Aku vetting tornado dan machang

Hari ni masuk keja... lambat sikit sebab letih balik dari Machang tak abes lagi.. driver tak berenti langsung siap drift lagi.. memang aku salute lah kat abang drebar sebab sangat cekap bawak keta dalam apa jua keadaan sekalipun.. sekalipun perut aku kecut tambah lagi secara tak sengaja aku terbanyak pulak buli dia tapi dia tetap cool je..



Post aku aku kali secara tidak langsung akan berlaku banyak umpatan dan boleh dikategorikan sebagai 18sx tapi watak-watak yang aku tulis ni bukanlah nama sebenar... Antara watak-watak utama ialah aku ( that's for sure sebab blog aku kan).. Ruz.. dan watak-watak kurang utama ialah abang Drebar (AbgD), si M, si Muz dan si Sar.





Post ini adalah lanjutan dari post aku yang bertajuk 'Leaving on a jetplane'




Tengahari itu myhubby hantar ke tempat AbgD dan keretanya menunggu. Si Ruz kawan aku awal lagi dah sampai.. Lepas bersalam dan berbabai-bai ngan myhubby, we all pun bertolak pukul 2.30 ptg. supposedly ada 4 orang yang akan naik Naza ke Machang. Tapi last minute perancangan sudah berubah yang mana aku percaya setiap perubahan yang berlaku di saat askhir pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.. So it ended up with we went there with 2 cars. Tak kisahlah asal dapat pegi sana.. Kabarnya si Pengarah ke Kedah maen golf bawak Naza tu.. and i don't care much.. aku dan ruz naik satu keta.. lagi satu akan ambik Del di chendering dan Kamil di Besut sebab dia baru abes kursus kat sana..

Aku ingat semuanya even i hope there's no disaster happen. Tapi belum disaster kat Machang berlaku aku sudah diduga ngan 1 angin taufan yang dibuat oleh si M di Marang.. Sampai marang si M called aku..

M: ada kat mana?

Aku : saya ada kat Marang..

M: Akak tengah tunggu ni...

aku : kejap lagi saya smpai ambik Del ..

M: Akak nak tanya ni .. surat pengakuan staf Chendering ada bawk tak?

A: Haah? Chendering ? Macam tak ada... ( Aku nak check memang tak boleh sebab duk dalam bonet belakang.. tapi rasanya memang tak ada pun. aku mula panik.. rasanya en Exam tu tak ada pulak letak surat pengakuan staf tu sekali .. yang ada hanyalah soklan exam dalam sampul yang telah lengkap)

A: Saya rasa macam tak adalah akak..

Jawapan aku menyebabkan angin taufan Mak Virgin terus melanda...

M: Dah guana ni? Macammana nak vet kalu surat pengakuan staf tu tak dok..Takkan nak gi melangut je kat situ? Macamana boleh lupa?pok pek pok saya call N...... pok pek (Aku kalerkan merah sebab suara dia macam tornado)

Aku dah bengang.... bukan salah aku.. aku tukang kutip je soklan dari en exam tu...

A: kalau fax boleh kan.. ( cuba memberikan jalan penyelesaian dan ketika tornado mak virgin tu melanda pun aku kepala otak aku duk ligat pikirkan jalan penyelesaian.. aku pikirkan 2 samada fax atau courier).

M: Mana boleh fax.. akak tau lah akak pun pernoh vet jugok.. pok pek pok pek.. tanggung jawab siapa .... pok pek pok pek... doh tanggung jawab sapa ni?

Aku dah bengang... Pempuan ni kan bukannya nak menolong memikir menyelesaikan masalah tapi nak marah orang merata riti.Meroyan ke apa pempuan ni... Aku kan nak cakap untuk guna jalan kedua iaitu courier dan aku rasa itulah jalan terbaek sebab sempat sampai dan we all pun lama kat situ.Tapi aku tak dapat menahan tornado mak virgin yang laju itu menyebabkan aku batalkan niat aku.. sebab aku rasakan kalau aku ckapkan mesti tornado mak virgin tu akan bertambah lajunya... Sekarang bukan masa untuk salahkan dan marahkan sesiapa.. benda dah nak jadik.. Yang penting sekarang ialah macamana nak selesaikan masalah.. At last..

