
Tinggal dua hari lagi nak raya.. aku masih bekerja di saat tempat kerja aku lengang selengangnya sebab ramai yang dah balik kampung. Malas nak cuti banyak-banyak sebab aku nak simpan cuti untuk bulan disember nanti. Plan hujung bulan 12 nanti nak bawak anak-anak cuti panjang ke Taiping lagi. Asyik ke Taiping je sebab myfamily dah seronok ke situ.. Persiapan raya family aku kali ni pun sederhana sangat. Kalau raya-raya sebelum ni pakai sedondon tapi kali ni anak-anak je sedondon. Itupun, aku tak beli lagi songkok dan kasut untuk anak-anak aku. Aku pun tak beli banyak kuih raya. Ala kadar je.. Raya tahun ni aku balik raya rumah mertua dulu.. Biasalah kena ikut turn. Raya kedua baru balik rumah mymum.
Masuknya syawal bermakna rutin aku balik asal la seperti selalu. Masa bulan puasa boleh lepak-lepak time pagi dan tengahari, pasni tak leh dah especially time holiday. Kalau bulan puasa tak perlu masak untuk anak-anak dan myhubby bawak bekal ke sekolah, lepas ni start masak la semula.
Paling tak best bulan puasa ialah time keja.. terutamanya time tengahari.. Penatnya.. Dahlah opis aku kat tingkat 3, kelas pulak tingkat 3, dari hujung ke hujung pulak tu.. Dah lah beg sekarang dah berkilo beratnya sampai nak roboh bahu aku dibuatnya sebab kena bawak laptop dan kabel LCD sendiri. Itu tak termasuk buku lagik. Sekarang pakai bag sandang macam budak sekolah dah. Pedulikan istilah vogue dan tak pedulik dah si JePRI duk kutuk dan gelak kat aku memanjang bab bawak beg ni.. BErat wei..tak kuasa aku nak jinjing beg aku yang berat mcam batu. Paling sakit hati dahlah kat tingkat tiga ,kelas tu ada dua aircond yang sangat sangat besar tapi tak leh pakai.Aku rasa nak cabut aircond tu dan campak je kat laut Cina Selatan kasik dugong kat situ pakai.
Sepanjang bulan puasa ni sekali je makan kat luar. Tak seperti tahun-tahun lepas kerap jugak berbuka puasa di luar. Ada jugak plan nak buka puasa kat luar. Tapi sebelum buka aku dah siap masak gulai ikan tongkol untuk sahur sebab pas berbuka dah penat. . Sudahnya tak jadik sebab myhubby dah terliur tengok ikan tongkol yang menggiurkan tu.
Bulan puasa jugak seperti selalu aku dan myhubby tak pernah beli lauk kat Pasar Ramadhan. Kitorang tak pernah percaya dan rasa tak yakin dengan tahap kebersihan makanan kat situ. Tambah lagi myhubby bab makan sangat cerewet. Kalau beli pun, myhubby beli kuih yang panas-panas macam murtabak, ketupat, popia dan lemang. Yang lain tak masuk menu. One day myhubby ke pasar ramadhan untuk cari popia kegemarannya. Entah macamana tekaknya rasa geli melihat kakak jual popia yang baru nak buka gerai tu. Tak taulah apa silap kakak tu bergaya dan berpakaian menyebabkan laki aku geli tekak. Sudahnya dia pergi kedai beli bahan buat popia jadik kenalah aku masak popia. Nasib baik lah myhubby nak jugak tolong gulung popia sebab banyak. Kalau aku buat sorang alamatnya masa berbuka makan popia jelah. Tapi bila dah first time menggulung popia tu, peliklah rupanya. Macam batang balak pun ada.. Punyalah padat sampai masa goreng nak terkeluor isinya. Makan sebijik pun dah kenyang.. Itu kira gulung nak cepat lah tu.. Memang kalau aku laki bini meniaga popia buat jual memang tak untung.. lagi rugi adalah.
Masa nak raya jugak orang selalunya sibuk hantar kad raya dan sms raya, mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf kiranya ada kesalahan yang dilakukan. Kadangkala kita tak menyedari apa yang kita lakukan melukakan hati orang lain kerana tidak pernah dizahirkan di depan mata. Mungkin ia sesuatu yang biasa pada kita tapi tidak pada orang lain atau mungkin kita tak pernah cuba berada ditempatnya dan merasai sakitnya bila disakiti . Kadangkala juga kita tidak menyedari bahawa kita telah melakukannya berulang kali hingga akhirnya orang yang selalu disakiti mendiamkan diri selamanya atau bila meriahnya persahabatan tiba-tiba bertukar menjadi sedingin salju..
Aku nak ucapkan "sElamat HAri Raya Aidilfitri aidilfitri... kepada semua sahabatku terutamanya RAs dan Noor. Maafkan jika ada salah dan silapku pada kalian. Moga Aidilfitri disambut dengan penuh keceriaan dan kesyukuran.