Selamat hari raya aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Sudah dua tiga hari makcik tak masuk blog sebab bercuti raya..Tahun ini makcik berhari raya di rumah mak ayah di Kijal. Kemeriahan hari raya tidak terasa sebab tak ada orang pun yang datang berjalan ke rumah. But, I felt really happy cause almost all my siblings came back for hari Raya. Kat rumah sangat meriah, riuh rendah sebab sangat ramai yang ada. Ada 45 orang di rumah makcik.. di setiap sudut rumah ada orang..Tahun ni Mazidah tak balik sebab bekerja dan tak dapat cuti, abang ijan sekeluarga raya kat rumah mertuanya.. ajie sekeluarga kat Penang sebab tak dapat cuti.. Hisham kerja kat KL.. Kali ini seekor lembu tumbang sebab hampir semua adikberadik makcik masuk korban. Tahun ini makcik tak ambil bahagian oleh kerana masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. InsyaAllah tahun depan makcik pasti akan masuk bahagian juga. Daging korban selain dibahagikan kepada semua adik beradik. Tulang dibuat sup seperiuk besar macam nak kenduri.. Daging, hati dan ‘telur” lembu kakak buat masak lemak cili api.. “Telur” lembu tu orang tak nak ambik… segan kot.. jadi abang zahar kutiplah semuanya bawak balik rumah sebab benda tu favorite kami adik beradik.. Di pagi hari raya, makcik masak gulai ayam instead of rendang ayam sebab kak Zu dah masak nasi tomato dan ayam masak merah.. so.. kena tukar menu last minute.. Tapi tak larat tengah masak tu big boss (my mum) selalu bising dari kerusi malasnya sebab dia tak sihat.. Macam-macamla dia mengomel.. minyak jangan banyaklah..tak elok untuk kesihatan..Kenapa tak tumis lada dulu..nanti gulai tak merah.. garam jangan banyaklah.. haa!! Ayam tu jangan lama-lama sangat.. hancur lodoh nanti.. At last sebab tak boleh concentrate masak, makcik cakap dengan mak.. “ Mak! mak duduk diam-diam ya!! Biar cemi masak,.. yang penting.. janji bila makan semua orang tak mati.” Barulah my bigboss diam.. Actually, dia pun dah sedia maklum bila anak perempuan dia yang sorang ni masuk dapur , tak ada orang boleh kacau..

Bila berkumpul adikberadik ramai-ramai banyaklah cerita yang keluar.. Yang pasti yang dibualkan ialah zaman kami kecik-kecik dahulu… Zaman kami kecik dulu tak macam sekarang.. sekarang nak makan apa aje dapat.. Dulu kami hidup susah.Makan pun bercatu.. Kata abang kalau daging dapat makan sebulan sekali aje, itupun time abah dapat gaji.. Sama juga dengan ayam , itupun terpaksa dikira dan dibahagikan 8 beradik… . Daging 4,5 keping seorang.. ayam seketul seorang.. Kalau sotong.. dua kepala, 3 badan.. dan kalau biskut abah akan beli biskut yang patah-patah dalam guni dari kilang kat Bandar Melaka.. Tapi, kalau abah tak berjimatcermat, kami tidak akan jadi seperti mana kami sekarang ini..

Overall, kat rumah mak sangat meriah dan makcik sangat happy.. kami ambil gambar beramai-ramai sebab mungkin lain kali tak dapat lagi suasana seperti ini.. Abah dah semakin uzur.. mak pun semakin tua dan selalu sakit-sakit.. Mak cakap sehari sebelum raya abah dari pagi sampai petang tunggu kat pintu.. Dia langsung tak tidur sebab dia tau anak-anaknya akan balik pada hari itu.. tapi anak-anak semuanya sampai lambat… tapi makcik pasti dia sangat happy dan excited bila anak-anaknya ramai balik..

Oklah .. got to go now.. ada kerja perlu dilaksanakan… Selamat hari raya aidil adha.. selamat beramal dan semoga diberkati selalu..



Sebahagian besar dari ahli keluarga. mak dan abah yang duduk di tengah.