Jadual padat

Aku sungguh letih hujung minggu baru ni. 2 hari berturut-turut program penuh mengalahkan YB lah pulak. Hari Jumaat(24 September) anak murid aku buat program 'sinari Syawal' di rumah anak-anak yatim Darul falah Marang. Pukul 7 bas dah bertolak. Program mula pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 6.30 ptg. Sayu hati tengok anak-anak yatim dan mendengar cerita sedih sebahagian anak yatim. Satu yang aku pelajari dari program itu bahawa sebenarnya berbuat kebajikan pada anak yatim memang mendapat ganjaran pahala yang sangat besar, tapi untuk mendapat ganjaran pahala itu bukan mudah. Ia memerlukan kesabaran yang sangat tinggi terutamanya nak mengawal anak yang tak cukup kasih sayang.. Disiplin diorang sangat teruk..,Maklumlah hanya membesar dengan kawan-kawan.. Mengadu hal pun dengan kawan-kawan jadik perangai pun agak pelik sedikit. Oleh kerana tidak terkawal, anak murid aku telah meninggikan suaranya pada anak-anak yatim disebabkan tidak dapat bersabar.. aku yang sedang bersembang dengan pengetua sentap jugaklah telinga dan hati sebab kebetulan pulak pengetua sedang mengadu pernah ada pelajar dari Universiti lain yang buat khidmat masyarakat kat situ telah memaki anak yatim sebab tidak dapat menahan kesabaran. Aku dah ugut anak buah aku awal-awal lagi. Kalau telinga aku dengar je anak murid aku maki anak-anak yatim ni.. aku akan potong separuh dari markah yang diorang dapat. aku tak boleh tolerate sebab banyak cara boleh guna untuk handle anak yatim dari mengeluarkan kata kesat. Tapi sebenarnya aku pun sangat geram jugak tengok perangai budak-budak ni.. Program sukaneka dapat buat separuh jalan je sebab diorang beramai-ramai kena pergi jamuan raya. Jadik anak-anak buah terpaksalah syok sendiri main sukaneka. Nasib baik aku tak pakai baju sukan, kalau tak pasti diorang lanyak aku dengan tepung.. Selamat!!! hehehe!! Kemudian ada program lagi pukul 3 kat musolla diorang.. tapi pukul 3.30 baru terkial-kial turun.. itupun sempat lagi berhenti kat public phone depan aku nak menalipon depan mata aku pulak tu.. Haduuhh! Berbulu bijik mata aku tengok budak-budak ni.. Sabar je lah..Kesian anak murid aku tertonggok tunggu kat masjid.. Lepas Asar buat majlis sambutan raya dengan anak yatim dan penutup . Diaorang siap buat karaoke.. Akhirnya anak murid aku telah mendera aku ssuruh aku menyanyi .Diorang ni memang, tak dapat lanyak aku dengan tepung diorang dera aku cara lain plak. Terpaksalah aku menyumbangkan suara aku yang sumbang ni nyanyi lagu raya... Kitorang bertolak balik pukul 7.00 dan 9.00 malam baru sampai rumah. Sampai rumah je terus terbungkang atas katil. Pengajaran yang aku dapat dari program ini ialah kena sentiasa bersabar dengan anak yatim. Bila melihat anak-anak yatim ni aku berdoa agar aku dipanjangkan umur agar dapat melihat anak-anak aku membesar depan mata. Sekiranya masa itu tiba, aku mengharapkan sekurang-kurangnya anak-anak aku sudah boleh berdikari. YAng pasti, tak ada sorangpun anak aku akan aku hantar ke asrama...
Hari Sabtu pulak anak buah aku di bawah kelab telah buat program sekolah angkat bersama-sama Sekolah Men. Bukit Besi. Sekolah ni dah jadik anak angkat kelab kitorang. Jadik apa pun program kali ini hanya untuk sekolah ini sahaja. So program baru ni adalah program kerohanian atas permintaan guru Besar. Program sehari ni lebih pada motivasi dan akhlak mulia. Tak sempat buat untuk diorang program strategi menjawab peperiksaan SPM. Next timelah.. Program lancar.. cuma sedihnya cikgu pengiringnya ada waktu mula program je.. pastu hilang terus sampai lah penutup.. Patutnya tunggulah memantau program, mana tau kalau-kalau ada kesilapan atau kekurangan anak buah aku semasa mengendalikan program tu supaya diorang dapat bagi komen untuk diperbaiki dimasa akan datang.. Gurubesar lagilah tak nampak bayang batang hidung. Sekurang-kurangnya datanglah tunjuk muka tunjukkan keprihatinan pada anak murid. Padahal kita jemput untuk hadir masa perasmian dan mintak dia menutup majlis. Kalau tak dapat hadir pun sekurang-kurangnya berilah sepatah dua kata atau hantar wakil ke. Yang cikgu pengiring pulak dahlah masa program tu lesap, masa penutup boleh dia suruh wakil pelajar yang bagi ucapan.. Bukan senang berurusan dengan manusia ni terutamanya yang dah tua bangka dan cerdik pandai ni.. Kalau aku dah tawar hati sok, malasla aku nak layan lagi.. Bukan nak kata aku bagus sebab tunggu dari awal sampai akhir program.. tapi tanggungjawabkan. Rasanya semua orang tau. Kalau dah diamanahkan untuk datang memantau, datanglah memantau bukannya pergi memantau shopping complex kat bandar atau memantau rumah sendiri. Entahlah... malas nak komen banyak-banyak.. Sendiri mau ingat la.