Masih

Masih terngiang-ngiang suara dia berleter kat aku...... Kadang-kadang aku rindu nak mendengar leterannya.



Masih aku terbayang saat dia mengejar aku tawaf keliling rumah sebab tak dengar cakap dia.YA Allah! Teruknya aku dulu... suka uji kesabaran dan buat dia hilang sabar.. Masih jelas terbayang dia bagi jugak duit belanja sekolah pada aku keesokan paginya walaupun semasa mengejar dia ugut tak nak beri aku belanja sekolah...




Masih aku terasa saat dia mencubit dan pinnnggg aku... walaupun dia sangat jarang pukul aku....




Masih aku ingat kali pertama dia belikan basikal untuk aku sebab peksa dapat nombor satu dan saat dia berleter sekarung kat aku sepanjang jalan hingga ke rumah dan sambung lagi dalam rumah sebab kunci basikal aku hilang kat sekolah. Bukan salah aku... kawan aku yang gurau biawak sorokkan kunci basikal aku sampai aku tak jumpa kunci basikal tu..

Dia tak pernah gagal dengan penuh semangat menemani aku setiap kali hari pertama aku mendaftar dan kali pertama aku jejakkan kaki ke universiti dan tak pernah gagal dengan penuh keceriaan menemani aku setiap kali waktu konvokesyen aku kecuali konvekesyen aku yang terakhir sebab dia tak sihat.


Masih terbayang di depan mata saat dia meninggalkan aku sewaktu aku menggenggam erat tangannya yang dingin ... Dia pergi tanpa sepatah kata .. hanya dengan renungan yang sangat jauh dan dalam.. Sepanjang malam aku berada di sisinya dan menemaninya. Beratnya hati nak lepaskan dia pergi.



24 September 2010... Genaplah dua tahun abah tinggalkan aku.. tapi setiap hari hingga hari ini aku masih mengingatinya dan sangat merinduinya.. Abahku... Mohd Noor bin Mohd Arif .. polis bernombor MM10406 yang aku banggakan sebab telah banyak bersabar mendidik dan membesarkan aku hingga aku menjadi diri aku sekarang ini.. Kasihsayang aku selamanya pada abah hingga akhir hayat.. Walau setinggi gunung atau seluas lautan yang aku buat untuk abah pun masih tak cukup untuk membalas jasa abah.. Alfatihah..