Sudah sampai jodohnya.

Ikutkan perancangan aku hari Jumaat lepas nak pegi berkelah kat Tasik Puteri sebab myhubby ada program training budak-budak sekolah kat situ. Anak-anak dah excited sebab ada air terjun kat situ dan we all belum pernah sampai lagi kat situ. All this while kitorang duk gi berkelah kat sungai Kelemin. Tapi last minute plan cancelled sebab mam besar kat Kijal called cakap ada orang datang nak merisik adik aku. Adik aku pun ada kat rumah bercuti.. Adik aku nak kawen?????!!! I'm surprised.


Maka petang khamis tu aku dan anak-anak balik Kijal tinggalkan myhubby sorang-sorang kat rumah sebab dia tak dapat ikut. Aku mesti balik sebab nak meraikan orang yang nak datang merisik adik aku. Kedua sebab nak berkumpul ramai-ramai satu keluarga dan yang ketiga aku dah lama tak jumpa adik aku sejak dia balik belajar dari Sabah dan yang ke empat aku nak hantar 2 beg makanan kucing kat rumah mak. Sampai rumah mak aku peluk adik aku dan ayat yang pertama aku tanyakan dia ialah "Kau dah tetap hati? Kau dah sure dia pilihan kau?" Dan kenkadang aku rasa jawapan dia beri seperti kurang meyakinkan aku. Tapi aku sekadar bertanya dan tak komen banyak. Empunya badan yang nak kawen. Bukan aku.


Pagi Jumaat itu sibuklah kami anak beranak masak kat dapur kecuali aku sebab helper dah ramai lagipun otai pakar masak kat rumah aku ramai. Biar diorang takeover lah. Aku ni buat menyemak je. Tapi sebenarnya aku dah penat masak breakfast.. jadi aku bagi laluan lah orang laen yang excited nak masak lauk tengahari untuk dijamu pada tetamu yang datang. Kalau tak ada orang nak masak aku masak jugaklah akhirnya. We all masak lauk lemak cili api ayam, tumis pucuk paku dan ikan goreng. Orang yang datang orang melaka kan.. takkan nak masak ikan singgang. Orang Melaka mana makan ikan singgang ni... hehe!!


Orang yang bakal jadik adik ipar aku tu orang Melaka. Dah kenal adik aku lama cuma belum sampai jodoh lagi. Diaorang sampai aku rumah pukul 12.00 tenghari. Surprisingly diaorang bawak 3 bakul hantaran termasuk sebentuk cincin. Ini nak datang berjalan ke nak bertunang? Since abang aku yang sulung iaitu wali utama belum sampai lagi jadik mam besar lah yang berurusan. Semuanya senang, tak ada pantun-pantun .Just straight to the point. Mak aku tanya Mamat tu betul-betul nak ke kat adik aku, boleh ke tahan dengan kerenah adik aku. Mamat tu sanggup.. tapi memang lah sanggup sebab kalau sanggup tunggu adik aku bertahun lamanya maka kena sangguplah jugak terima sebarang kekurangan adik aku. Tak nak nanti kemudian hari bila dah kawen laki bini mula nak mengungkit itu ini. Kalau aku pun tak nak. Oleh kerana diorang bawak hantaran maka mak aku pun tanya jugaklah pada mak si Mamat tu,nak risik ke nak bertunang terus sebab cincin dah ada. Kalau ikut we all adik beradik nak suruh tunang je. Pas tu kawin tak payahlah datang lagi sebab diorang kan jauh. Tapi oleh kerana adik aku nak merasa sangat pengalaman bertunang dan dia berdua dah sepakat nak bertunang maka akhirnya ditetapkan rombongan datang sekali lagi untuk bertunang pada bulan 5 dan majlis nikah pada bulan Disember tahun ni. Hantaran mak aku tak tetapkan. Terpulanglah walau setinggi gunung ke bukit yang diaorang nak bagi we all terima je. Dan adik aku sangat excited. Lepas jumaat diorang balik sekali konvoi dengan adik aku yang nak balik ke Seremban. Hantaran diorang tu kitaorang penuhkan dengan buah, kuih dan kain pelikat. Takkan nak biarkan diorang balik tangan kosong je. Jadik masa tengah duk berbincang kak Zu dan ainul langsung ke Giant cari barang untuk memenuhkan bakul hantaran.


Actually si Mamat tu bukan baru kitorang kenal. Masa adik aku mula-mula kerja hari tu dia dah kenal si Mamat ni punca dari kawan baik adik aku yang berjiran dengan keluarga Si mamat tu. One day adik aku ikut kawan dia balik kampong dan kenallah dengan keluarga si Mamat ni. Mungkin adik aku ni peramah macam kakaknya jugak hehhee!! menyebabkan si Mamat tu terpaut hati dan keluarga si Mamat tu pun berkenan sangatlah dengan adik aku. So diorang pun berkawan, even keluarga diorang dah sayang adik aku macam anak sendiri. Diorang pun adalah menyebut-nyebut nak kawinkan adik aku ngan si Mamat tu. Entahlah.. mungkin jodoh tu belum ada lagi.. adik aku tidak bersedia dan adalah sikit-sikit berkenaan dengan si Mamat tu yang menyebabkan adik aku tak begitu nak menerima si mamat dan akhirnya si Mamat ni dikecewakan banyak kali oleh adik aku. Kawan putus, kawan putus sampai mak si Mamat hampir give up. Pernah dia datang rumah aku sekali berkenalan dan dengan family aku dan hampir nak masuk meminang tapi akhirnya tak jadik. Tapi akhirnya adik aku terima jugak si Mamat tu. That's why bila adik aku buat keputusan nak kawin dengan si mamat tu aku happy tapi pada masa yang sama aku sangat risau. Bimbang kalau adik aku mengecewakan si mamat tu sekali lagi. Tapi aku respect gilalah kat si Mamat tu sebab sabar menunggu adik aku walaupun adik aku dah banyak kali sakitkan hati dia.. Bukan tak ada anak dara yang di rekemenkan oleh ahli keluarga.Just name it, cikgu , orang kampong dia, anak dara comel tapi dia tetap sabar tunggu adik aku sampai umur dah menjengah 40 an. Bukan setahun dua tapi bertahun-tahun. Even adik aku pun dah tanya dia betul-betul, nak lagi ke kat adik aku yang dah banyak kali sakitkan hati dia. Tapi dia sanggup terima. Mungkin itulah juga yang sebabkan adik aku terima dia jugak jadik teman hidup. Bak kata orang.. kawinlah dengan orang yang betul-betul sayang dan nak kat kita, sebab dia akan sayang kita dan jaga kita dengan sebaiknya. I'm not very sure about that. Cuma orang cakap. Mungkin ada betulnya. Dan aku harap dia boleh jaga adik aku dengan baik ,saat susah senang dan terima jua buruk baik adik aku. Cuma aku berdoa adik aku dapat menyesuaikan diri dengan transformasi baru dalam hidup dia. Ialah.. dia pun bukannya muda.. dah lama membujang dan biasa buat keputusan sendiri. Bila dah berlaki ni tak bolehlah lagi memandai-mandai membuat keputusan sesuka hati. Dulu jaga diri sendiri sekarang ni banyak orang yang kena jaga. Akhirnya kawin jugak adik aku yang sorang ni.. dah sampai jodohnya dan aku mendoakan yang terbaik untuk adik aku. Jodoh dah di depan mata tapi lambat tibanya……..Hidup ini tak ubah macam drama..