.jpg)
.jpg)
26 Disember 2007, adalah hari ulangtahun anakku yang sulung, Muhammad Badrul Amin ke 9. Seperti biasa, tiada majlis sambutan hari jadi yang ku buat... Selepas balik kerja pada pukul 5.30 ptg, makcik terus berkejar ke kedai kek di bandar Dungun untuk membeli kek harijadi untuknya.. Malam selepas maghrib, kami lima beranak berkumpul di meja makan kat dapur mengadap kek dan Amin dengan excitednya memotong kek harijadinya.
Selamat Ulang Tahun anakku sayang. Tiada hadiah yang istimewa dari ibu untukmu sayang selain dari kasihsayang yang tak berbelahbahagi dari hari pertama kau ibu kandungi sehingga akhir hayat ibu dan doa yang ibu pohon untukmu setiap hari semoga menjadi anak yang soleh dan cemerlang .....