Takde Java ke?
Sudah besar

test tangkal azimat
Rasanya tak adalah susah sangat soklan aku tu. Standard final la cuma kuantiti soklan aku kurang lah dari final sebenar dan lebih direct. Maknanya diorang tau apa yang aku nak.
So malam tu sepanjang 1 jam 50 minit macam -macam gaya yang aku tengok. Nak tergelak aku tengok ragam anak buah aku. Ada yang tunduk terus tak angkat-angkat kepala penuh khusyuk dan tawadhok jawab soklan . Maknanya buleh jawab la tu. Tapi itu belum tentu.. heheh!! Ada macam kodok nak mengawan, gaya ayam berak kapur, gaya macam orang bini lari pun ada.
Tengah duk jaga test tetiba aku nampak sorang anak buah lelaki aku pakai aksesori tangan. 5 unit pulak tu..Choii!! Ini mengalahkan pempuan sudah.. Aku yang pempuan ni pun pakai satu je aksesori tangan tau. Aku menghampirinya lalu bertanya sambil menunjuk ke arah tangannya.
"Saya nak tanya sikit ni.. yang banyak kat tangan awak ni tangkal penawar untuk sawan ke?". Dan dia terus sengih diam tanpa sebarang jawapan. Rupanya bukan sorang.. ada 3 orang yang pakai aksesori tangan... Ada kerinting macam cacing, ada manik-manik macam gelang aku pakai dan ada gelang tangan yang lebarnya macam lebuhraya dua lane tu. All this while masa ngajar budak-budak ni aku tak perasan pun.. Bertuah betul budak-budak ni. Tak lama kemudian aku pandang si H yang macam tengah tensyen sampai serabai rambutnya masa menjawab lalu aku meringankan mulut bertanya padanya.
" H.!!!... Awak ada masalah ke?Ke awak perlu tangkal tolong awak menjawab soklan? Kalau nak boleh mintak dengan N ni ha!! Dia ada banyak tangkal. Ada 5 tangkal kat tangan dia.. Nak?"
Si H menggelengkan kepala dan si N tak terkata apa sambil sengih-sengih... Pasni aku akan check diaorang pakai tak lagi tangkal-tangkal kat tangan. Selagi diorang pakai , selagi tu aku akan kenakan diorang dalam kelas.. hehe!! Bukan lelaki tak boleh memakai aksesori tangan kecuali banduan kat penjara ngan orang pi haji je ke?
Seringgit je tapi bermakna
Pagi semalam dia request bagi extra belanja sekolah dia satu hingget sebab katanya dia nak belanja cikgu dia minum kopi. Katanya dah janji ngan cikgu dia nak belanja minum kopi sebab cikgu hantar dia balik rumah. So, masa aku bagi duit tu aku pesan duit yang aku bagi tu hanya untuk belanja cikgu dia sahaja.
Malam semalam aku dapat tau yang dia tak belanja pun cikgu dia minum. Itupun disebabkan oleh Yati yang bemulut tempayan bocor yang tak puas hati dengan abang dia dan hanya puas hati bila abang dia kena marah...
Katanya .." Ibu,ibu, naim kan.. dia tak belanja pun cikgu dia ibu... dia belanja sorang je.."
Lalu naim dipanggil sementara Yati menunggu dengan riak muka macam puashati sebab abang dia pasti akan kena marah
A: Naim belanja tak cikgu naim?
Naim : ..... hanya menggelengkan kepala...
A: Kenapa naim tak belanja cikgu Naim?
Naim: Cikgu Wan tadok!!
A: Habis tu.. Naim buat apa duit tu?
Naim: Naim buat belanja (dengan nada perlahan)..
A: Ibu cakap duit tu untuk belanja cikgu je kan? Ada ibu cakap buat benda lain? Duit belanja naim kan dah ada. Siap bawak bekal lagi.. Ada ibu suruh Naim buat belanja ke duit tu?Ibu cakap buat belanja cikgu naim minum kopi je kan?
Naim diam dan hanya mengangguk kepala sambil tunduk ke bawah.Tak berani dia nak pandang muka ibunya yang dah jadik macam singa yang nak menelan dia...Tak termampu dia nak menangkis soklan bertubi-tubi yang keluar macam peluru tabur dari mulut ibunya yang suka bertanyakan soklan macam polis bila marah anak..
