Seringgit je tapi bermakna

Semalam aku sudah hangin sama Naim.


Pagi semalam dia request bagi extra belanja sekolah dia satu hingget sebab katanya dia nak belanja cikgu dia minum kopi. Katanya dah janji ngan cikgu dia nak belanja minum kopi sebab cikgu hantar dia balik rumah. So, masa aku bagi duit tu aku pesan duit yang aku bagi tu hanya untuk belanja cikgu dia sahaja.



Malam semalam aku dapat tau yang dia tak belanja pun cikgu dia minum. Itupun disebabkan oleh Yati yang bemulut tempayan bocor yang tak puas hati dengan abang dia dan hanya puas hati bila abang dia kena marah...
Katanya .." Ibu,ibu, naim kan.. dia tak belanja pun cikgu dia ibu... dia belanja sorang je.."



Lalu naim dipanggil sementara Yati menunggu dengan riak muka macam puashati sebab abang dia pasti akan kena marah


A: Naim belanja tak cikgu naim?
Naim : ..... hanya menggelengkan kepala...
A: Kenapa naim tak belanja cikgu Naim?
Naim: Cikgu Wan tadok!!
A: Habis tu.. Naim buat apa duit tu?
Naim: Naim buat belanja (dengan nada perlahan)..
A: Ibu cakap duit tu untuk belanja cikgu je kan? Ada ibu cakap buat benda lain? Duit belanja naim kan dah ada. Siap bawak bekal lagi.. Ada ibu suruh Naim buat belanja ke duit tu?Ibu cakap buat belanja cikgu naim minum kopi je kan?
Naim diam dan hanya mengangguk kepala sambil tunduk ke bawah.Tak berani dia nak pandang muka ibunya yang dah jadik macam singa yang nak menelan dia...Tak termampu dia nak menangkis soklan bertubi-tubi yang keluar macam peluru tabur dari mulut ibunya yang suka bertanyakan soklan macam polis bila marah anak..
A: Ibu nak balik duit ibu yang singgit tu. Ganti balik duit ibu... ibu nak duit ibu tu sekarang!!!!.....
Naim terus diam...berani dia nak menjawab... hehe!
A: Naim ada singgit tak sekarang? Ibu nak naim pulang balik duit ibu tu.... cepat!!! ( sambil tadah sebelah tangan kat naim)
Naim geleng kepala.. maknanya dia tak de duit..
Yati: Yati ada duit singgit ibu.. duit lebih belanja.. yati bagi naim pinjam ya kasik kat ibu..
A: ibu tak nak duit YAti ... ibu nak duit naim.. bukan duit Yati.. Naim!! macamana naim nak bayar duit ibu seringgit yang Naim dah belanja tu kalau naim takde duit?
Naim ; masih diam sebab dia tau kalau dia menjawap dia akan kena lagi teruk..
A: Ok.. besok naim bawak belanja sekolah singgit je.. ibu potong singgit ganti duit ibu yang naim dah guna .. Boleh?
Naim mengangguk dan diam membisu...




Hari ni.. dia ke sekolah bawak singgit je belanja sekolah.. Tapi aku tak risau sebab dia dah bawak bekal nasi goreng dan air.. Pandai-pandailah dia nak berbelanja ke sekolah. Tak pun, puasa je lah separuh hari tak makan...Mesti orang kata apalah sangat singgit tu!! . Am I too harsh to my son?... Maybe I am but i just want to teach him the meaning of trustworthiness....