Semalam makcik pergi ke YOu HOE supermarket nak beli groceries.. kalau kat tempat makcik, tu kira supermarket yang besarlah.. Sampai kat sana lebih kurang jam 8.30 malam dan orang tak taklah terlalu ramai except kat kaunter pembayaran.. bila tiba time bayar kat kaunter adalah dua tiga orang yang beratur nak membayar.. Makcik giliran ke empat dalam barisan.. Lama jugaklah menunggunya sebab orang depan punyalah banyak barang yang diangkut dalam troli tuh.. Selepas penat menunggu, tibalah giliran orang depan makcik membuat pembayaran...
Tengah duk menunggu... tetiba...
Cashier : Sayur ni tak timbang ke?
Mamat membayar : ( Sambil sengih-sengih) La!! kena timbang ke? Ingatkan tak yah timbang tadi?
Aiyyo!! mamat ni memang lah sengal!! Takkan tak pernah datang beli sayur kat situ atau memang tak pernah jejak kaki kat supermarket!! Cuaknya makcik tengok si mamat depan makcik ni duk sengih -sengih tambah lagi bila melihat cashier tu pulak terpaksa berlari tinggalkan ke kaunter pergi timbang sayur untuk si mamat tu..
Bila tiba giliran makcik dan waktu masukkan harga barang dalm sistem, tiba-tiba..
cashier : kak!! kak ingat harga ni berapa??
Aiyoo!! manalah makcik ingat.. bengangnya!! takkan tak letak tanda harga kat situ.. takkan nak harap bar code je!!
Makcik : Entahlah dik.. cuba tanya suami saya kat sana tu berapa harga, saya tak tau... dia yang ambik benda ni!!
Cashier: ( Bertanya kepada my hubby) .. Encik, encik ingat tak kat berapa harga barang yang en ambik ni?
Myhubby: entahlah .. tak ingat!!
Oh My God!! Takkan makcik nak pergi berlari ke rak barang tu nak check harga pulak!! I won't do that!! Apasallah tak letak tanda harga..
cashier: (bertanya kat geng dia) Woi xyx!! Mung tau dok harga ni berapa?
Kawan di si xyx: Dok!! Cuba mung tanya uncle xx tu!!
Cashier: Uncle !! harga ni berapa ?
Uncle xx: ( selepas termenung beberapa saat) Hmm!! RM 3.15..
Agaknya entah betul ke tidak uncle tu bagi figure harga.. Entah main hentam je.. Makcik pun malas nak fikir dan malas nak pergi check harga.. makcik tau sebagai pembeli makcik patut melihat harga barang, tetapi, sebagai peniaga juga mereka tak boleh menyusahkan pembeli dengan membiarkan pembeli terkejar-kejar pegi balik kat rak untuk check semula harga barang.. kalau si pembeli bujang tak apalah.. tapi kalau pembeli tu perempuan dah sarat mengandung ke, makcik tua yang tak larat ke.. atau pembeli macam mak cik yang malas nak berkejar-kejar ke rak untuk check harga ni.. memang buat orang cukup bengang dan cuak gila...