Seronoknya cuti 3 hari baru ni, dan selama 3 hari itu, cuma sekejap je masa aku peruntukkan untuk marking.. Yang lain aku penuhi dengan aktiviti laen. Myhubby pergi ke laut menangkap ikan dengan kenkawannya pada petang Jumaat dan balik keesokan harinya. Petang Sabtu we all balik rumah mak dan ajak mak makan malam kat luar untuk merasa ikan kerapu fresh yang anak menantunya pancing sendiri. But, on top of that our main objective is to make her happy.
Lagipun tak lama lagikan mother's day. Jadik we all nak raikan mak lebih awal sebab pasni giliran mertua i pulak. Mak mulanya tak nak sebab katanya dia selalu sakit kat atas perut sebab angin. Dia lebih prefer kalau aku yang masak dan makan kat rumah je.Tapi bila dah pujuk at last dia pegi jugak. Ikan kerapu ada 3 ekor sederhana besar. Elok nak kuar abang Dzul satu famili datang singgah.diorang dari kenduri kawin di marang. Lepas abg Dzul balik baru kitorang keluar.
Makan di mana ? jauh gilerr.. hehe!!Duk kat terengganu tapi pi bawak mak makan malam kat Pahang. Malam tu kitorang makan di Restoran Naemah yang terletak kat Chendor, Pahang dengan menunya ikan kerapu laprik, sayur campur, sup tulang dan lala masak pedas. Memang sedap makan kat situ n my mum was very happy. Bukan selalu dia makan kat luar.. kalau anak-anak tak bawak kuar, tak lah dia makan menu yang lain dari menu yang sama je di rumah.
Balik dari Chendor dah pukul 11 lebih. Sampai rumah tengok Paklang and family dah ada dalam rumah tengok TV. Esoknya pak Lang bawak anak-anak aku mandi pantai. And as usual bila jumpa paklang aku akan terpaksa mendengar ceramah kesihatan, pasal ubat-ubat dan pasal kawan dia yang kena stroke dan sakit jantung. Dan ceramah itu telah aku dengar sebanyak 5 kali dalam tempoh 24 jam.
Lepas Zohor aku balik dungun. Dan sebelum masuk keta aku terdengar pesanan mak yang duk kat tangga... " tak payahlah nak mengandung lagi"!!! hehe!! Aku tau kenapa dia pesan macam tu... satu perkara dia bimbangkan aku tambah lagi dia tengok aku memang teruk masa mengandung dan lepas kena operate hari tu.. Tapi, semuanya kerja Allah. Dia yang menentukan segalanya..