all my cats to my mum's house.... Feel sad to sent them there but I have to... I know they'll have more freedom there and Asmi will take care of them... Sebabnya compound rumah mak sangat besar dan berpasir.. compaund rumah aku kecik dan tak dapat tampung kucing yang ramai dan menyebabkan mereka beralih angin ke rumah orang sebelah dan merosakkan rumput carpet diorang.. Jadi pagi Jumaat dan Sabtu yang lepas aku buat operasi clear kucing dan hantar rumah mak.. Mula-mula hantar Jacket, albin, Salesa dan anak-anaknya mata aku dah bengkak-bengkak nangis sebab sedih.. sepanjang jalan masa driving air mata aku meleleh-leleh . Sedih sebab Albin, Salesa dan Jacket sangat manja dengan aku.. each time aku balik rumah.. diorang dah siap tunggu depan pintu especially albin.. Sampai rumah mak telinga aku sudah tebal dengar mak berleter sebab tak mandulkan kucing-kucing betina tu dan tak bagi makan pil perancang.. Dah salah sendiri, tadah jela telinga.. Kucing-kucing tu kena kuarantin dulu 3,4 hari supaya biasa dengan environment baru pastu baru lepas bebas. Makanan diorang aku akan hantar dari masa ke semasa. The next day aku hantar lagi satu trip.. baki anak-anak yang liar.. Punya lah liarnya anak dia sampai menitis-nitis darah kat tangan aku sebab kena cakar dan gigit ngan kuatnya.. pedihnya sampai meleleh air mata tahan sakit. So yang tinggal cumalah si Misai dan merah.. I just cant let go all of them.. my hubby letak syarat.. tak boleh lepas langsung.. so.. aku belilah sangkar.. Aku tau diorang tak bebas tapi itu lebih baik dari aku letak kat pasar. aku tak akan buang kucing aku kat pasar atau kat mana-mana. aku tak leh hantar Misai kat rumah mak juga sebab kat rumah mak ada sekor kucing jantan macho yang sangat garang. Boleh mati Misai aku dikerjakannya. Jadi baiklah aku bela sendiri.
Kalau Misai dan merah mati satu hari nanti.. aku tak tau lagi nak bela kucing atau tidak.. tapi aku ni tak leh tak ada kucing sebab kucing is my best theraphy when I feel stress and sad selain window shopping. Pas ni nak cari cage yang besar sket. I miss my cats...