Arini ni aku nak mengumpat lagi. Tak taulah kenapa sejak dua tiga menjak ni aku ni asyik mengumpat je. Aku memang sikit cuak dengan sorang mamat ni. Sejak berlaku satu peristiwa yang membabitkan si mamat ni menyebabkan aku memang tak berapa nak ngam lah dengan dia ni. Adalah beberapa bulan yang lepas anak buah aku buat program sehari di rumah anak yatim di Marang. Oleh kerana anak buah ramai , maka we all terpaksa pergi naik dua buah bas. Sepatutnya setiap bas mesti ada sorang pegawai pengiring. Satu bas dah ada pegawai pengiring tinggal lagi satu bas. Jadi aku suruhlah anak buah aku cari mana-mana staf yang diorang kenal dan jemput ke majlis ramah mesra ngan anak yatim. Jadik anak buah aku approachlah si mamat ni menjemputnya join aktiviti kitaorang ni.Manalah tau kan kot-kot dia berminat nak buat pahala yang banyak hujung minggu ni.. Malangnya si Mamat tu telah menolak jemputan anak buah aku. Aku tak kisahlah kalau dia tolak, mungkin dia ada urusan laen memandangkan hari tu kan hari minggu. Tapi yang buat aku saket hati bila bukan setakat dia tolak, malah siap cakap lagi ' Awak ingat saya tak ada keja laen ke time cuti ni!!!". Eiii!! Bengang gila lah aku kat si Mamat ni. Gila pun tak bengang macam ni tau .. Kalau kau tak nak pegi kau cakap jalah tak nak pegi..abes cerita.. tak payah lah nak laser-laser kat anak buah aku. Kesian pulak anak buah aku, sampai tak terkata apa dan tekesima sebab kena panahan laser mulut si Mamat yang tak ada insurans ni.... Tapi tu lah, Allah Maha Kaya kan.. tiba-tiba aku dapat tau dia baru dilantik jadik penasihat kelab anak buah dia. Ha!!! Amekkaw!!!! Lambat atau cepat dia pasti akan kena seperti mana dia buat kat anak buah aku tapi yang pasti bukan aku yang laser.. mungkin dari orang laen lah kot. Maka waktu tu dia akan merasa jugak seperti mana yang aku rasa. Eii!! Jahat betullah aku ni!! Rasa macam tanduk atas kepala tinggi sampai ke langit .. Tak pelah.. jahat-jahat pun aku sorang je.. hehehe!!!!
**** Rasa-rasanya hizamudin budak baik dah jumpa ke tak lagi lagu tajuk ' Aku teruna suci' yang si Jep suruh cari tu???... heheh!!
**** Rasa-rasanya hizamudin budak baik dah jumpa ke tak lagi lagu tajuk ' Aku teruna suci' yang si Jep suruh cari tu???... heheh!!