.jpg)
Makcik agak sibuk dua tiga hari ini menyebabkan makcik tiada masa untuk ber blog, hanya mampu menjengahnya untuk melepaskan rindu pada blogku..
Apa cerita kali ni, beberapa hari yang lepas makcik berkursus selama 2 hari di Terengganu Equestrian Resort.. Kursus di sana tapi menginap di Permai Inn.. As usual lah makcik mesti stay dengan officemate makcik.. Kursus ni lebih pada pembentangan penyelidikan.. Selain we all ada juga peserta luar yang membentang.. makcik hanya datang sebagai peserta yang setia menadah telinga..InsyaAllah, one day di tahun 2008 ni makcik akan jadi peserta yang glamor bercakap di depan pulak.. Masalahnya makcik ni ada masalah "stage fright"lah . Memang kena mandi bunga untuk buang suwei.. hehe... And as usuallah.. makcik ni bila berkonfrensi suka memilih untuk duduk di tempat belakang... Biasalah.. peserta nakal yang tak insaf lagi ni.. tempat belakang adalah yang paling strategik dan sesuai.. kalau boring.. boleh lari keluar sekejap.. kalau duk depan obvious sangat.. kalau boring jugak boleh mengacau orang depan..kalau boring jugak boleh main sms dan kalau boring jugak... paling penting... hilang di dalam duniaku sendiri..
Ramai peserta yang membentang kali.. dengan pelbagai cabang topik.. hari pertama berlalu dengan sempurna.. tapi ada seorang pembentang yang menarik perhatian.. bukan sebab dia tu handsome tapi keupayaannya menggunakan "sound effects" yang betul-betul sakitkan telinga selama dia menayangkan power pointnya... bunyi kereta brek kecemasan lah, bunyi typewriter la.. and i know the reason why he did that!! dia dah sedia maklum ada spesis-spesis telinga malas macam makcik ni dalam dewan tu... !! Jadi bunyi-bunyi ni diletakkan dengan mesej.." Wahai insan-insan yang malas mendengar.. tadahkan dan buka- bukalah piring telinga tu seluas-luasnya.." Malam itu tak ada program sebab dah dibawa ke petang.. Ramai yang keluar shopping dan ada yang pergi main bowling.. Tapi makcik dan ofis mate tak keluar.. entahlah tiba-tiba tak ada mood nak keluar.. pukul 9.00 malam we all dah tarik selimut sambil borak dan tengok tv.. Malam tu tarik selimut awal tapi pukul 3.00 pagi baru makcik dapat tidur.. gatai sangat minum nescafe pukul 12.00 tengah malam dan di tambah pula bunyi tempat flush toilet yang mengalami masalah buah pinggang kronik yang menyebabkan air tak berhenti keluar.. terus mata makcik ni terbuntang tak boleh tutup..
Pagi hari kedua makcik tak dapat mendengar orang bentang paper sebab terpaksa membantu AJK menyelesaikan hadiah untuk peserta masa malam gala dinner nanti.. kematu jugaklah tangan menulis kat cenderahati tu. Dan petang itu... makcik telah hilang dengan jayanya dalam dunia makcik sendiri walaupun tubuhku di dalam dewan.. Aiyyo!! mataku sangat berat!!!
Malam hari terakhir pula dinner kat dewan yang sama.. Semeja dengan makcik adalah officemate makcik, si ras dan noor ( dan sepanjang konfrensi tu kami telah digelar kumpulan gagak hitam) and suddenly datanglah tiga mamat dari UTEM duduk di meja kami.. salah seorang dari mamat tu duduk di sebelah makcik... makcik tak kisah dia nak duduk sebelah makcik.. tapi yang makcik kisah mulutnya yang tak berhenti bercakap tu buat makcik sangat rimas.. Lebih kurang sepuluh minit kemudian penderitaan makcik tamat bila ada orang menjemputnya duduk di meja VIP.. sebelum pergi dia masih sempat lagi berpesan pada makcik.. " We'll talk again later, ok!!" hehe!! Nasib baik!! kalau tak terseksalah makcik kat situ nak mengadap orang tua tu selama dua jam. Dan tinggallah mamat lagi dua orang ni.. nasib baik mak cik tak duduk sebelah diorang.. so.. malas nak layan.. sengih ajelah dan membiarkan si noor melayan pertanyaan diaorang..
Dinner berjalan dengan lancar dan biasalah bila VIP ada, karaoke mesti ada sebab bigboss makcik ni suka karaoke.. bila dia datang,we all dah sedia maklum... karaoke sure ada.. Dan ramalan ku benar belaka... Dia sangat sangat excited untuk menyanyi.. makcik berdoa supaya dia tak nyanyi his favorite song yang bertajuk 'Bengawan solo" ( lagu zaman penjajahan British yang mana makcik lebih suka sebut "Benggali Songo" instead of that original title) .. Wah.. malam tu dia nyanyi lagu " Biarlah bulan bicara sendiri" dengan gaya syok sendiri.. tengah -tengah dengar dia nyanyi makcik dapat sms dari abang makcik mengumpat bigboss yang sedang khusyuk menyanyi tu..
" Mamak ni mesti perasan dia nyanyi sedap.. kah2" nasib baik dia menyanyi satu lagu aje.. kalau dua tiga lagu lagi mesti mesti sebak dada makcik dibuatnya.. dan majlis berakhir jam 10.45 malam.. dan habis majlis terus we all balik..
oklah.. got to go now.. nak pergi shopping sambil buat terapi minda.. hehe!! selamat berhari raya