Aku dah hantar cukai pergi servis kat Pusat Servis kereta Proton kat Kerteh. Selama ni pun memang we all regular customer kat situ untuk Cukai dan NEO.Ikut plan asal nak tinggal je keta dan datang amik balik petang nanti dengan myhubby. But end up, aku duk melangut je kat situ 2 jam sebab technical Advisor kat situ kata tutup pukul 1. Jadik tak berbaloi la pulak aku nak balik dengan bas and then datang balik. Kos servis termasuk minyak sekali ialah RM121.40 aje.. Thats among all reasons why i love Malaysian car.. Servis senang dan murah.. Itu tak trmasuk labor charge yang percuma dan dapat diskaun lagi 10% sebab jadi member Daring Club. Memang berbaloi satu keputusan yang aku dan myhubby bila membeli sicukai ni.. Proud to be Malaysian..
So the next day was bowling night. Aku pergi sekali dengan Ras dan Noor. Ingatkan tak ramai yang datang tapi sememangnya ramai pulak yang suka main baling bola yang bulat tu ya.. So that was my second time main bowling since my first time a few years ago masa kat Awana Genting.. lepas tu tak main-main lagi dah hinggalah Jumaat malam Sabtu yang lepas.. Aku bukan tak suka main bowling tapi tak ada geng dan nak cari masa yang sesuwai pun payah.. ialah masing-masing ada komitment..
Berikut adalah apa yang telah berlaku dan pencapaian aku pada malam itu..
1. Masa sampai malam tu orang sangat ramai di sepanjang jalan sampailah kat Mesra Mall.."
Kenapa ramai sangat orang ha!1 Diorang ni tak reti duduk rumah ke?" Itu adalah soklan
yang tak perlu dijawab yang ditanya pada malam itu dalam keta masa cari parking kat Mesra
Mall. At last, baru aku tau rupanya si Faizal Tahir ngan Ella buat konsert kat situ malam
tu.. patutlah ramai orang..
2. Malam tu aku satu team dengan Ras, Prof Madya Wan Abdul Manan, Azman husband Has
dan Siti yang umurnya 9 tahun. Siti main baling pummm!! je boleh strike..
3. Semangat nak main samapai lupa nak makan.. masa main je tetiba kebulur.. nasib baik nor
ada belikan burger kat burger king. tima kasih nor... belanje kite makan burger.. sayang kau!!
4. My achievement untuk 4 game 80 balingan malam tu...
a. Strike - sekali... seronoknya.. tapi time tu je lah.. rasa macam bagus je.. hehehe!!
b. Spare - 5 kali...
c. Teknik balingan - tiada.. ikut suka hati mak bapak aku baling je..
d. Masuk longkang- Tidak terkira banyaknya... tangan pengkau... Paling sakit hati ..masa
baling rasa macam straight je bola. rasa macam strike je.. tapi bila samapai tengah..
hampeh!! bola tu melencong ke longkang.. Dan yang apling menyakitkan hati sekali 2 kali
baling.. dua-dua kali masuk longkang..
e. Terbaling ke belakang - oowh!! itu nyaris.. kalau tak jadik bahan gelak lah aku...
f. Jumlah jatuhan pin - 1st game - 62, 2nd game - 68, third game- 60 ( disumbangkan
oleh masuk longkang paling banyak).. 4th game - 90... Kira okeyla untuk second timer
macam aku ni.. hehe.
g. Perasaan aku - seronok sangat-sangat-sangat.....
h. Lane aku dengan sebelah paling lambat abis.. orang lain dah siap kitorang duk terkiyal-
kiyal membaling lagi.. itupun sebab tempat pin tu asyik stuck je.. pukul 12.30 am baru
siap abes maen.. Pukul 1.15 pagi baru sampai rumah..
i. Hadiah yang aku dapat ??? Adoiiiiiiii!! Sakit pinggangku...
I wish.................