Hari ni dah masuk raya kelima. Semalam aku baru betul-betul beraya di rumah selepas menghabiskan masa beraya di rumah mertua dan mak aku.Tak ada istilah kena angkut rumah mak pak mentua dan mak pak sendiri dan letak kat rumah anak sebab anak dan menantu penting diri sendiri. Tak boleh pakai iklan petronas tu. Orang yang buat iklan tu bangang.Kreatif tak bertempat.
Tahun ni kali pertama jugalah aku beraya dirumah sendiri masa pagi raya pertama sebelum bertolak ke rumah mertua tengahari tu. Seronok jugak beraya anak beranak di rumah sendiri. Penuh ketenangan. Menu raya yang aku masak untuk pagi raya ialah nasi daging bersama acar timun, air asam dan rendang daging. Malam raya lepas berbuka aku dah start masak rendang. Punyalah lama masak sampai pukul 12 malam baru siap.

Dah lama aku tak dapat kad raya. Tiba-tiba tahun ni di awal pagi raya aku dan myhubby dapat kad raya. Pagi raya tu aku kejut Yati bangun mandi. Sebaik je dia celik mata, dia terus keluar bilik dan datang balik bersama 2 keping kad raya. Satu untuk aku dan untuk myhubby. Sungguh mengejutkan sebab dia dengan sabarnya menyimpan rahsia sehingga pagi raya. Patutlah baru-baru ni dia sibuk cakap ada surprise untuk aku dan myhubby tapi dia tak nak beritau bila ditanya. Ingatkan dia main-main, rupanya betul.. so touching!!!

envelope kad raya untuk ibu dan abah dari yati
Lepas makan we all anak beranak bergambar raya. Oleh kerana hanya aku anak beranak je,maka tak dapatlah nak bergambar sekeluarga. Gambar yang sama jugak aku upload dalam fesbuk aku sebagai kenangan. Tahun ni ikut perancangan awal si ibu baju raya sedondon anak beranak mesti warna hijau tua. Tapi last minute, 2 hari terakhir puasa plan bertukar jadik warna coklat plak. Nasib baik aku ada baju kerja warna coklat yang aku jarang pakai. Akhirnya baju kerja jadik baju raya. Tapi sekejap je aku pakai. Sebelum balik rumah mertua aku dah tukar baju lain. Sampai rumah mertua lepas jumaat. Petang tu aku bawak cik dan bak pergi melawat orang meninggal dan beraya rumah sedara mara sebab myhubby sudah pengsan sampai tak hengat. Aku jadik drebar la bawak mertua aku pergi beraya rumah abang hashim kat Kg Pak Jeha, melawat orang meninggal kat Bukit Petiti dan ke rumah anak saudara bak, Cik Yah yang juga merangkap bakal mertua myhubby yang tak jadik. Biasalah aku bila pergi rumah orang yang aku tak berapa biasa dan rapat maka duk tersengih-sengih je la memanjang sambil memandang mak mertua aku berbual ngan tuan rumah. Raya kedua kak Mek buat rumah terbuka di rumahnya yang baru diubahsuai. Kak Mek memang tak pernah miss buat rumah terbuka setiap kali raya puasa dan raya haji. Kak Mek masak laksa kuah masak, puding laici dan sate. Memang best especially bila makan free. hehe!! Petang raya tu barulah aku balik rumah.

Raya ketiga baru aku anak beranak balik rumah mak kat Kijal. Tengahari aku sampai sebab sangkut beraya rumah jiran depan rumah. Masa tu yang ada kat rumah mak abang mi sekeluarga dan kak Jurai. Kak Juyah dah balik Seremban raya kedua. Abang Zul raya kat rumah sendiri sebab semua ipar duainya datang berkumpul beraya di rumahnya. Pak Lang raya rumah sendiri sebab Jas berpantang kat rumah sendiri. Petang lepas abang Mi sekeluarga balik Dungun, aku bawak mak pergi beraya rumah Pak Lang, rumah abang Dzul dan abang Zahar.
The next day aku lepak je kat rumah mak tak pegi mana-mana. Abang Dzul, myhubby, abang Ijan, Amin dan Naim pergi bukit kebun mak kutip buah duku. Banyak jugak diorang bawak balik duku. Ada dokong, duku terengganu dan duku Johor. Petang baru aku balik sebab kak Nor sebelah rumah buat rumah terbuka. Raya bagi aku tahun ni biasa je mungkin sebab aku dah tua bangka kan. Cuma aku sedikit terkilan sebab tak dapat beraya di rumah terakhir iaitu di rumah abah seperti dalam perancangan sebab kitorang tergesa -gesa masa balik tu. InsyaAllah, aku akan pergi jugak melawat arwah abah dalam masa terdekat nanti. Rindunya kat abah. Aku juga terkilan dan sedih juga sebab adik Mazidah tak dapat beraya sekali. Kesian dia sebab sejak bertahun bekerja , hanya sekali dua sahaja dia dapat beraya bersama-sama. Mungkin ada hikmahnya kot. Selamat Hari Raya Aidilfitri.