Hari ini hari pertama aku mengajar subjek baru.
Bila dah lama tak dapat subjek baru ni buat aku rasa sangat berdebar-debar..
Apa aku nak sembang kat budak-budak ni..
Semakin hampir waktu kelas semakin aku tak senang duduk..
Hati semakin berdebar..
Mampu ke aku nak sembang pasal subjek ni..
Sebabnya tak ada buku teks dan nota khusus yang boleh digunakan ..
Hanya berpandu pada silibus dan handout orang laen dari Perlis yang sangat ringkas..
Aku buntu..
Aku buntu..
Tambah lagi aku yang sejak dua tiga minggu ni tak berapa boleh nak fokus..
Lagi lah haru..
Pulak tu batuk teruk ,suara pun yang tak berapa nak ada..
Sesekali macam ella, angsa, katak dan keldai..
Hingga kat rumah mytebby pun tak bagi aku cakap banyak…
Dia suruh aku diam… mungkin suara aku tak sedap didengar kot..
Harapnya kelas pertama berjalan lancar dan aku tak kelu bersuara..
Tapi aku percaya… aku sangat positif..
Niat yang ikhlas..Berkat doa mak, kawan-kawan dan anak murid yang sayang aku..
Akhirnya.. kelas ' Pemikiran kreatif dan kritikal" berjalan dengan lancar..
Suara yang tiada tetiba ada dan jelas didengar walaupun pelik bunyinya..
Kepada anak-anak aku yang baru, aku khabarkan pada mereka yang ini bukanlah suara asal aku..
Aku tak nak mereka membuat persepsi.. " Alahai.. kesian aku tengok cikgu ni… macamanalah suara macam ni orang boleh ambek kerja dari cikgu".. ahaks..
Alhamdulillah… syukur sangat-sangat sebab semuanya lancar.. harap selepas ini lebih baek lagi..
**** Semoga Allah sentiasa tabahkan hatiku. Aku tak ingin sakit lagi..
**** Semoga Allah sentiasa tabahkan hatiku. Aku tak ingin sakit lagi..