A: Ibu nak balik duit ibu yang singgit tu. Ganti balik duit ibu... ibu nak duit ibu tu sekarang!!!!.....
Naim terus diam...berani dia nak menjawab... hehe!
A: Naim ada singgit tak sekarang? Ibu nak naim pulang balik duit ibu tu.... cepat!!! ( sambil tadah sebelah tangan kat naim)
Naim geleng kepala.. maknanya dia tak de duit..
Yati: Yati ada duit singgit ibu.. duit lebih belanja.. yati bagi naim pinjam ya kasik kat ibu..
A: ibu tak nak duit YAti ... ibu nak duit naim.. bukan duit Yati.. Naim!! macamana naim nak bayar duit ibu seringgit yang Naim dah belanja tu kalau naim takde duit?
Naim ; masih diam sebab dia tau kalau dia menjawap dia akan kena lagi teruk..
A: Ok.. besok naim bawak belanja sekolah singgit je.. ibu potong singgit ganti duit ibu yang naim dah guna .. Boleh?
Naim mengangguk dan diam membisu...
Hari ni.. dia ke sekolah bawak singgit je belanja sekolah.. Tapi aku tak risau sebab dia dah bawak bekal nasi goreng dan air.. Pandai-pandailah dia nak berbelanja ke sekolah. Tak pun, puasa je lah separuh hari tak makan...Mesti orang kata apalah sangat singgit tu!! . Am I too harsh to my son?... Maybe I am but i just want to teach him the meaning of trustworthiness....
Penyet sedap
Masa cuti sekolah Disember baru-baru ni aku anak beranak pegi bercuti ke Taiping. Antara tempat yang aku anak beranak suke pergi. Since waktu tu musim tengkujuh we all terpaksa tukar perancangan. Plan asal kitaorang lalu ikut Grik, tapi akhirnya bertukar ikut Lebuh Raya Utara Selatan. Lagipun bila we all check jarak ke Taiping ikut 2 jalan tu lebih kurang sama je. Sebelum sampai ke Taiping we all transit kat Gombak. Macam naik kapalterbang ke luarnegeri je. Hehe!! Actually we all saja je nak jalan lebih awal. Kat Gombak we all tidur kat hotel Bajet Myhome. Oklah sebab hotel baru.Tapi just muat katil je lah. Kalu nak lambak bentang toto memang tak de ruang langsung. So lambak jelah suma orang atas katil. Keluar je dari hotel tu ada banyak restoran. Sangat banyak dan best-best sampai tak tau nak makan kat mana. At last we all ikut gerak hati je.. so malam tu dinner kat Restoran Ayam Penyet. Restoran yang jual makanan Indonesia orang Jawa. Sebab utama nak cuba makanan Indonesia kemudian kedai tu ramai pelanggan sebab orang kata kalau kedai tu ramai orang maknanya makanan kedai tu sedap.Kat kedai tu myhubby ngan anak-anak order ayam penyet dan aku order ikan keli penyet. Sebabnya dulu masa kat JB aku pernah makan ayam penyet tapi rasanya kurang memberangsangkan. Uniknya kedai ni.. pelanggan kena tulis order sendiri. Duduk je pelayan datang bagi menu ngan kertas wishlist dan datang kutip bila pelanggan dah selesai tulis. What is good about that restaurant is that you don't have to wait too long. Ayam penyet da sampai.. apalagi ngapp je la. Bila masuk mulut aku terkesima sekejap… sedapnya ayam tu… sambal dia sangat sedap.. tapi sangat pedas!! Memang da bomb!! Ayam tu berempah dan diketuk yang dimakan bersama dengan sambal dan sayur ulam macam timun, kobis dan kacang. Bila myhubby makan makanan yang sedap dia akan suruh aku rasa dan cuba buat kat rumah. Jenuhlah aku merasa nya dan teka apa barang yang diguna hingga begitu sedap sekali. Pas abes sambal aku, aku pau pulak sambal dalam pinggan anak-anak aku. Sambal tu memang pedas giler.. sampai pekak telinga dibuatnya sebab pedas.. tapi bagi aku yang kuat pedas kira sedaplah.. Tapi memang berasaplah telinga aku sampai tak boleh berfikir dengan waras bila makan sambal tu. Kalau orang