Semalam sebelum jaga exam pukul 2.15 aku ke butik AVON tinjau-tinjau barang yang boleh aku beri kat mak mertua aku sempena Hari Ibu. At last aku beli brooch. Petang lepas exam aku balik rumah dan terus ke rumah mertua. Anak-anak kena tinggal sebab amin tuisyen dan yang lain ada homework yang belum beres. Sampai rumah mertua we all bawak diorang pergi makan kat restoran kesukaan mereka di Gong Badak berhampiran lapangan Terbang Sultan Mahmud. Menu istimewa untuk hari ibu, nasi putih, kailan ikan masin, sotong masak pedas, daging masak pedas, tom yam pok tek, sup tulang, ayam goreng kunyit dan nasi putih. We all happy bila diorang happy.. penat pun tak terasa.. On the way balik Dungun, aku pengsan terus kepenatan.. Marking malam itu? Hanya dalam mimpi sebab bila sedar esok hari rupanya aku hanya bermimpi abes marking.. We all dah celebrate mak aku awal hari itu.
Bila aku dah ada anak sendiri yang sedang membesar dan jadi sorang ibu.. baru aku rasa betapa susahnya mak dan abah membesarkan aku...
Buat mak dan Cik... selamat hari ibu... Semoga Allah sentiasa memberkati kalian... Sesungguhnya aku sangat sayang ibu-ibuku.... terutamanya mak.. aku tak tau apa akan jadi pada aku kalau mak tak ada.. mesti terasa sangat sayu dan kosong...
SELAMAT HARI IBU..