Out of the list

Tahun 2010 ni adalah tahun mak menerima cucu baru dan cicit baru. Kak Jurai mengandung dan dijangka melahirkan pada bulan Disember kerana ini anak pertama, dia cukup berhati-hati dan tak travel jauh-jauh lagi. Tapi kesian jugak kat dia. Kawan-kawan dia ni macam puaka gak.. Sebagai kawan sepatut diorang tumpang gembira dan doakan kakak aku sihat dan baby pun sihat bila dapat tau kakak aku mengandung.. Tapi diorang ni tak.. sibuk menakutkan kakak aku kata anak dia ada risiko kena down syndrome sebab mengandung lewat. Dah kakak kesayangan aku tu jadik susahati.. Kesian kakak aku, tak mengandung susahati, mengandung pun susahati..
Jas bini pak lang pun mengandung anak ke tiga. Bermakna ni cucu mak yang kedua tahun ini. di jangka bersalin seminggu sebelum raya puasa. tak berayalah kakak ipar aku tu.
Itu tak termasuk aku.. Kalau tak aku tengah pantang ni.. tapi ditakdirkan tengah marking waktu ni.. huhu!
Kemudian, si Afida isteri Musa pun mengandungkan cicit mak yang ketiga. Bini Bob anak kak Juyah pun mengandung. Tapi aku tak ingat bila dorang beranak. Dan latest perkhabaran terbaru Ijah yang baru kawin tu pun pregnant jugak..
Kalau semuanya selamat maknanya mak aku ada 32 cucu dan 5 cicit..
I'm out of the list..