buasir memang ubat paling mujarablah. Makan sekali je confirm baek terus .. hehehe!! Aku tanya pelayan tu diaorang buat macamana sambal tu. Tapi biasalah restorankan.. secrets are not to be revealed.. punyalah sedapnya ayam penyet tu sampai on the way balik dari Taiping we all singgah sekali lagi makan kat situ. Teruk betul. Ingat nak makan nasi padang kat Greenwood, tapi we all terlalu awal la pulak. kedai tu tak bukak lagi. Beberapa hari lepas sampai rumah, berbekalkan cubaan aku meneka bahan dalam sambal ayam penyet dan explore resepi kat internet, aku cuba buat ayam penyet. Dan at last aku tau jugak macamana nak buat sambal hijau padang yang sedap. Macamana ayam penyet yang aku buat buat kali pertama? Myhubby ngan anak-anak kata sedap dan mereka amat menyukainya.. Walaupun tak 100% macam kat kedai tu.. tapi myhubby a.k.a quality controller yang cerewet dan jujur ikhlas mengomen masakan aku kata 90% rasa macam kat kedai tu. Dan aku sangat suka dan puashati.. Tapi leceh dan genyahlah nak buat ayam penyet tu.. Agaknya kalau bukak kedai ayam penyet kat sini mesti laku. Boleh jadik jutawan. Jutawan apa? Jutawan ayam penyet!! hehhe!!! Beranganlah ko!! Mengong! hehehe!! By the way,sekarang sudah ada lagi satu kedai kat KL yang termasuk dalam senarai restoran kegemaran we all. Pasni kalau ke KL lagi pastinya we all akan makan kat situ lagi.
Makan besar


sorok
Tidak berapa lama kemuadian, Yati datang menghampiri aku menghulurkan bungkusan hadiah dalam plastik lalu berkata ' ibu! ibu! ini hadiah birthday ibu dari Yaaati!'
'Birthday ibu lambat lagilah.. birthday ibu bulan 8 ni.. Apa dalam bungkusan ni.. cuba bukak.. ibu nak tengok!"
Bila semek tu bukak hadiah tu rupanya DVD citer 'Salt' Angelina Jolie yang myhubby angkut bawak balik dari rumah adik dia.
' Itu DVD abah tu... simpan balik.. nanti bagi kat abah.. abah nak tengok citer tu nanti!!"
' Nanti Yati bagi kat abah masa birthday abah ya!!"
DAn aku tak amek pot kata-kata anak aku tu sebab tengah khusyuk tengok citer Merlin. Even dalam fikiran aku dia letak dvd tu dalam bilik. Hinggalah lewat malam tu abahnya mencari DVD citer 'Salt' tu tak jumpa. Menggagau jugaklah abahnya. Bila myhubby tanya aku baru aku perasan yang Yati cakap nak bagi DVD tu masa birthday bapaknya... dan semek tu sesungguhnya suka menyorok barang.. Aku agak anak dara aku dah sorok DVD abahnya dan tekaan aku betul bila sesudah puas mencari akhirnya aku jumpa dalam bilik Ros. Nasib baik jumpa.. kalau tak jumpa dan anak aku buat-buat tak ingat dia letak mana ataupun dia tak ingat langsung dia sorok kat mana alamatnya sampai bulan 6 sok laki aku tak dapat tengok citer Salt atau pun tak dapat tengok langsung.. hehehe!!
Second story :
Tadi masa on the way balik opis aku terserempak dengan jiran aku si Jep. Kalau sembang dengan dia memang riuh satu level dengar...
A: Kau pegi tak berarak Maulidur Rasul esok?
J: Aku pegi...
A: Aku pegi gak... tapi aku tak nak berarak sekali ngan kau.. nanti orang sibuk salawat kita duk huhahu sambil ngumpat... hahaha!!
J: Aku pun tak nak berarak ngan kau!! hehe!! aku masuk grup student aku kalau staf da ramai.
A: Aku masuk grup student aku..
Sepi seketika ..
A: Kau pakai baju apa esok Jep?
J: Aku pakai singlet je......
A: Kau tau tak.. esok aku pakai bikini je pegi berarak..... huahahaa!!
J: Kau jangan!! nanti bersusun ustad pengsan tengok kau!! hahaha!
DAn aku terus menuju ke opis aku setelah menamatkan perbualan bengong melepas tension penat mangajor..... hehe!!
