The trouble with lice is

Ada alien atas kepala Yati...
Mula -mula sikit....
aku dah buang...
Mungkin sikit.. aku tak ambil kesah sangat..
Mungkin tak serius kot...
Tapi dua tiga hari yang lepas
alien yang melekat kat rambut Yati makin banyak..
Dan dua tiga hari itu aku bekerja keras
Mengerjakan rambut Yati ..
Malam sebelum tidur, petang masa luang aku buat operasi..
tujuan ..mencari puncanya...
Sehinggalah pada satu hari aku terjumpa ...












Ini serius!!! ( ala wonderpet)




Masa aku pegang alien ni.. dia telah meronta-ronta nak melepaskan diri ...
Mungkin waktu itu dia sedang menjerit " Tolong!Tolong!! Lepaskan aku!Lepaskan aku!
Dan dia terus meronta-ronta hinggalah dia dikenakan hukuman mati mandatori kerana kesalahan mencabul..



Selepas peristiwa terjumpanya alien itu... anak-anak aku semua terlibat dalam operasi yang dinamakan "Ops Nyahkutu ' dengan satu ubat yang dinamakan ' ubat kutu".


Entah dari ladang ternak mana YAti import binatang ni...





Nota kaki blingbling: Yati kena ugut.. simpan kutu banyak-banyak nanti kutu-kutu tu bawak Yati lari pergi pulau.


Berkawanlah Yati dengan kutu-kutu tu. Nanti orang tanya siapa kawan Yati? Dan dijawab oleh Naim.. kuutu!!!



Kalau duit kutu?