A: tak apa... nanti saya selesaikan.. dan aku terus matikan perbualan tanpa memberi salam padanya..

Aku malas nak cakap banyak-banyak.. Aku memang bengang gila la.. gila pun tak bengang macam ni.. air mata aku dah nak keluar tapi aku tahan sebab malu ngan abgD sebelah aku. Ruz kata tornado mak virgin dalam hp tu jelas sampai keluar dengar.. kalau dia jadik aku mesti dia dah nangis.. At last.. keputusan dibuat.. aku mintak abgD pusing balik ke dungun semata-mata nak ambik surat pengakuan staf Chendering yang bodo tu.. aku call Del suruh dia naik keta lagi satu bersama-sama soklan, terus ke Machang dan tak payah tunggu aku. AbgD tanpa banyak soal terus pusing balik... We all dah 1 hour dari dungun terpaksa pusing balik. Oh My God!! i just can't believe it.. Keja paling bodoh yang pernah aku buat abad ni... aku malu dengan abgD... tebal muka aku jangan kira lah.. kejap-kejap aku mintak maap.. naseb baek dia baik.. kalu drebar laen mesti aku kena sumpah. en exam yang dah sampai rumah terpaksa datang balik ke opis sebab surat pengakuan staf cap ayam tu.. disebabkan tornado mak virgin kat hp aku tu tetiba je bateri hp aku kong.. terkejut kot kena tornado.. hehe!Bukan calang-calang tornado wo!! tornado mak virgin tu!!! hehhe!! Laki aku geleng kepala sebab bini baru pegi dah sampai dungun ambik charger hp keta.. Memang ada hikmahnya tetiba naek 2 keta... sebab aku memang tak jumpa si M tu sebab berpatah balik. Nak cover rasa bersalah aku kat abgD yang terpaksa berpatah balik aku belanja dia makan.

Sepatutya we all sampai kul 7.00 tapi dek kerana serangan tornado mak virgin tu akhirnya kitorang all sampai Machang pukul 10.00 malam. we all menginap kat rumah Universiti. Naseb baik bilik selesa... Tensyen pun kurang.. aku duk ngan ruz. Del duk sorang. kak yan duk ngan laki dia kat bilik laen. SAmpai bilik , letak beg terus pingggg atas katil... tengok tv pastu lena..



rumah Universiti. Cantekk!!


Bilik aku menginap. Besar gila. Ingatkan ni bilik diRaja. rupanya bilik di Raja sebelah bilik kitorang. Kiranya bilik kitaorng duduk ni bilik gundik la kot.. hehehe!!

