hari Jumaat yang lalu aku, mytebby dan abang-abang aku pergi ke Raub nak tengok satu lenlover warna kuning yang mytebby sudah berkenan. Seawal pukul 7.30 pagi aku dan mytebby dah terpacul depan rumah abang Zahar dan pstu pegi kutip abang Dzul kat kedai dia.. Bayangkan.. sepanjang perjalanan pegi ke Raub tu topik yang dibincangkan adalah pasal lenlover.. sampai aku yang bangang pasal kereta pun boleh jadi tau pasal lenlover ni.. Mytebby sangat excited macam orang yang excited nak pegi menikah..Adoiyaiii!! Lemah aku.. heheh. Mytebby punya tak sabar sampai asyik langgar peraturan hadlaju hingga kena sound sokmo dek abang aku.. We all sampai RAub lebih kurang pukul 12.00 pm. Dari jauh dah nampak lenlover kuning kat kedai secondhand tu.. bersinar-sinar di bawah cahaya matahari... Boleh bayanglah perasaan mytebby waktu tu..hatinya bersinar-sinar jugak sampai naik ke muka hehehe.. Bila sampai je kat kedai tu abang-abang aku yang berdua tu terus jadi investigator officer.. Mula-mula salesman tu macam nak kelentong-kelentong mytebby tapi bila dia dapat tau otai lenlover yang check kereta tu terus dia diam. Dia pegi entertain customer laen dan tinggalkan kami berempat mengadap lenlover tu. Lenlover tu lahir tahun 1994 dan nak dijual dengan harga RM37 ribu hingget. Abg Zahar tengok dalam kereta dan enjin.. Abang Dzul pulak check enjin dan meniarap masuk bawah lenlover tu buat further inspection..
Result???
Abang Zahar tengok suis lenlover tu je pastu dia kata " Fail!! Apa ke bangang suis letak kat tengah-tengah..kalau letak kat stereng ok jugak.. dahlah dashboard macam kena pijak dek gajah..Macam janda kacuk pun ada... banyak tukar barang laen.. bukan ori dah . Kalu mu beli memang mu bodo"
Abang Dzul kata .." Enjin ok.. tapi kat bawah banyak bocor.. tak berbaloi beli... bukan tak boleh baiki tapi renyah dan lama... kalau dua puluh ribu hingget pun kena pikir banyak kali nak beli..!! Kalau kau beli , kau bengong.. Kalau kau beli , memang selama keta ni ada kat rumah selama tu lah jugak kau kena bakar ngan kitorang...!!
Jadik .. cancellah nak beli lenlover kuning kat raub tu..
Lepas tengok lenlover tu terus we all balik.. Sepanjang perjalanan balik pulak topik yang dibincangkan adalah mengutuk lenlover kuning tu...
Dalam perjalanan singgah makan durian kat Gambang... masa makan durian tu pun sempat lagi diorang ngutuk lenlover kuning tu. hehehe..
Tapi kitaorang tak kisah... janji puashati dapat tengok kereta tu..
We all sampai Kemaman lebih kurang pukul 6.30 petang... lepak kejap sembang kat kedai abang Dzul sebelum hantar abang Zahar balik..
Kemudian singgah rumah mak kejap rehat dan jenguk mak...Lega aku tengok mak dah sihat.. mak cakap betul doktor tu cakap hari Khamis batuk dia baek masa bagi ubat hari tu..
Pukul 9.30 malam bertolak balik dari rumah mak dan sempat singgah kat tok Mat Caid tengok wayang pukul 10.05 malam cerita omputeh yang memanipulasi Presiden Amerika Syarikat kononnya jadi pemburu pontianak sebelum jadi presiden dan berguru dengan pontianak yang baek... Haha.. rasa macam ge bangang je cerita tu..tapi sedap jugak.. Macam bengong gak kan sebab singgah tok mat caid sebab tengok wayang je.. ahaks..
Pukul 12.00 kitorang balik rumah.. Bila sampai je rumah mytebby terus meng'google' cari lagi pasal lenlover.. hehehe.. Sah dah angau tahap eksponen laki aku ni..hehe.. Memang satu hari yang penuh dengan aktiviti..
Hari Khamis ni dia akan amek cuti turun ke KL nak tengok lenlover dan esoknya we all pegi Ipoh pulak dari KL nak tengok lenlover laen sebelum decide mana satu nak dibeli.. Semuanya kerana lenlover...


