Masak apa ini hari?


Mari kita masak lauk kerang yang sedap.
Tak susah pun, senang je..
Lauk ni lain dari yang biasa ..
Ramuan pun senang je… tepi rumah pun boleh dapat.. itupun kalau ditanam tepi rumah.. kalau tak ada kena beli kat kedai jugak..
Untuk lauk kerang yang sedap ni kena ada kerang sebab nama pun lauk kerang. Selain tu perlu juga ada bawang merah, bawang putih, serai, serbuk lada sulah, daun limau purut, sedikit halia dan sedikit garam..
Bawang merah, bawang putih, halia, batang serai dan limau purut dihiris halus.. kemudian tumis semuanya dengan sedikit minyak sebelum dimasukkan lada sulah dan sedikit garam… Pastu campurkan bersama kerang yang digoreng sampai kering dalam kuali leper ataupun yang biasa.. gaul dan masak hingga ramuan tersebut dan kerang sebati sebelum diangkat dan dihidangkan…
Makan panas-panas dengan nasi panas begitu sahaja ataupun dikahwinkan dengan lauk kailan ikan masin. Yummy!!!
Lauk ni bolehlah disediakan untuk orang yang demam supaya peluh keluar dan sesuai jugak untuk orang yang tengah pantang dengan syarat empunya badan tak alergi dengan kerang…
Try it… Apa nama lauk ni? Terpulanglah pada sesiapa yang membuatnya nak berikan nama apa… J