Tak penah terfikir dan aku tak ingat langsung aku ada amik gambar dengan kawan-kawan aku melainkan gambar kelas beramai-ramai hinggalah satu hari kawan sekolah lama aku Amy letak gambar ni dalam fesbuk.
Zaman sekolah aku sangat happening... Aku ada ramai kawan dan aku suka berjalan. Disebabkan aku suka berjalan aku ada ramai kawan.. Walau di seberang sana kelasnya pun aku ada ramai kawan. Cikgu tak ada je aku pun hilang pergi melepak kat kelas budak SAins Rumah Tangga. Cikgu kata hobi tambahan aku mengira jarak koridor.. aku tak kisah pun yang penting aku kira koridor dalam kawasan sekolah dan bukan koridor supermarket. Kerusi aku tak pernah panas. Sejuk je. Pernah sekali masa duk melepak kat belakang , cikgu Sazali yang sinonim dengan rotannya tiba-tiba masuk menyebabkan aku tak sempat balik ke tempat duduk aku di depan. Sudahnya sepanjang kelas tu aku duduk belakang di meja kawan aku dan tempat aku di depan sekali orang lain plak duduk.. Aku guna buku dia, dia guna buku aku... Nasib baik kebetulan cikgu Sazali tak check homework.. kalau dia check konpem aku kena berdiri atas kerusi ke atau kena duduk atas pokok. hehe!!
Selalu aku tak bawak buku Matematik Tambahan dan matemetik.Aku malas nak bawak sebenarnya sebab buku tu tebal dan sangat berat. Bila kelas Math Tambah atau matematik nak setat je.. selalunya aku akan lari ke kelas sebelah pinjam buku kawan aku ikut tepi pintu belakang. Masa form 4 aku dalam kelas 4 sains 1. tapi bila masuk form 5 aku turun kelas 5 sains 2 sebab ambik lukisan dan tak amik math tambah. Jadi masa luang aku bila cikgu tak de selalu aku akan lepak dengan kwan-kawan di kelas 5 sains 1. Kadang-kadang Man embong halau aku tapi aku buat bodoh je.. Hehe!! At last diorang panggil aku "Unidentified talking Alien'.. but i dont care at all. Man Mbong sekarang dah jadik doktor dan ada poliklinik sendiri kat kemaman. Dan aku pernah berjumpa 2 kali dengan dia masa dapatkan rawatan untuk anak aku sebab klinik dia bukak 24 jam. Tapi aku tak pernah bercakap dengan dia. Entahlah samada dia kenal aku tapi buat-buat tak kenal ataupun dia tak ingat muka aku ni.. Maklumlah dah banyak berkembang. Tapi aku tak kisah pun kalau dia tak nak tegur aku walaupun dia classmate aku beberapa tahun. Tapi sebrutal aku pun selama sekolah hanya sekali je aku kena tindakan disiplin itupun sebab tak pakai kain dalam.. Rimaslah.. lagipun kain aku tebal.. tak nampak bayang pun masa testing bawah matahari.. hehehe!

Yang brutal duk syok sendiri kat atas tanah itulah aku... heheh. Bila perhati betul-betul, barulah aku dapat ingat semula kawan-kawan sekelas aku dulu dari form 1 sampai form 5. Aku ingat Rosliza, WAn Faridah, Roslina, Zaidah, Sarinah ( tapi Sarinah sudah tiada beberapa tahun yang lepas). Aku ingat Noraizah kawan aku yang sangat pendiam tapi sentiasa senyum menyebabkan aku mati kutu duduk sebelah dia.. tapi aku tetap jugak duduk sebelah dia..Memang challenging duk sebelah dia ni.. Dia pendiam, aku talkative.But I love to sit beside her, jadi partner dia and talk to her..Sebabkan kalau aku tak bercakap dengan dia.. siapa lagi nak bercakap dengan dia selain dari aku. Tanya 10 patah dia jawab sepatah dan senyum je.. Tapi selalu jugak aku duk tinggalkan dia duk sorang-sorang bila aku dah mati kutu cakap dengan dia .. heheh!!.. Bayangkan 2 insan yang berbeza duduk bersebelahan.. Sangat menarik kan?. Entah mana dia sekarang ya. Dan aku masih ingat Kasmaniza yang tiba-tiba sakit masa tingkatan dua hingga jadi luarbiasa cerdiknya sampai boleh mengingat semua fakta sebijik-bijik dalam buku. Memang powerful la dia.

MAsa Form Two aku jadik pengawas sekolah. Syok gila sebab dapat pakai baju lain dari yang lain. Glemer you! Yang paling syiok jadik pengawas masa perhimpunan. Keja aku selak kain orang sebab nak check diaorg pakai kain dalam ke idak dengan muka ala brutal gitu.. Agaknya disebabkan aku suka selak kain orang kot aku tak dilantik lagi jadik pengawas selepas itu.Cikgu suruh aku check, aku selak je lah.. Hahaha!! Dari zaman sekolah selak kain sampai ke tua pun selak kain. hohoho! Dah nama pun budak kecik, badan pun halus je... tapi kalau kawan aku tengok aku sekarang mesti diorang tak percaya melihat perkembangan badan aku yang sungguh lancar berkembang.
Akhir bulan 12 tahun lepas kawan-kawan aku bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Ismail buat reunion. Tapi aku tak dapat hadir sebab anak saudara aku kawin pada hari tu.. Jadik tak dapatlah jumpa diorang. Hopefully one day I'll meet them again.