Aku tak peduli
Nasib baik aku tak kena ngajor kat destini. Dengar khabarnya antara satu kelas dan kelas yang laen tak ada divider... Cuba bayyaaaangkan ... Apa yang perlu hanyalah sebuah kotak dan sedikt imaginasi. Kalau aku kena mengajar kat situ. Silap aribulan anak murid orang laen jadik anak murid aku jugak.. hehehe!! Ada hikmahlah tu aku tak kebetulan kena ngajar kat situ.
Hari ni aku masuk kelas mengajar bila aku perasan anak murid aku agak gelisah. Belum sampai masa diorang request mintak balik awal seikit. Tapi aku buli diorang bila mana diorang sibuk kemas buku aku sambung mengajar lagi.. Punyalah cuak diorang.. Dan aku dengarlah jugak suara-suara mengeluh sebab kena bukak buku balik.. Rupanya ceritanya diaorang ada test lepas ni.. Patutlah si John ngan si Meon tak datang.. si hmidudin duk belakang.. si bakar menung panjang macam ayam berak kapur. Bila diorang mengeluh-ngeluh sebab pempuan ni tak reti-reti dan faham bahasa badan, maka mulut puaka ni pempuan berbunyi!! " Jangan derhaka ngan cikgu!!! Nanti blank tak leh jawab test kang!!" .. Dan diorang terus senyap tak berbunyi lagik dengan muka yang cuak. Tapi aku tak lah kejam mana pun.. aku pun ada ehsan jugak tapi aku pun perlu masa aku nak abeskan silibus.. kalau tak bila nak abes silibus... Bila diorang nak bersurai sekali lagi mulut puaka pempuan ni berbunyi..... " Sapa yang ngumpat saya tu baek awak mintak maap sekarang.. kalau tak nanti blank...tak boleh jawab test!!". Selepas itu berduyun-duyunlah budak datang salam aku dan mintak ampun..Uiitt!!! Rupanya ramailah yang ngumpat aku... hehe!!! Who cares!!
soon.....
Mula-mula pada aku ....
" Ibu! Ibu!" Hari jadi naim nanti ibu nak buat apa?"....
" Ibu! Ibu! Nanti hari jadi Naim nanti boleh dok kita panggil mocik Na, Mocik Nor, Syafikah, Syuhada datang makan rumah kita?"
"Ibu!Ibu! Boleh dok hari jadi Naim nanti ibu belikan Naim bola takraw!!
" Ibu!Ibu! "boleh dok nanti harijadi naim ibu buat kat tempat keja ibu!!"
**** Adoiyaiii!!! Pandai demand plak nak yang grand2 je!! Pening!!
Pastu kesan pada abahnya pulak...
" Abah! Boleh dok masa birthday Naim kita buat makan-makan kat rumah kita.. kita panggil mocik Na, Cik Nor ngan kawan-kawan Naim makan sini?"
" Abah! Abah nak beli apa ke naim masa hari jadi naim nanti?
*** At last bapak dia jawab... nanti kita beli makanan pastu kita hantar kat rumah jiran.. malangnya jawapan itu tak memuaskan hatinya sebab dia macam nak jugak suruh jiran datang rumah raikan hari jadi dia.... hehehe!!!
Kesan pada Syafikah..
" Syafikah!! 12 hb nanti hr hari jadi naim...." (maksud nya: kena beli hadiah lah untuk saya!!)
Dan syafikah jawab... " hari jadi kita bulan 7 !! (haha!! Tak relevan langsung)
Kesan pada abang dan adiknya..
"Amin!! Yati!! 12 hb ni birthday Naim .. yey!!!! ( Maksudnya : Korang meloponglah tengok aku dapat hadiah sok ... he!he!he!!!!)
Tapi yang paling aku tak tahan sekali bila mana anak aku dengan muka tembok ala tak malu dengan penuh ceria dan tanpa rasa bersalah penuh keyakinan cakap kat kawan aku.....
" Auntie Nor!! Auntie Nor!! 12 hb minggu depan ni kan hari jadi Naim.... ".
***** Nak pitam!!! Adoiiiii!!!! Malunya aku!!
Rasalah apa dirasa...
**** Rasa-rasanya hizamudin budak baik dah jumpa ke tak lagi lagu tajuk ' Aku teruna suci' yang si Jep suruh cari tu???... heheh!!
Tak dapat jugak buat
Sudah sampai jodohnya.
