This week anak aku yang sulung jarang ada kat rumah...
Terasa sangat bila anak tak ada kat rumah..
Hari Isnin hingga rabu dia tumpang asrama sekolah kejap sebab ada aktiviti kat sekolah..
Ada cikgu suruh dia duduk asrama kejap..
Dua hari duduk asrama pun mak dia dah susah hati..
YA lah.. tak pernah lepas anak duduk kat laen..
Lepas tu hari Rabu dia pegi ke Gambang maen air...
Cikgu rombongan kata anak aku sangat berani...
Dia maen turun dari tempatt tinggi 15 kali...
Hingga terlopong mak dia mendengarnya..
Semalam dia balik... nampak dia sangat happy..
Bercerita tentang pengalaman dia..
Tapi aku tak dapat berapa nak layan..
Sebab mamai akibat minum ubat batuk..
Teman mytebby makan kat kedai pun macam khayal dadah..
Dah janji kena belanja dia... tunggu jugaklah..
Ikutkan tengah kunyah roti dan minum air pun dengan gaya mata separa tertutup..
Hari ni anak aku ada perkhemahan pulak sampai hari Sabtu..
Rasa tak percaya bila dia bangun awal dan kemas baju sendiri...
Rumah sunyi tanpa dia..
Hakikatnya anak aku dah semakin dewasa..
Lambat laun dia kan tinggalkan aku laki bini juga bina hidup sendiri.
Tak selamanya dia berkepit bawah ketiak aku laki bini sepanjang masa..
Itulah sebabnya aku tak akan benarkan anak aku tinggal di asrama tak kiralah walau cemerlang manapun dia..
Biarlah dia membesar di depan mata aku dan aku puas melihat diaorang membesar depan mata aku sebelum aku lepaskan dia bebas berdikari di luar sana seratus peratus tanpa kawalan aku dan mytebby lagi..
Esok hari jumaat.. esok awal pagi aku bertolak ke RAub dengan mytebby, abang zahar dan abang zul pegi tinjau-tinjau keta lenrobar kat sana.. kalu ok.. beli.. kalau tak terus langsung ke Ipoh. Laen kali aku cerita..