tak sihatlah

I'm not feeling very well since Sunday. Dah lama tak sakit hinggalah dua hari lepas.Masa petang ahad aku dah mula selsema. Bersin tak berhenti. Semalam aku pegi klinik.. doktor just bagi clarinese tab utk selsema, Olfen untuk sakit urat bahana sakit pinggang kes main boling baru ni dengan strepsil untuk sakit tekak. Oleh kerana masih boleh berjalan dan tak demam so doktor tak bagi MC.. tapi petang semalam aku tak pegi kursus sebab tak tahan asyik bersin je.. Suara pun seksi .. ala sengau-sengau gitu.. Kesian kat myhubby hari ni tak bawak bekal sebab aku tak larat nak buat sebab duk bersin je. Hygienity diragui.. Hari ni aku masuk keja seperti biasa bila tiba-tiba aku mula demam.. selera makan tak ada and my breakfast just 3 keping biskut oat krunch dan air susu sekotak yang memang aku dah standby kat opis. Bila dah makan ubat mulala rasa stim semacam.. itu yang terbaring jugaklah aku jap kat opis.. Keja buat setakat sempat je.. hari ni masuk sekerat hari jelah.. pas amik anak sekolah, pegi bank jap selesaikan kad kredit. pastu balik rumah terus. Selagi aku larat berjalan aku akan pegi keja melainkan dah terlepek tak boleh bangun.. Mati kutu aku duk rumah lama-lama tak kerja. Boleh sakit mental aku dibuatnya..