Ikutkan perancangan aku hari Jumaat lepas nak pegi berkelah kat Tasik Puteri sebab myhubby ada program training budak-budak sekolah kat situ. Anak-anak dah excited sebab ada air terjun kat situ dan we all belum pernah sampai lagi kat situ. All this while kitorang duk gi berkelah kat sungai Kelemin. Tapi last minute plan cancelled sebab mam besar kat Kijal called cakap ada orang datang nak merisik adik aku. Adik aku pun ada kat rumah bercuti.. Adik aku nak kawen?????!!! I'm surprised.
Maka petang khamis tu aku dan anak-anak balik Kijal tinggalkan myhubby sorang-sorang kat rumah sebab dia tak dapat ikut. Aku mesti balik sebab nak meraikan orang yang nak datang merisik adik aku. Kedua sebab nak berkumpul ramai-ramai satu keluarga dan yang ketiga aku dah lama tak jumpa adik aku sejak dia balik belajar dari Sabah dan yang ke empat aku nak hantar 2 beg makanan kucing kat rumah mak. Sampai rumah mak aku peluk adik aku dan ayat yang pertama aku tanyakan dia ialah "Kau dah tetap hati? Kau dah sure dia pilihan kau?" Dan kenkadang aku rasa jawapan dia beri seperti kurang meyakinkan aku. Tapi aku sekadar bertanya dan tak komen banyak. Empunya badan yang nak kawen. Bukan aku.
Pagi Jumaat itu sibuklah kami anak beranak masak kat dapur kecuali aku sebab helper dah ramai lagipun otai pakar masak kat rumah aku ramai. Biar diorang takeover lah. Aku ni buat menyemak je. Tapi sebenarnya aku dah penat masak breakfast.. jadi aku bagi laluan lah orang laen yang excited nak masak lauk tengahari untuk dijamu pada tetamu yang datang. Kalau tak ada orang nak masak aku masak jugaklah akhirnya. We all masak lauk lemak cili api ayam, tumis pucuk paku dan ikan goreng. Orang yang datang orang melaka kan.. takkan nak masak ikan singgang. Orang Melaka mana makan ikan singgang ni... hehe!!
Orang yang bakal jadik adik ipar aku tu orang Melaka. Dah kenal adik aku lama cuma belum sampai jodoh lagi. Diaorang sampai aku rumah pukul 12.00 tenghari. Surprisingly diaorang bawak 3 bakul hantaran termasuk sebentuk cincin. Ini nak datang berjalan ke nak bertunang? Since abang aku yang sulung iaitu wali utama belum sampai lagi jadik mam besar lah yang berurusan. Semuanya senang, tak ada pantun-pantun .Just straight to the point. Mak aku tanya Mamat tu betul-betul nak ke kat adik aku, boleh ke tahan dengan kerenah adik aku. Mamat tu sanggup.. tapi memang lah sanggup sebab kalau sanggup tunggu adik aku bertahun lamanya maka kena sangguplah jugak terima sebarang kekurangan adik aku. Tak nak nanti kemudian hari bila dah kawen laki bini mula nak mengungkit itu ini. Kalau aku pun tak nak. Oleh kerana diorang bawak hantaran maka mak aku pun tanya jugaklah pada mak si Mamat tu,nak risik ke nak bertunang terus sebab cincin dah ada. Kalau ikut we all adik beradik nak suruh tunang je. Pas tu kawin tak payahlah datang lagi sebab diorang kan jauh. Tapi oleh kerana adik aku nak merasa sangat pengalaman bertunang dan dia berdua dah sepakat nak bertunang maka akhirnya ditetapkan rombongan datang sekali lagi untuk bertunang pada bulan 5 dan majlis nikah pada bulan Disember tahun ni. Hantaran mak aku tak tetapkan. Terpulanglah walau setinggi gunung ke bukit yang diaorang nak bagi we all terima je. Dan adik aku sangat excited. Lepas jumaat diorang balik sekali konvoi dengan adik aku yang nak balik ke Seremban. Hantaran diorang tu kitaorang penuhkan dengan buah, kuih dan kain pelikat. Takkan nak biarkan diorang balik tangan kosong je. Jadik masa tengah duk berbincang kak Zu dan ainul langsung ke Giant cari barang untuk memenuhkan bakul hantaran.
