Makan-makan dirumah jiran






Semalam makcik dan jiran-jiran makcik yang sangat rapat buat majlis makan-makan sempena menutup tirai 2007.. actually, majlis makan-makan memeng kami sentiasa buat bersama-sama setiap kali cuti sekolah.. Hanya kami lima keluarga saja.. keluarga kak nor, keluarga azmi, keluarga kak norlia, kak faizah dan keluarga makcik.. menu wajib setiap kali majlis di buat adalah bakar ayam.. Kami 5 sekeluarga kutip duit RM 60 untuk kos beli ayam dan kos yang lainnya.. Selain itu kami buat ala pot luck.. Malam semalam kak Nor masak nasi goreng, makcik buat caramel telur, kak faizah dan Na bahagian perap ayam dan kak norlia dengan puding buihnya yang gila sedap... Majlis bermula pukul 8.00mlm dan berakhir pada 11.00 malam.. Makcik amat bersyukur dapat jiran-jiran yang sangat baik dan ramah yang menganggap makcik sekeluarga seperti ahli keluarga mereka sendiri... Majlis berjalan dengan lancar, meriah dengan pelbagai isu dan masalah negara yang dibincangkan sambil makan.. dan malam itu juga anakku si yati tiga empat kali berlari ke toilet sebab sakit perut..