The next morning vetting bermula... dan mulalah juga disaster untuk aku... aku bawak 5 set soklan. Sepatutnya start pukul 8.30. We all bertolak pukul 7.45 am. Awal pagi dah sesat. Bengang jugaklah sebab tak ada orang jadik jurupandu arah. Manalah we all tau selok belok kampus Machang.. dah lah berbukit bukau.. tapi at last jumpa jugaklah tempat dituju. Masuk je dalam bilik operasi aku tengok bilik tu hanya ada meja kerusi dan printer.. Aku tunggu lagi hinggalah pukul 9.00 barulah bermula perasmian.. lambat giler lah tunggu. Bila start vetting, aku dapati paper aku tak masuk senarai. Macamana ni? Aku dah bawak lima set.. bila dah tak masuk senarai.. maka orang laen yang nak vet dari kampus laen tak ada. Aku dah bengang. Takkan aku nak vet sorang-sorang. aku kata kat urusetia kalau tak ada orang aku nak balik dan tak nak vet. Urusetia kata tak apa. Orang dia ada. Then aku request for Sar sebab dia dah biasa vet ngan aku sebelum ni. At last tak pasal-pasal si Muz yang jadik tukang baca doa kena jadik tukang vet sekali ngan aku. Tapi berdua tak cukup. Perlu sekurang-kurangnya 3 orang. Sar tak dapat datang sebab anak dia sakit. aku pun vet paper orang laen dulu sementara si Muz datang. Tak lama kemudian ada 2 orang datang menempel katanya tiba-tiba diarahkan datang vet paper sekali ngan aku. Malangnya diaorang tak ajar subjek tu dan tak pernah vet soklan. Aku ternganga kat situ. At last aku mintak jugak diorang tengokkan apa yang patut. Dari segi content wise aku yang akan tengokkan kemudian. So there's nothing much they could do to help me.. tambah membebankan lagi ada sebab diorang duk menyembang kat meja aku buat keja. Ada 5 set dan diaorang nak 3 set. Tapi 3 set aku dah reject sebab teruk sangat. At last aku terpaksa combined dua set dan modify jadik 1 set. Bila dah buat kerja orang sorang-sorang maka lambatlah siap.. Aku bengang gilalah sebab walaupun Muz ada tapi itu tak membantu langsung.. dia adalah buat keja tapi banyak hilang dari buat.. ada pulak sempat lagi dia bukak fesbuk dia.. Aku tak reti nak marah orang tua ni walaupun aku memang geram. The next morning bila si Sar datang barulah semuanya lancar. Dan akhirnya pada 10.48 pagi 1 hb Februari kitorang dapat hantar 3 set soklan yang sempurna. Overall aku memang tak puas hati.. Tobat!! Ghekok!! Aku tak nak dah vet kat sini.. Tensyen gila aku dibuatnya.. Tempat aku is much more better. Lebih bersistematik.. Aku tanya borang untuk vetter isi tak ada.. baru nak fotostat. Tanya laptop kat printer ada tak sebab nak memudahkan kerja diorang kata semua laptop rosak!! Itu tak termasuk ada yang tak komited buat kerja.. Kejap-kejap ilang.. Vetting ni kan penting.. utamakanlah yang ni dulu dari yang laen.. Makan?? memang tekak aku tak berapa boleh nak terima lah.. tapi dah lapar... bedal je lah.. Suasana kampus? Mintak maaplah .. aku tak ada rasa teruja langsung dengan kampus ni.. memang aku akui kampus ni cantik. Tapi aku rasa macam kepala otak aku tertutup je kat situ.. pandang kanan bangunan, pandang kiri pun bangunan sampai semak mata aku.. Tak macam tempat aku keja yang lapang dan luas mata memandang.. Sapa kalau bawak keta manual setakat lesen P kat kampus Machang ni baek jangan bawak keta.. silap hari bulan keta tu sekali ngan tuan akan turun bukit sendiri.

Malam sebelum balik diarang buat dinner kat tempat kitorang menginap. Lauk macam-macam. Ada ikan siakap sweet sour, ayam lada hitam, telur bungkus, sayur campur dan puding, Tapi tak sedap langsung.. bolehlah lalu tekak tapi tak buat aku teruja memakannya hingga nak lagi dan lagi..

dinner


posing syok sendiri hilangkan bosan ngan ruz



Ngan orang jengka
Sebelum balik aku ngan Ruz shopping sket kat bandar machang. We all tak pegi pun ke KB atau wakaf Che YEh.. Malaslah.. Laenlah kalau Wakaf Che Yeh tu, KB kat sebelah bilik baru aku pegi. We all beli kat pasar Machang je. Aku belikan baju untuk anak-anak dan myhubby. Pastu we all beli dodol kecik-kecik tu. aku dan Ruz masing-masing beli 2 kilo. Nak bagi jiran-jiran sket. Si Ruz pulak sebab anak-anak dia suka dodol. Nasib aku baek sebab masa aku nak beli dodol tu aku terjumpa x student aku yang jual dodol kat situ..dia tengah cuti raya cina. Untungnya aku dapat beli dodol yang baru sampai.. kalau tak mungkin aku terbeli dodol yang lama dan tengit. Pas balik we all terus bertolak dari Machang lebih kurang pukul 1.30 pm dan sampai rumah pukul 5.00 pm. After this, no more vetting in Machang.. tujuan laen tak pe.