Actually si Mamat tu bukan baru kitorang kenal. Masa adik aku mula-mula kerja hari tu dia dah kenal si Mamat ni punca dari kawan baik adik aku yang berjiran dengan keluarga Si mamat tu. One day adik aku ikut kawan dia balik kampong dan kenallah dengan keluarga si Mamat ni. Mungkin adik aku ni peramah macam kakaknya jugak hehhee!! menyebabkan si Mamat tu terpaut hati dan keluarga si Mamat tu pun berkenan sangatlah dengan adik aku. So diorang pun berkawan, even keluarga diorang dah sayang adik aku macam anak sendiri. Diorang pun adalah menyebut-nyebut nak kawinkan adik aku ngan si Mamat tu. Entahlah.. mungkin jodoh tu belum ada lagi.. adik aku tidak bersedia dan adalah sikit-sikit berkenaan dengan si Mamat tu yang menyebabkan adik aku tak begitu nak menerima si mamat dan akhirnya si Mamat ni dikecewakan banyak kali oleh adik aku. Kawan putus, kawan putus sampai mak si Mamat hampir give up. Pernah dia datang rumah aku sekali berkenalan dan dengan family aku dan hampir nak masuk meminang tapi akhirnya tak jadik. Tapi akhirnya adik aku terima jugak si Mamat tu. That's why bila adik aku buat keputusan nak kawin dengan si mamat tu aku happy tapi pada masa yang sama aku sangat risau. Bimbang kalau adik aku mengecewakan si mamat tu sekali lagi. Tapi aku respect gilalah kat si Mamat tu sebab sabar menunggu adik aku walaupun adik aku dah banyak kali sakitkan hati dia.. Bukan tak ada anak dara yang di rekemenkan oleh ahli keluarga.Just name it, cikgu , orang kampong dia, anak dara comel tapi dia tetap sabar tunggu adik aku sampai umur dah menjengah 40 an. Bukan setahun dua tapi bertahun-tahun. Even adik aku pun dah tanya dia betul-betul, nak lagi ke kat adik aku yang dah banyak kali sakitkan hati dia. Tapi dia sanggup terima. Mungkin itulah juga yang sebabkan adik aku terima dia jugak jadik teman hidup. Bak kata orang.. kawinlah dengan orang yang betul-betul sayang dan nak kat kita, sebab dia akan sayang kita dan jaga kita dengan sebaiknya. I'm not very sure about that. Cuma orang cakap. Mungkin ada betulnya. Dan aku harap dia boleh jaga adik aku dengan baik ,saat susah senang dan terima jua buruk baik adik aku. Cuma aku berdoa adik aku dapat menyesuaikan diri dengan transformasi baru dalam hidup dia. Ialah.. dia pun bukannya muda.. dah lama membujang dan biasa buat keputusan sendiri. Bila dah berlaki ni tak bolehlah lagi memandai-mandai membuat keputusan sesuka hati. Dulu jaga diri sendiri sekarang ni banyak orang yang kena jaga. Akhirnya kawin jugak adik aku yang sorang ni.. dah sampai jodohnya dan aku mendoakan yang terbaik untuk adik aku. Jodoh dah di depan mata tapi lambat tibanya……..Hidup ini tak ubah macam drama..
Aku vetting tornado dan machang
Post ini adalah lanjutan dari post aku yang bertajuk 'Leaving on a jetplane'
Tengahari itu myhubby hantar ke tempat AbgD dan keretanya menunggu. Si Ruz kawan aku awal lagi dah sampai.. Lepas bersalam dan berbabai-bai ngan myhubby, we all pun bertolak pukul 2.30 ptg. supposedly ada 4 orang yang akan naik Naza ke Machang. Tapi last minute perancangan sudah berubah yang mana aku percaya setiap perubahan yang berlaku di saat askhir pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.. So it ended up with we went there with 2 cars. Tak kisahlah asal dapat pegi sana.. Kabarnya si Pengarah ke Kedah maen golf bawak Naza tu.. and i don't care much.. aku dan ruz naik satu keta.. lagi satu akan ambik Del di chendering dan Kamil di Besut sebab dia baru abes kursus kat sana..
Aku ingat semuanya even i hope there's no disaster happen. Tapi belum disaster kat Machang berlaku aku sudah diduga ngan 1 angin taufan yang dibuat oleh si M di Marang.. Sampai marang si M called aku..
M: ada kat mana?
Aku : saya ada kat Marang..
M: Akak tengah tunggu ni...
aku : kejap lagi saya smpai ambik Del ..
