Majlis tunang hisham

Sebelum majlis bermula








Kak Zan dan bakal menantunya


Kat luar rumah perempuan bersama mak, kakak-kakak dan kakak-kakak ipar




Keluarga abang zahar dan bakal menantu.. Bakal pengantin yang ketiga dari kanan dan kiri.





Sedang berunding



















Pada 1 hb Disember yang lalu, makcik pergi ke majlis tunang saudara sulung makcik, Hisham di Segamat. Mak dan kak Jurai naik si bagak selain dari mak cik dan my hubby sebagai driver dan makcik sebagai co-driver.. amin dan naim. Yati tak ikut sebab penuh. kesian kat dia.. abah pun tak ikut sebab abah tak sihat.. keluarga abang zahar 2 kereta.. Pak lang naik kereta berasingan dan tak ada sesiapa yang tumpang sebab dia akan terus ke KL . Abang Zul satu family pergi ke Kuala Kangsar, kak Juyah akan bertolak dari Seremban.. jadi we all janji akan berjumpa di masjid Jamek Segamat pada pukul 1.00 tengahari .

We all bertolak dari Kijal pukul 8.00 pagi... Itupun mak dah bising.. " Beria-ria korang ni nak bertolak pukul 7.00 lah.. pukul 7.30 pagi duk terkial-kial lagi.. mengadap komputer lah, mengadap cerminlah.. nak melaburlah.. Nnti marah abang zahar kau kang kena tunggu kita.. dia bukan boleh tunggu lama-lama.. hangin satu badan nanti"


On the way pergi tu , kitaorang singgah ambil Ainul.Sampai rumah abang Zahar pukul 8.20 pagi.. Nasib baik diorang pun tengah bersiap. Kitaorang bertolak dulu sebab kitaorang tak nak rushing ke sana.. On the way, banyak pula mat tiarap kat atas jalan.. berderet-deret sekali dengan kereta kebal.. apalagi!! adalah mangsa yang kena usik dalam bagak tu..

" Hah Amin, Naim!! Ibu suruh kereta kebal tu ambik amin dengan naim yea!! tak duduk diam.. dah lah tak pakai tali pinggang keledar... Ibu suruh abah kejar kereta kebal tu, kemudian ibu tahan suruh dia berhenti nak?"

" Tak mboh!! serentak budak-budak tu jawab dengan nada risau yang menggila tambahlagi bila my hubby potong kereta kebal tu makcik turunkan cermin tingkap separuh sambil berkata, " Bang,bang, ambik budak dua orang ni bang.. tak nak duduk diam ha..!!" Selepas dari itu, maka amanlah suasana dalam si bagak sepanjang perjalanan, kalau tak!! tak larat nak dengar budak duaorang tu bergaduh kat belakang.


Lebih kurang pukul 10 lebih, kitorang berhenti rehat kat Hentian Rehat Muadzam Shah.. sampai je rupanya abang zahar satu family dan pak lang pun baru sampai. Lepas itu, kami bertolak berasingan dan sampai ke Masjid Jamek Segamat pukul 12.45 tengahari.. Tak lama kemudian Kak Juyah dan abang Zul sekeluarga sampai.... Makcik, mak dan kak Jurai sembahyang dulu kat masjid Jamek sebelum bertolak ke rumah perempuan.. Sampai je rumah perempuan, ramai yang sudah menunggu.. Sementara tunggu majlis bermula, kitaorang ni membuat sessi mengambil gambar .. Wakil pihak lelaki yang dilantik untuk berbincang adalah abang bakar., abang ipar makcik memandangkan diapun orang Johor dan telah berpengalaman mengahwinkan anaknya yang sulung. Makcik tak begitu mendengar sangat sebab bukan makcik yang nak kawin kan.. cuma yang makcik betul-betul dengar.. majlis nikah akan dibuat pada Ogos 2008.. hantaran RM8,020.00. Kiranya bersetujulah tu hinggalah adik ipar abang zahar bersuara, " Saya mohon dipertimbangkanlah supaya hantaran tu di jadikan RM 8,016.00. Sebab kalau boleh bilangan angka hantaran tu bila dicampur, biarlah jadi angka 6 dan bukan 1, bukan minta diskaun ni." Sebabnya, makcik tak tau..!! hanya empunya diri yang meminta lebih mengetahui.. bila dah selesai majlis ditutup dengan majlis doa selamat dan berjumpa bakal pengantin perempuan.untuk upacara memakaikan rantai dan sessi mengambil gambar..Sebelum balik we all menjamu selera.. sedap lauk orang Johor ni.. menunya gulai daging, ayam masak ros, ikan kering, gulai lemak kuning pisang muda, ikan keli goreng lawan kicap lada, sambal belacan dan ulam.. kuih pulak puding kastard, agar-agar sirap dan kuih kacang.. serius sedap!! We all bertolak balik pukul 4.30 ptg. balik pun berasingan sebab abang Zul nak pergi ke tangkak. kak juyah balik ke Seremabn terus. Makcik nak ke jakel trading sebab nak cari tudung.. kak jurai borong kain, sudahnya makcik pun beli kain jugak..


My hubby cakap " He eh!! bukan ada orang tu kata nak beli kicap je? Apasal beli sos cili pulak?" Dah murah, berkenan dimata dan hati.. beli je lah!!. On the way sebelum sampai Kijal, kitorang singgah rumah abang zahar di kemaman dan sampai kijal pukul 11.40 malam.. letak je kepala terus tidur... apapun, selamatlah sudah semuanya... Sham.. all the best to you!!