Petang isnin baru ni seperti biasa aku ambik anak aku balik sekolah pukul 4.oo petang. Biasa aku ambik aku tunggu kat luar pagar je sebab anak-anak aku akan berlari ke arah siCukai untuk berebut seat depan. Tapi hari itu, diorang agak lambat walaupun dah nampak kelibat Amin dan Naim. Tetiba aku nampak Amin jalan terhencut-hencut sambil dipapah oleh Naim. Aku terus matikan enjin dan pergi ke dalam pagar sekolah nak tengok apa yang telah berlaku. Amin dah tak pakai kasut. Yati pulak terbungkang baring atas lantai koridor tidur sebab keletihan. YA Allah!! macam anak gelandangan je tidur merata-rata. Rupanya Amin jatuh tangga masa rehat dan dia tak cakap dengan cikgu. Salah dia sebab mata memandang ke lain semasa turun tangga. Kaki sebelah kanan dia dah mula bengkak sebab dia biar lama.
Myhubby plak tak ada di rumah sebab ada mesyuarat untuk buat presentation Analisa keputusan peperiksaan PMR seluruh negeri Terengganu kat KT. Kebetulan plak dia baru dilantik jadi ahli kumpulan penganalisa keputusan peperiksaan PMR dan SPM seluruh negeri Terengganu dan buat report yang nak dibentang oleh MB setiapkali result periksa kuar. Masa nak bebuka Amin dah mula tak boleh jalan sebab sakit. Aku dah mula bertambah risau yang teramat.Lepas berbuka aku dah plan nak bawak anak-anak sembahyang terawih kat masjid biru tapi terpaksa la cancel. Dari ke masjid terus ke hospital Dungun. Naim dah tak nak pegi terawih sebab katanya nak jaga abang dia. Malam tu terpaksa dukung amin masuk kereta. Tapi sampai kat hospital segan plak aku nak dukung dia. Jadi papah lah dia. Nasib baik ada orang baik hati tolong ambikkan kerusi roda. Kalau tak terkiyal-kiyal lah aku nak cari kerusi roda, mana nak pegang anak aku lagi. Naim ikut ke hospital dan dia jugak yang bersemangat nak tolak abangnya yang naik kerusi roda. Kaki Amin kena xray. Bimbang jugak kalau ada retak ke, patah ke.Tapi nasib baik cuma tisu dalam kakinya yang cedera. Kalau patah ke, retak ke nampak gayanya tak rayalah anak aku. Doktor balut kaki Amin, kasik ubat dan boleh balik lebih kurang pukul 10.45 pm. On the way singgah seven eleven beli maggi. Balik rumah terus masak dan makan beramai-ramai sebab tiba-tiba kan terasa nak makan maggi la plak. Pukul 11.45 mlm baru myhubby sampai rumah. Aku pun dah nak pengsan sebab ngantuk. Amin tidur sekali sebab kalau dia nak ke toilet senangla nak kejutkan aku untuk bawak dia ke toilet dan aku ajar dia solat duduk. Sekarang kaki dia dah mula okey. Bolehlah jalan sikit-sikit. Alhamdulilah!!