Semalam anak murid aku si Kassim ( bukan nama sebenar) called kata nak datang rumah nak hantar ikan dan sotong. Dalam fikiran aku mungkin dia nak hantar ikan masin dan sotong kering.. uitt!! bukan sepentot ya.. Lebih kurang pukul 9.00 malam dia sampai depan rumah.. lagipun bukan susah sangat nak cari rumah aku tu.. tau je nama lorong rumah aku pastu cari no plet keta si cukai dan Neo yang tersadai depan rumah tu confirm jumpa punyalah. Waktu tu laki aku selaku YB kawasannya dan YB-YB yang laen tengah sibuk mesyuarat mengenai masalah negara. Tetiba myhubby masuk rumah ambik besen nak tadah ikan dan sotong. Ajak masuk rumah dia tak nak. Datang nak hantar ikan je. Punyalah terperanjat badak aku dibuatnya tengok saiz ikan kerapu yang anak murid aku bagi.. punyalah besau!! Seumur hidup hayat hayun aku tak pernah jumpa dan kalau jumpa pun aku tak akan pernah beli. Besar, gemuk, montel dan perut ikan tu buncit macam orang mengandung 9 bulan. Masa nak siang tu memang ada rasa cuak jugaklah .. manalah tau tetiba ada jari orang dalam perut tu masa belah perut ikan tu.. Nasib baik tak ada.. Kalau ada memang confirm ikan tu aku campak keluar kasi kucing makan. Lepas tu dia bagi jugak sotong yang kasar-kasar yang sangat banyaknya sampaiYB-YB pun dapat merasa sama, even aku bagi kat jiran pun masih banyak... Aku tanya dia mana dapat banyak ikan dan sotong ni. Katanya ayahnya ada bot pukat tunda kat Tok Bali. Kebetulan masa Sambutan Maulidurasul dia balik kg bot baru masuk, jadik dia bawak balik dan bagi aku sikit. Katanya sikit.. tapi aku rasa kos beli ikan kerapu sahaja pun dah seratus lebih. Itu tak termasuk sotong-sotong kasar yang banyak tu. alhamdulillah.. rezeki yang tak disangka.. dapat kongsi ramai pulak tu.. Banyaknya pahala anak murid aku dan keluarganya.. Memang aku doakan dia dan keluarga dimurahkan rezeki. Nampaknya kenduri ikan kerapu lah aku... pAku punya planning nak masak ikan tu dan beri pada jiran dekat ngan bestpren aku Nor ngan RAs. Masalahnya.. nak masak apa ya? Buat sembahyang istikharah aci dok??? hehehe!! Mengong!! Tengoklah nanti aku nak masak lauk apa ikan kerapu tu..


ikan kerapu yang besar.. aku malas nak rotate.. yang penting nampak ikan besar macam tengah mengandung 9 bulan.