M: Akak nak tanya ni .. surat pengakuan staf Chendering ada bawk tak?
A: Haah? Chendering ? Macam tak ada... ( Aku nak check memang tak boleh sebab duk dalam bonet belakang.. tapi rasanya memang tak ada pun. aku mula panik.. rasanya en Exam tu tak ada pulak letak surat pengakuan staf tu sekali .. yang ada hanyalah soklan exam dalam sampul yang telah lengkap)
A: Saya rasa macam tak adalah akak..
Jawapan aku menyebabkan angin taufan Mak Virgin terus melanda...
M: Dah guana ni? Macammana nak vet kalu surat pengakuan staf tu tak dok..Takkan nak gi melangut je kat situ? Macamana boleh lupa?pok pek pok saya call N...... pok pek (Aku kalerkan merah sebab suara dia macam tornado)
Aku dah bengang.... bukan salah aku.. aku tukang kutip je soklan dari en exam tu...
A: kalau fax boleh kan.. ( cuba memberikan jalan penyelesaian dan ketika tornado mak virgin tu melanda pun aku kepala otak aku duk ligat pikirkan jalan penyelesaian.. aku pikirkan 2 samada fax atau courier).
M: Mana boleh fax.. akak tau lah akak pun pernoh vet jugok.. pok pek pok pek.. tanggung jawab siapa .... pok pek pok pek... doh tanggung jawab sapa ni?
Aku dah bengang... Pempuan ni kan bukannya nak menolong memikir menyelesaikan masalah tapi nak marah orang merata riti.Meroyan ke apa pempuan ni... Aku kan nak cakap untuk guna jalan kedua iaitu courier dan aku rasa itulah jalan terbaek sebab sempat sampai dan we all pun lama kat situ.Tapi aku tak dapat menahan tornado mak virgin yang laju itu menyebabkan aku batalkan niat aku.. sebab aku rasakan kalau aku ckapkan mesti tornado mak virgin tu akan bertambah lajunya... Sekarang bukan masa untuk salahkan dan marahkan sesiapa.. benda dah nak jadik.. Yang penting sekarang ialah macamana nak selesaikan masalah.. At last..
A: tak apa... nanti saya selesaikan.. dan aku terus matikan perbualan tanpa memberi salam padanya..
Aku malas nak cakap banyak-banyak.. Aku memang bengang gila la.. gila pun tak bengang macam ni.. air mata aku dah nak keluar tapi aku tahan sebab malu ngan abgD sebelah aku. Ruz kata tornado mak virgin dalam hp tu jelas sampai keluar dengar.. kalau dia jadik aku mesti dia dah nangis.. At last.. keputusan dibuat.. aku mintak abgD pusing balik ke dungun semata-mata nak ambik surat pengakuan staf Chendering yang bodo tu.. aku call Del suruh dia naik keta lagi satu bersama-sama soklan, terus ke Machang dan tak payah tunggu aku. AbgD tanpa banyak soal terus pusing balik... We all dah 1 hour dari dungun terpaksa pusing balik. Oh My God!! i just can't believe it.. Keja paling bodoh yang pernah aku buat abad ni... aku malu dengan abgD... tebal muka aku jangan kira lah.. kejap-kejap aku mintak maap.. naseb baek dia baik.. kalu drebar laen mesti aku kena sumpah. en exam yang dah sampai rumah terpaksa datang balik ke opis sebab surat pengakuan staf cap ayam tu.. disebabkan tornado mak virgin kat hp aku tu tetiba je bateri hp aku kong.. terkejut kot kena tornado.. hehe!Bukan calang-calang tornado wo!! tornado mak virgin tu!!! hehhe!! Laki aku geleng kepala sebab bini baru pegi dah sampai dungun ambik charger hp keta.. Memang ada hikmahnya tetiba naek 2 keta... sebab aku memang tak jumpa si M tu sebab berpatah balik. Nak cover rasa bersalah aku kat abgD yang terpaksa berpatah balik aku belanja dia makan.
Sepatutya we all sampai kul 7.00 tapi dek kerana serangan tornado mak virgin tu akhirnya kitorang all sampai Machang pukul 10.00 malam. we all menginap kat rumah Universiti. Naseb baik bilik selesa... Tensyen pun kurang.. aku duk ngan ruz. Del duk sorang. kak yan duk ngan laki dia kat bilik laen. SAmpai bilik , letak beg terus pingggg atas katil... tengok tv pastu lena..


