Masa cuti sekolah Disember baru-baru ni aku anak beranak pegi bercuti ke Taiping. Antara tempat yang aku anak beranak suke pergi. Since waktu tu musim tengkujuh we all terpaksa tukar perancangan. Plan asal kitaorang lalu ikut Grik, tapi akhirnya bertukar ikut Lebuh Raya Utara Selatan. Lagipun bila we all check jarak ke Taiping ikut 2 jalan tu lebih kurang sama je. Sebelum sampai ke Taiping we all transit kat Gombak. Macam naik kapalterbang ke luarnegeri je. Hehe!! Actually we all saja je nak jalan lebih awal. Kat Gombak we all tidur kat hotel Bajet Myhome. Oklah sebab hotel baru.Tapi just muat katil je lah. Kalu nak lambak bentang toto memang tak de ruang langsung. So lambak jelah suma orang atas katil. Keluar je dari hotel tu ada banyak restoran. Sangat banyak dan best-best sampai tak tau nak makan kat mana. At last we all ikut gerak hati je.. so malam tu dinner kat Restoran Ayam Penyet. Restoran yang jual makanan Indonesia orang Jawa. Sebab utama nak cuba makanan Indonesia kemudian kedai tu ramai pelanggan sebab orang kata kalau kedai tu ramai orang maknanya makanan kedai tu sedap.Kat kedai tu myhubby ngan anak-anak order ayam penyet dan aku order ikan keli penyet. Sebabnya dulu masa kat JB aku pernah makan ayam penyet tapi rasanya kurang memberangsangkan. Uniknya kedai ni.. pelanggan kena tulis order sendiri. Duduk je pelayan datang bagi menu ngan kertas wishlist dan datang kutip bila pelanggan dah selesai tulis. What is good about that restaurant is that you don't have to wait too long. Ayam penyet da sampai.. apalagi ngapp je la. Bila masuk mulut aku terkesima sekejap… sedapnya ayam tu… sambal dia sangat sedap.. tapi sangat pedas!! Memang da bomb!! Ayam tu berempah dan diketuk yang dimakan bersama dengan sambal dan sayur ulam macam timun, kobis dan kacang. Bila myhubby makan makanan yang sedap dia akan suruh aku rasa dan cuba buat kat rumah. Jenuhlah aku merasa nya dan teka apa barang yang diguna hingga begitu sedap sekali. Pas abes sambal aku, aku pau pulak sambal dalam pinggan anak-anak aku. Sambal tu memang pedas giler.. sampai pekak telinga dibuatnya sebab pedas.. tapi bagi aku yang kuat pedas kira sedaplah.. Tapi memang berasaplah telinga aku sampai tak boleh berfikir dengan waras bila makan sambal tu. Kalau orang buasir memang ubat paling mujarablah. Makan sekali je confirm baek terus .. hehehe!! Aku tanya pelayan tu diaorang buat macamana sambal tu. Tapi biasalah restorankan.. secrets are not to be revealed.. punyalah sedapnya ayam penyet tu sampai on the way balik dari Taiping we all singgah sekali lagi makan kat situ. Teruk betul. Ingat nak makan nasi padang kat Greenwood, tapi we all terlalu awal la pulak. kedai tu tak bukak lagi. Beberapa hari lepas sampai rumah, berbekalkan cubaan aku meneka bahan dalam sambal ayam penyet dan explore resepi kat internet, aku cuba buat ayam penyet. Dan at last aku tau jugak macamana nak buat sambal hijau padang yang sedap. Macamana ayam penyet yang aku buat buat kali pertama? Myhubby ngan anak-anak kata sedap dan mereka amat menyukainya.. Walaupun tak 100% macam kat kedai tu.. tapi myhubby a.k.a quality controller yang cerewet dan jujur ikhlas mengomen masakan aku kata 90% rasa macam kat kedai tu. Dan aku sangat suka dan puashati.. Tapi leceh dan genyahlah nak buat ayam penyet tu.. Agaknya kalau bukak kedai ayam penyet kat sini mesti laku. Boleh jadik jutawan. Jutawan apa? Jutawan ayam penyet!! hehhe!!! Beranganlah ko!! Mengong! hehehe!! By the way,sekarang sudah ada lagi satu kedai kat KL yang termasuk dalam senarai restoran kegemaran we all. Pasni kalau ke KL lagi pastinya we all akan makan kat situ lagi.