The next morning vetting bermula... dan mulalah juga disaster untuk aku... aku bawak 5 set soklan. Sepatutnya start pukul 8.30. We all bertolak pukul 7.45 am. Awal pagi dah sesat. Bengang jugaklah sebab tak ada orang jadik jurupandu arah. Manalah we all tau selok belok kampus Machang.. dah lah berbukit bukau.. tapi at last jumpa jugaklah tempat dituju. Masuk je dalam bilik operasi aku tengok bilik tu hanya ada meja kerusi dan printer.. Aku tunggu lagi hinggalah pukul 9.00 barulah bermula perasmian.. lambat giler lah tunggu. Bila start vetting, aku dapati paper aku tak masuk senarai. Macamana ni? Aku dah bawak lima set.. bila dah tak masuk senarai.. maka orang laen yang nak vet dari kampus laen tak ada. Aku dah bengang. Takkan aku nak vet sorang-sorang. aku kata kat urusetia kalau tak ada orang aku nak balik dan tak nak vet. Urusetia kata tak apa. Orang dia ada. Then aku request for Sar sebab dia dah biasa vet ngan aku sebelum ni. At last tak pasal-pasal si Muz yang jadik tukang baca doa kena jadik tukang vet sekali ngan aku. Tapi berdua tak cukup. Perlu sekurang-kurangnya 3 orang. Sar tak dapat datang sebab anak dia sakit. aku pun vet paper orang laen dulu sementara si Muz datang. Tak lama kemudian ada 2 orang datang menempel katanya tiba-tiba diarahkan datang vet paper sekali ngan aku. Malangnya diaorang tak ajar subjek tu dan tak pernah vet soklan. Aku ternganga kat situ. At last aku mintak jugak diorang tengokkan apa yang patut. Dari segi content wise aku yang akan tengokkan kemudian. So there's nothing much they could do to help me.. tambah membebankan lagi ada sebab diorang duk menyembang kat meja aku buat keja. Ada 5 set dan diaorang nak 3 set. Tapi 3 set aku dah reject sebab teruk sangat. At last aku terpaksa combined dua set dan modify jadik 1 set. Bila dah buat kerja orang sorang-sorang maka lambatlah siap.. Aku bengang gilalah sebab walaupun Muz ada tapi itu tak membantu langsung.. dia adalah buat keja tapi banyak hilang dari buat.. ada pulak sempat lagi dia bukak fesbuk dia.. Aku tak reti nak marah orang tua ni walaupun aku memang geram. The next morning bila si Sar datang barulah semuanya lancar. Dan akhirnya pada 10.48 pagi 1 hb Februari kitorang dapat hantar 3 set soklan yang sempurna. Overall aku memang tak puas hati.. Tobat!! Ghekok!! Aku tak nak dah vet kat sini.. Tensyen gila aku dibuatnya.. Tempat aku is much more better. Lebih bersistematik.. Aku tanya borang untuk vetter isi tak ada.. baru nak fotostat. Tanya laptop kat printer ada tak sebab nak memudahkan kerja diorang kata semua laptop rosak!! Itu tak termasuk ada yang tak komited buat kerja.. Kejap-kejap ilang.. Vetting ni kan penting.. utamakanlah yang ni dulu dari yang laen.. Makan?? memang tekak aku tak berapa boleh nak terima lah.. tapi dah lapar... bedal je lah.. Suasana kampus? Mintak maaplah .. aku tak ada rasa teruja langsung dengan kampus ni.. memang aku akui kampus ni cantik. Tapi aku rasa macam kepala otak aku tertutup je kat situ.. pandang kanan bangunan, pandang kiri pun bangunan sampai semak mata aku.. Tak macam tempat aku keja yang lapang dan luas mata memandang.. Sapa kalau bawak keta manual setakat lesen P kat kampus Machang ni baek jangan bawak keta.. silap hari bulan keta tu sekali ngan tuan akan turun bukit sendiri.
Malam sebelum balik diarang buat dinner kat tempat kitorang menginap. Lauk macam-macam. Ada ikan siakap sweet sour, ayam lada hitam, telur bungkus, sayur campur dan puding, Tapi tak sedap langsung.. bolehlah lalu tekak tapi tak buat aku teruja memakannya hingga nak lagi dan lagi..

